KUALA LUMPUR: Taktik sindiket perjudian dalam talian yang berselindung di sebalik sebuah kondominium mewah di Salak Selatan, Cheras dekat sini terbongkar selepas 11 lelaki warga asing diberkas polis pada Khamis.
Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Zam Halim Jamaluddin berkata, pihaknya menahan 11 lelaki berusia 20 hingga 29 terdiri daripada seorang penyelia manakala selebihnya bertindak sebagai pegawai khidmat pelanggan dalam serbuan pada jam 12.30 tengah hari.
"Sindiket itu dipercayai menyasarkan pelanggan dari negara jiran khususnya Indonesia.
"Hasil siasatan mendapati sindiket berkenaan menjadikan premis yang disewa itu sebagai 'call centre' dan mencari pelanggan bagi menawarkan permainan judi dan pembukaan akaun judi," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras pada Sabtu.
Zam Halim berkata, sindiket itu dipercayai sebahagian daripada rangkaian sindiket judi luar negara.
"Hasil soal siasat mendapati premis berkenaan disewa pada kadar RM7,000 sebulan.
"Dianggarkan kira-kira 300 pelanggan melayari laman web perjudian dalam talian berkenaan dengan transaksi pembelian kredit RM500,000 hingga RM700,000 sebulan," jelasnya.
Menurutnya, sindiket berkenaan mempromosikan judi dalam talian dengan menggunakan satu platform laman web.
"Pelanggan akan melayari laman web dan mendaftar secara percuma. Perjudian dijalankan menggunakan kredit yang dibeli dengan harga bermula dari 25,000 rupiah atau sekitar RM7," katanya.
Beliau berkata, kesemua suspek masuk ke negara ini dengan menggunakan pas lawatan sosial yang masih sah itu direman empat hari bermula Jumaat hingga Isnin.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953. Sebanyak 253 serbuan dijalankan melibatkan kes perjudian di daerah ini sejak Januari hingga Mei dengan kadar pertuduhan sebanyak 249 kes atau 98 peratus," ujarnya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sat May 27 2023

Polis menahan 11 lelaki berusia 20 hingga 29 terdiri daripada seorang penyelia manakala selebihnya bertindak sebagai pegawai khidmat pelanggan. - Gambar/ Sinar Harian

Sabah Maju Jaya: Isu perumahan, masalah setinggan dapat perhatian
Kata Hajiji, masalah perumahan berpunca daripada kos sewa yang tinggi akhirnya menyumbang kepada lambakan perumahan setinggan.

Eropah jadi pengimport senjata terbesar AS buat kali pertama dalam 20 tahun - SIPRI
Eropah mengatasi Asia Barat sebagai pengimport senjata terbesar dari Amerika Syarikat (AS) bagi tempoh 2020-2024, meraih gelaran itu buat kali pertama dalam tempoh dua dekad.

Industri acara perniagaan P.Pinang jana RM1.29 bilion pada 2024 - Chow
Industri acara perniagaan di Pulau Pinang mencatatkan anggaran impak ekonomi (EEI) sebanyak RM1.29 bilion pada tahun lepas, peningkatan signifikan sebanyak 24.8 peratus berbanding 2023.

Bertrand yakin pelantikan Ken Nee bantu skuad terjun negara
Katanya, Ken Nee tahu apa diperlukan untuk kembali meraih kejayaan dan sentiasa peka dengan perkembangan teknik dan peraturan terjun terkini.

Lelaki maut, kereta rempuh belakang lori treler
Sebuah kereta Perodua Myvi telah melanggar belakang sebuah lori treler, mengakibatkan seorang lelaki tersepit di dalam kenderaan.

Phuket catat pendapatan pelancongan tertinggi di Thailand pada 2024 melebihi 490 bilion baht
Phuket, destinasi pelancongan utama Thailand mencatatkan pendapatan pelancongan tertinggi pada 2024 dengan menjana lebih 490 bilion baht (100 baht = RM13.08).

Hannah yakin kepimpinan Ahmad Shapawi untuk teraju YAKEB
Katanya, pengalaman luas Ahmad Shapawi dapat membantu membela kebajikan bekas atlet negara dan memastikan mereka dapat sokongan sewajarnya.

Program berteraskan teknologi bakal perkasa sektor pertanian di Bentong
Pihaknya telah kenal pasti produk yang kini di peringkat PoC bagi membantu pemain industri menggunakan teknologi dalam sektor pertanian.

21 lokasi dikenal pasti untuk pembangunan tapak perpaduan
Pembangunan tapak perpaduan akan dilaksanakan melalui Projek Pembangunan Ruang Sosial dan Ruang Fizikal di KRT Perumahan Strata Kos Rendah.

Kerajaan perkukuh usaha pastikan Malaysia diiktiraf destinasi pelaburan, rakan dagang dipercayai
Malaysia berpotensi mendapat manfaat daripada peralihan perdagangan global yang berlaku akibat ketegangan perdagangan antara Amerika Syarikat dan China.

8 mengaku tidak bersalah urus kondo jadi pusat judi dalam talian
Seorang wanita dan tujuh lelaki termasuk seorang warga Indonesia dihadapkan ke Mahkamah Majistret 1, di sini pada Rabu atas pertuduhan menguruskan sebuah rumah sebagai pusat perjudian dalam talian.

Sindiket judi dalam talian: 11 lelaki warga asing diberkas
Taktik sindiket perjudian dalam talian yang berselindung di sebalik sebuah kondominium mewah di Salak Selatan, Cheras dekat sini terbongkar selepas 11 lelaki warga asing diberkas polis pada Khamis.

Banglo jadi pusat operasi sindiket perjudian dalam talian
Serbuan pada 3 petang itu turut menahan 33 lelaki tempatan dan dua wanita warga asing berusia 18 hingga 48 tahun.

Sindiket judi dalam talian tumpas, 23 ejen ditahan di kondominium mewah
Sindiket itu yang aktif sejak pertengahan Disember lepas dikesan memancing pelanggan melalui media sosial.

Sindiket tawar judi dalam talian pelaburan Kripto tumpas
Seramai 19 individu termasuk warga China yang disyaki menjalankan kegiatan mempromosi perjudian dalam talian ditahan polis Kedah.