ALOR SETAR: Lapan lelaki tempatan dan seorang lelaki warganegara China yang disyaki terlibat dalam sindiket judi dalam talian (online calling centre) ditahan polis dalam satu serbuan di sebuah rumah di Taman Gunung Tahan, Kuala Kedah pada Ahad.
Timbalan Ketua Polis Kedah, Datuk Mohd Roze Shaari berkata, siasatan awal mendapati kesemua tangkapan berusia lingkungan 21 tahun hingga 36 tahun itu mengaku menjalankan aktiviti penipuan pelaburan mata wang asing dan krypto.
Menurutnya, pihak polis juga berjaya merampas beberapa unit komputer riba dan telefon bimbit pelbagai jenama serta beberapa unit mobile WiFi disyaki digunakan untuk tujuan menipu mangsa.
“Kesemua tangkapan dipercayai dibayar gaji sejumlah lebih kurang RM3,000 sebulan.
“Aktiviti ini telah dikesan aktif beroperasi selama lebih kurang dua bulan dan telah mengaut keuntungan berjumlah antara RM500,000 dan RM600,000 sebulan,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.
Mengulas lanjut, Mohd Roze berkata operasi tersebut dilakukan oleh sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Kedah pada jam 3 petang hari kejadian selepas memperolehi maklumat berhubung kegiatan tersebut.
Menurutnya, modus operandi yang digunakan oleh sindiket tersebut adalah setiap ahlinya akan mewujudkan satu kumpulan WhatsApp dan mempromosikan pelaburan dengan cara berinteraksi secara dua hala supaya pelanggan lebih yakin untuk melabur.
“Ahli sindiket ini kemudian akan memperdayakan mangsa untuk melabur di dalam laman sesawang ‘bittbay88.com’ sebelum menipu mangsa.
"Sindiket ini juga menyasarkan mangsa dari negara - negara di benua Asia.
“Semakan mendapati dua lelaki yang ditangkap ini masih dikehendaki oleh pihak polis (wanted person) berkaitan kes dadah dan juga Akta Imigresen,” ujarnya.
Mohd Roze berkata, kesemua tangkapan dan rampasan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar untuk siasatan lanjut dan pihaknya menyarankan supaya masyarakat lebih berwaspada dalam melayari sebarang laman sesawang dan mengelakkan diri daripada terpedaya dengan sindiket penipuan.
“Siasatan dijalankan di bawah peruntukan undang – undang membabitkan Akta Pertaruhan 1953, Akta Imigresen 1959/63 dan Seksyen 22(b) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Pindaan 2021),” tambahnya.
Artikel asal di Sinar Harian: Sindiket judi dalam talian kaut untung sehingga RM600,000 sebulan
Sinar Harian
Thu Jun 03 2021

Sebahagian suspek sindiket judi dalam talian yang ditahan polis dalam satu serbuan serbuan di sebuah rumah di Taman Gunung Tahan, Kuala Kedah pada Ahad lalu. - Foto IPK Kedah
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

KPDN Selangor rungkai taktik baharu seleweng LPG subsidi di Puchong
KPDN Selangor bongkar taktik baharu penyelewengan LPG di Puchong, dengan rampasan tertinggi RM1.6 juta.

Ramai berpisah bila pasangan pulang ke negara asal - Peguam
Suriani Awaludin berkata, perkahwinan dengan warga asing agak berisiko memandangkan banyak prosedur yang perlu dipatuhi.

'Transporter' ditahan, dadah bernilai RM4 juta dirampas
Siasatan mendapati dadah jenis syabu seberat 51 kilogram (kg) dan pil ecstacy seberat 14.9 kg itu dipercayai untuk dihantar ke pasaran luar negara.

'Diseksa dan direnjat elektrik' - Rakyat Malaysia cerita mimpi ngeri penipuan pekerjaan di Myanmar
Teo berkata, dia dipaksa bekerja selama 14 jam sehari dengan tugasan harian menyusun sekitar 10,000 nombor telefon untuk sindiket berkenaan.

Op Sky: Tiga selebriti beri keterangan kepada SPRM
Azam berkata ketiga-tiga individu itu dipanggil pada 10 pagi ini untuk membantu siasatan SPRM dalam pelbagai aspek penyiasatan.

Ziana Zain, Jalaluddin Hassan, Dr Sheikh Muszaphar tiba di SPRM, media gagal kesan kehadiran
Astro AWANI difahamkan kenderaan yang membawa ketiga-tiga selebriti berkenaan memasuki bangunan SPRM jam 9.30 pagi menggunakan laluan belakang.

SPRM sahkan panggil tiga selebriti minggu ini
Berdasarkan siasatan awal, artis-artis berkenaan dibayar sehingga ratusan ribu ringgit bagi menggunakan wajah mereka untuk meyakinkan orang awam menggunakan perkhidmatan disediakan.

SPRM lakukan risikan bagi kesan sindiket penyeludupan vape yang lain
SPRM sedang giat menjalankan risikan bagi mengesan sekiranya terdapat sindiket lain yang melakukan penyeludupan rokok elektronik (vape).

Ada peguam subahat bantu sindiket pindah milik tanah di Selangor - MB Amirudin
Siasatan menunjukkan mereka mengambil kesempatan membuat kegiatan tersebut sewaktu peralihan sistem manual data ke komputer, dan sewaktu tempoh penyelenggaraan sistem.

4,290 kertas siasatan dibuka libatkan kerugian RM181 juta pada 2024 - JSJK Johor
Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Johor membuka sebanyak 4,290 kertas siasatan dengan membabitkan jumlah kerugian sebanyak RM181 juta sepanjang tahun lepas.