TAIPING: Sering menukar nombor telefon dan alamat antara taktik penganjur judi dalam talian di negeri ini bagi mengelak dikesan polis, kata Ketua Polis Perak Datuk Mior Faridalathrash Wahid.
Beliau berkata taktik itu dikesan hasil operasi pihaknya dalam membanteras kegiatan berkenaan yang semakin berleluasa ketika ini.
"Semenangnya diakui agak sedikit sukar untuk kita (polis) memberkas operator atau penganjur ini berikutan mereka sering menukar alamat dan nombor telefon.
"Kita telah meminta kerjasama syarikat telco dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk menyekat talian dan mengekang perjudian ini daripada berleluasa," katanya kepada pemberita selepas mengadakan dialog Hari Bertemu Pelanggan bersama Ketua Polis Perak di sebuah pusat beli-belah di sini hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai menjawab pertanyaan Ahli Majlis Perbandaran Taiping Datuk Ton Zailani Mat Darus mengenai tindakan polis membanteras judi dalam talian yang dilihat membimbangkan masyarakat.
Mior Faridalthrash berkata, pihaknya memandang serius mengenai perubahan taktik itu dan penguatkuasaan sentiasa dilakukan bagi menangani kegiatan tersebut dengan ada individu telah ditahan serta didakwa mengikut Akta Pencegahan Jenayah (POCA) 1959.
Beliau berkata kesemua 15 ketua polis daerah juga sudah diarah memperhebat operasi perjudian susulan penganjur judi dalam talian kini tidak lagi menggunakan premis untuk menjalankan kegiatan mereka sebaliknya menggunakan telefon pintar bagi mempromosi aktiviti judi.
Dalam perkembangan lain, Mior Faridalathrash berkata pihaknya mengutip kira-kira RM16.9 juta saman sejak 1 Disember hingga semalam menerusi tawaran diskaun saman trafik sempena program 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia.
Pada 13 Dis, Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani dilaporkan berkata tempoh tawaran diskaun pembayaran saman dilanjutkan hingga 31 Dis ini berikutan pihaknya menerima sambutan amat menggalakkan daripada masyarakat.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Dec 29 2021
Mior Faridalatrash berkata, taktik itu dikesan hasil operasi pihaknya dalam membanteras kegiatan berkenaan yang semakin berleluasa ketika ini. - Gambar fail
Tiga pekerja restoran pengsan terhidu gas bocor
Tiga pekerja sebuah restoran dikejarkan ke hospital selepas pengsan terhidu gas bocor di premis berkenaan di sini hari ini.
"Tertanya-tanya, perlu faham kenapa Malaysia ranking ke-132 dunia" - Friend
CEO Harimau Malaya, Rob Friend, sedia membantu dan berkongsi falsafah serta ilmu pengetahuannya supaya dapat mengangkat bola sepak negara ke persada tertinggi dunia.
AWANI Ringkas: Hubungan perdagangan Malaysia-UK
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
IOC tangani isu pingat lusuh, pemenang Olimpik Paris terima ganti
IOC telah menjawab kepada permasalahan yang melibatkan pemulangan semula lebih daripada 100 pingat Sukan Olimpik Paris 2024, baru-baru ini.
Peniaga mengeluh kedai tidak dikunjungi kerana hakisan
Empat sekeluarga berdepan detik ngeri selepas syurga tempat mereka berteduh dari hujan dan panas lebih 30 tahun tewas dipukul ombak besar.
Hos AI Google NotebookLM diajar untuk tidak benci manusia
Google perlu melatih hos AI dengan "friendliness tuning" yang sesuai untuk menjadi lebih mesra seakan kawan.
Pantau Belanjawan: Sistem penjagaan kesihatan: Pesakit semakin 'sakit'
Peningkatan kos penjagaan kesihatan Malaysia yang lebih tinggi daripada purata dunia memerlukan tindakan segera. Dalam segmen ini, kita akan berbincang mengenai bagaimana kerjasama antara kerajaan, sektor swasta, dan masyarakat boleh memastikan sistem kesihatan yang adil dan berdaya saing bersama Ketua Pegawai Eksekutif, Angsana Health, Dr Khor Swee Kheng.
Pelakon Bollywood Saif Ali Khan cedera ditikam penceroboh di kediamannya
Dia mengalami luka tikaman yang serius, termasuk satu yang hampir mengenai tulang belakangnya.
Penglihatan murid: Kaca mata percuma bantu ketajaman penglihatan pelajar
Bagi menangani masalah tersebut, KKM bekerjasama bersama badan terlibat untuk melaksanakan projek rintis pengesahan masalah ketajaman penglihatan dan pemberian kaca mata percuma.
Ribut petir, hujan lebat di 4 negeri hingga tengah hari
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di empat negeri sehingga 12 tengah hari Khamis.
91.6 peratus kandungan Facebook diturunkan berkaitan judi, penipuan - Fahmi
Sebanyak 172,072 kandungan yang diturunkan melibatkan judi dalam talian manakala 56,136 adalah berkaitan penipuan.
Bosan, keseorangan punca warga emas bersara, berjudi dalam senyap - Pakar
Warga emas bersara cenderung terjebak dalam ketagihan judi atau menjadi sasaran ejen judi.
Polis tahan tiga lelaki disyaki terbabit judi bola sepak Euro 2024
Dua lelaki tempatan berusia 40 dan 44 tahun itu serta seorang warga asing berumur 34 ditahan di tiga lokasi sekitar Cheras.
Kaki judi EURO 2024 dicekup
Lelaki tempatan berusia 42 dan 47 tahun itu ditahan anggota D7 Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur kira-kira jam 1.30 pagi Khamis.
12 lelaki termasuk dua beragama Islam ditahan terbabit judi laga ayam
Tangkapan dibuat oleh sepasukan polis dari Bahagian D7, Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak.
Perlis tutup premis judi terakhir
Sebelum ini, Perlis mempunyai enam cawangan loteri tetapi telah menghentikan operasi antara Julai dan Oktober tahun lepas.
Judi dalam talian kesalahan di bawah Akta Rumah Perjudian Terbuka 1953 - Mahkamah Rayuan
Mahkamah Rayuan hari ini memutuskan bahawa judi dalam talian adalah kesalahan di bawah Akta Rumah Perjudian Terbuka 1953.
153 individu ditahan terlibat judi dalam talian
Sebanyak 153 individu ditahan dalam 136 serbuan menerusi Op Dadu Khas terhadap premis yang disyaki menjalankan kegiatan judi dalam talian dan loteri awam di Johor bemrula Jumaat lepas hingga semalam.
Heret ahli politik dalang judi ke muka pengadilan
Kerajaan digesa pergiat usaha risikan naungan politik yang terlibat melindungi aktiviti perjudian dalam talian.
SPRM sahkan buka kertas siasatan aduan dana judi
SPRM membuka kertas siasatan melibatkan satu aduan berhubung dakwaan Perikatan Nasional (PN) menerima dana wang judi ketika Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).