Penahanan seorang lelaki dalam operasi khas sindiket kad pengenalan palsu Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di sebuah hotel di sini pada Rabu, turut membawa kepada penemuan matawang Dolar, Ringgit Malaysia dan matawang lain yang disyaki palsu.
Ketua Polis Daerah Tawau Asisten Komisioner Fadil Marsus berkata hasil siasatan lanjut di bilik yang dihuni suspek berusia 44 tahun itu di Taman Bukit Bintang di sini, polis menemukan sekeping not RM100 dan 14 keping not RM50.
"Kesemua not ini disimpan di dalam laci almari suspek," katanya di sini, hari ini.
Sebelum itu, suspek ditahan di kawasan parkir hotel itu berikutan kegiatan sindiket kad pengenalan palsu di Tawau dan daerah sekitarnya.
BACA: JPN tahan 10 suspek sindiket kad pengenalan palsu di Tawau
Fadil berkata dalam operasi yang diketuai Pengarah Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan JPN Mohamad Yusri Hashim, mereka menemukan matawang palsu semasa memeriksa kereta Naza Citra yang dinaiki suspek.
"Ketika pemeriksaan, lelaki itu didapati memiliki wang disyaki palsu iaitu 171 keping not US$100 dan dua keping not RM100," katanya.
Berikutan itu, lelaki berkenaan direman empat hari sehingga Ahad ini.
Dalam operasi enam jam itu, katanya JPN menahan 10 dua lelaki tempatan, tujuh warga Indonesia dan seorang warga Filipina yang dipercayai dalang sindiket kad pengenalan palsu ketika operasi khas di sebuah hotel dan Kampung Tanjung Batu.
Polis turut merampas 29 kad pengenalan palsu, wang tunai berjumlah RM3,839, kenderaan Naza Citra dan Proton, peralatan mengambil cap jari bagi pemprosesan kad pengenalan palsu dan sebuah 'notebook' mengandungi perisian untuk memproses maklumat pembeli.
Turut dirampas adalah kad bank, lesen memandu, lapan telefon bimbit yang mengandungi maklumat berkaitan pemalsuan kad pengenalan, sebuah buku yang mengandungi 400 hingga 500 nama pembeli MyKad palsu serta bukti transaksi sejak awal tahun ini yang bernilai puluhan ribu ringgit.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 23 2016

Penahanan seorang lelaki dalam operasi khas sindiket kad pengenalan palsu JPN membawa kepada penemuan matawang palsu beberapa negara lain. - fotoBERNAMA

Remaja lelaki lemas selepas terjatuh ketika memancing di Port Dickson
Mayat mangsa ditemukan pada 12.28 tengah malam di permukaan pantai sektor C dalam jarak 50 meter dari tempat mangsa terjatuh.

Pemandu maut, treler terbalik dalam longkang di Jalan Gerik - Kupang
Seorang lelaki meninggal dunia selepas treler muatan kayu lapis terpakai yang dipandunya terbabas lalu terbalik ke dalam longkang.

USS Carl Vinson tiba di Korea Selatan, tunjukkan komitmen AS terhadap sekutunya
USS Carl Vinson diiringi kapal penjelajah peluru berpandu USS Princeton dan kapal pemusnah berkeupayaan Aegis, USS Sterett.

Strategi bantu OKU dapat akses pekerjaan antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Strategi untuk membantu OKU mendapatkan akses kepada pekerjaan yang sewajarnya dijangka menjadi tumpuan persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Warga emas meninggal dunia di bazar Ramadan
Berusia 75 tahun, Zainon Said mempunyai sejarah penyakit kronik, iaitu kencing manis, darah dan kolesterol tinggi.

Skandal pernikahan, poligami dan perceraian Raja Zulu…
Masalah perkahwinan Raja Zulu nampaknya berpunca daripada kegagalannya mematuhi tradisi sepenuhnya.

Israel harus dipaksa bayar kos pembinaan semula Gaza - Putera Turki Al-Faisal
"Kita tidak boleh menerima keadaan setiap kali kita bina semula Gaza atau Tebing Barat, Israel datang dan merobohkan apa yang telah dibina semula."

‘Pergaduhan’ dengan Trump tidak halang Ukraine untuk ‘sedia’ tandatangani perjanjian mineral dengan AS - Zelenskyy
Zelenskyy masih mahu mengadakan "dialog konstruktif" dengan AS walaupun pertemuannya dengan Presiden Trump berlangsung tegang.
DBKU beri kelonggaran kepada peniaga gerai tepi jalan sepanjang Ramadan
Peniaga gerai di kampung atau tepi jalan diberikan kelonggaran untuk beroperasi di kawasan Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU).
Warga emas maut motosikal terlibat kemalangan di Jambatan Pulau Pinang
Seorang penunggang motosikal warga emas maut selepas terlibat kemalangan di kilometer 8, Jambatan Pulau Pinang, menghala Perai pada Ahad

Banjir: JPN buka kaunter, bas bergerak ganti dokumen hilang secara percuma
Penggantian dokumen secara percuma itu termasuk bagi sijil lahir dan kad pengenalan yang hilang.

Wanita dipenjara empat tahun kemuka maklumat palsu daftar kad pengenalan
Seorang pengusaha ikan masin dijatuhi hukuman penjara empat tahun oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku salah atas dua pertuduhan mengemukakan maklumat palsu kepada JPN.

Gani Pelangi akhirnya miliki sijil kelahiran pada usia 44 tahun
Penantian masyarakat Orang Asli Kampung Sungai Keniam, Ulu Tembeling di sini untuk memiliki sijil kelahiran akhirnya tercapai.

KDN galakkan taklimat kewarganegaraan diadakan bersama JPN
Kementerian Dalam Negeri (KDN) menggalakkan sebarang taklimat berkaitan isu, proses serta permohonan kewarganegaraan diadakan dengan penglibatan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Nama Zayn Rayyan dipinda kepada Zayn Rayyan Zaim Ikhwan
Keputusan pembetulan dalam sijil kelahiran dikeluarkan JPN Selangor di mana anak kepada pasangan Zaim Ikhwan dan Ismanira telah dibetulkan.

Permohonan MyKid dibuka semula bermula 29 Julai - JPN
Permohonan MyKid sebelum ini ditangguhkan sementara pengeluarannya berikutan kekurangan bekalan cip bagi kad mentah berkenaan.

JPN tidak kompromi sebarang salah laku integriti kakitangan
Tindakan dan hukuman yang berkaitan dan setimpal akan dikenakan sekiranya siasatan dijalankan membuktikan pegawai didapati bersalah.

JPN tidak terlibat dalam program taklimat, penerangan warganegara
Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) tidak terlibat sama sekali dalam penganjuran satu program taklimat dan penerangan kewarganegaraan seperti yang tular di media sosial sebelum ini.

Cakna prosedur ditetapkan, elak daftar lewat kelahiran - JPN
Pasangan yang belum mengesahkan perkahwinan selepas mendirikan rumah tangga di luar negara masih boleh mendaftarkan kelahiran anak mereka mengikut prosedur ditetapkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (

Sebanyak 27,280 kes daftar lewat kelahiran sejak 2022
Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) merekodkan sebanyak 27,280 kes permohonan pendaftaran lewat kelahiran sejak 2022 sehingga semalam.