JOHOR BAHRU: Sindiket pemprosesan ketum yang diketuai bekas penjawat awam lebih empat tahun lalu, tumpas dalam tiga serbuan berasingan.
Serbuan pada 22 Disember dan malam tadi, di sekitar Kulai dan Johor Bahru turut menahan 12 yang lain termasuk lapan penjawat awam.
Pihak polis masih menyiasat sama ada lapan penjawat awam lelaki berumur antara 25 hingga 39 tahun itu bersekongkol dengan sindiket terbabit, atau sebagai pengguna ketum.
Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, pembongkaran sindiket itu hasil susulan penangkapan lelaki berumur 42 tahun positif methamphetamin yang juga penghantar daun ketum seberat 700 kilogram dari utara ke selatan, dalam Op Bersepadu di Simpang Renggam pada 21 Disember lalu.
Susulan itu, katanya dua serbuan dilakukan dan menahan empat suspek termasuk ketua sindiket, dua pekerja serta seorang wanita iaitu isteri kepada ketua sindiket yang bertindak sebagai akauntan.
"Modus operandi sindiket ini adalah menyewa kilang untuk dijadikan tempat membungkus dan memproses ketum. Bekalan ketum diperoleh daripada pembekal utara tanah air, dengan menggunakan lori buah dari utara ke selatan.
"Kegiatan mereka menjadi popular sejak kebelakangan ini ekoran harga pasaran ketum dan permintaan yang meningkat. Harga semasa bagi daun ketum adalah RM35 hingga RM80 sekilogram, manakala botol 1.5 liter dijual pada harga RM13 hingga RM25,” ujar Ayob Khan.
Jelas beliau lagi, ketua sindiket berusia 35 tahun yang berkhidmat sebagai penjawat awam pada tahun 2011 itu telah diberhentikan pada 2014. Suspek turut mempunyai rekod jenayah lampau.
Sindiket ini memperoleh keuntungan hasil jualan air dan daun ketum sehingga RM200,000 sebulan.
Malah pekerja memasak daun ketum menerima gaji antara RM5,000 hingga RM10,000 sebulan.
Sindiket ini menjadikan kilang di Kempas sebagai tempat proses ketum dengan kadar sewa bulanan RM1,000.
Kes disiasat di bawah Seksyen 30 (3) Akta Racun 1952.
Astro Awani
Mon Dec 27 2021
![Sindiket ketum diketuai bekas penjawat awam tumpas Sindiket ketum diketuai bekas penjawat awam tumpas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/81640587025_sindeketketumjoho.jpg)
Ayob Khan berkata, dalam dua serbuan di sekitar Kulai dan Johor Bahru itu, turut ditahan 12 yang lain termasuk lapan penjawat awam. - Astro AWANI
![Selangor pastikan pemilihan jenis sukan di SUKMA 2026 adil kepada semua Selangor pastikan pemilihan jenis sukan di SUKMA 2026 adil kepada semua](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/71732712031_NajwanHalimi.jpg)
Selangor pastikan pemilihan jenis sukan di SUKMA 2026 adil kepada semua
Selangor akan memastikan pemilihan jenis sukan yang dipertandingkan pada Sukan Malaysia (SUKMA) 2026 adil kepada semua negeri.
![Lebih 16,000 laporan berkaitan bahan penderaan seksual kanak-kanak tahun lepas Lebih 16,000 laporan berkaitan bahan penderaan seksual kanak-kanak tahun lepas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739623650_DatinWongPoiHong.jpg)
Lebih 16,000 laporan berkaitan bahan penderaan seksual kanak-kanak tahun lepas
Sebanyak 16,328 laporan direkodkan berkaitan bahan penderaan seksual kanak-kanak (CSAM) di negara ini sepanjang tahun lepas.
![Tular: Penjual jagung papar notis berunsur perkauman dikecam Tular: Penjual jagung papar notis berunsur perkauman dikecam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739636564_Videotular.jpg)
Tular: Penjual jagung papar notis berunsur perkauman dikecam
Baru-baru ini tular satu rakaman di media sosial yang memaparkan notis berunsur perkauman oleh seorang penjual jagung bakar di Kota Warisan, Sepang.
![Kerajaan sasar tambah van khidmat guaman bergerak bantu rakyat B40 Kerajaan sasar tambah van khidmat guaman bergerak bantu rakyat B40](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739628918_MKulasegaranJust.jpg)
Kerajaan sasar tambah van khidmat guaman bergerak bantu rakyat B40
Ketika ini terdapat lima van bergerak tersedia termasuk tiga yang diperoleh sewaktu kepimpinan Kerajaan MADANI.
![Industri automotif China, Eropah miliki potensi kerjasama besar - Menteri Perdagangan China Industri automotif China, Eropah miliki potensi kerjasama besar - Menteri Perdagangan China](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/71663595871_car.jpg)
Industri automotif China, Eropah miliki potensi kerjasama besar - Menteri Perdagangan China
Industri automotif di China dan Eropah mempunyai asas kukuh serta potensi besar untuk bekerjasama, kata Menteri Perdagangan China, Wang Wentao.
Joehari mampu tingkatkan prestasi pasukan bola sepak negara - Hannah
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yakin dengan kepimpinan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub untuk membawa perubahan positif kepada pasukan negara.
10 Berita Pilihan - (15 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
El Salvador rampas 1.7 metrik tan kokain, tiga ditahan
Pihak berkuasa El Salvador mengumumkan rampasan 1.7 metrik tan dadah kokain dianggar bernilai US$44.8 juta dalam operasi pada 7 Februari lalu.
Yaman protes, bantah rancangan 'gila' Trump ingin ambil alih Gaza
Turut hadir di perhimpunan tersebut ialah Menteri Pertahanan Houthi Yaman, Mohammed Al-Atifi
Tiga tebusan Israel merdeka, 369 tahanan Palestin dibebaskan sebagai pertukaran
Tebusan Israel Iair Horn, Sagui Dekel-Chen dan Sasha Troufanov diserahkan kepada pasukan Palang Merah selepas perundingan di antara Qatar, Mesir dan Amerika Syarikat (AS) berjaya.
![Lokasi proses air ketum diserbu, dua ditahan Lokasi proses air ketum diserbu, dua ditahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81736910559_Lokasiprosesair.jpg)
Lokasi proses air ketum diserbu, dua ditahan
PGA menahan dua lelaki masing-masing berusia 24 dan 23 tahun bagi membantu siasatan.
![PDRM, agensi lain sentiasa bekerjasama kekang penyeludupan dadah - Pengarah JSJN PDRM, agensi lain sentiasa bekerjasama kekang penyeludupan dadah - Pengarah JSJN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/71728464190_rampasdadah.jpg)
PDRM, agensi lain sentiasa bekerjasama kekang penyeludupan dadah - Pengarah JSJN
Polis akan sentiasa bekerjasama erat dengan pelbagai agensi kerajaan untuk mengekang aktiviti penyeludupan dadah ke negara ini.
![Polis Terengganu rampas dadah bernilai RM3.6 juta tahun ini Polis Terengganu rampas dadah bernilai RM3.6 juta tahun ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/61729588165_KhairiKhairudin.jpg)
Polis Terengganu rampas dadah bernilai RM3.6 juta tahun ini
Polis Terengganu berjaya merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM3.6 juta dalam tempoh 1 Jan hingga 30 Sept tahun ini, kata Ketua Polis Terengganu Datuk Mohd Khairi Khairudin.
![APMM gagalkan cubaan seludup satu tan daun ketum APMM gagalkan cubaan seludup satu tan daun ketum](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51729508945_tbAPMMDaunKetum.jpg)
APMM gagalkan cubaan seludup satu tan daun ketum
APMM Zon Maritim Kuala Perlis menggagalkan cubaan menyeludup keluar kira-kira satu tan daun ketum bernilai RM50,000 di kedudukan 0.4 batu nautika timur laut muara Kuala Sanglang, Kuala Perlis.
![Lebih 890 kg dadah dirampas di Perlis sejak Januari hingga Jun Lebih 890 kg dadah dirampas di Perlis sejak Januari hingga Jun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/51706882071_TBMuhammadAbdulHal.jpg)
Lebih 890 kg dadah dirampas di Perlis sejak Januari hingga Jun
Polis merampas lebih 890 kilogram (kg) dadah pelbagai jenis bernilai RM75.8 juta di Perlis sejak Januari hingga Jun lepas.
![ATM rampas 930kg daun ketum bernilai lebih RM74,000 di sempadan ATM rampas 930kg daun ketum bernilai lebih RM74,000 di sempadan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721429896_rampasketumatmk.jpg)
ATM rampas 930kg daun ketum bernilai lebih RM74,000 di sempadan
Daun ketum itu dirampas dalam sebuah pacuan empat roda di kawasan hutan berhampiran sempadan, pada 11.30 pagi.
![ATM rampas 700 kg daun ketum cuba diseludup ke Thailand ATM rampas 700 kg daun ketum cuba diseludup ke Thailand](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51719106621_tbATM.jpg)
ATM rampas 700 kg daun ketum cuba diseludup ke Thailand
Rampasan di sempadan negara di Padang Terap itu bernilai RM56,000.
![Polis Kedah tahan 9 lelaki, rampas syabu dan daun ketum bernilai RM730,000 Polis Kedah tahan 9 lelaki, rampas syabu dan daun ketum bernilai RM730,000](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/81712545547_DADAHjpg.jpg)
Polis Kedah tahan 9 lelaki, rampas syabu dan daun ketum bernilai RM730,000
Jumlah syabu yang dirampas ialah seberat lebih 20 kilogram, manakala daun ketum pula sebanyak 130 kilogram.
![Polis Johor lupus dadah bernilai RM5.43 juta Polis Johor lupus dadah bernilai RM5.43 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/71701055394_TBDadahjpg.jpg)
Polis Johor lupus dadah bernilai RM5.43 juta
Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata proses pelupusan itu akan dilakukan hari ini di Bukit Pelanduk, Negeri Sembilan.
![Lelaki ditahan bersama 450kg daun ketum Lelaki ditahan bersama 450kg daun ketum](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/81647519750_Ketum.jpg)
Lelaki ditahan bersama 450kg daun ketum
Polis turut merampas 400 botol berisi cecair hitam disyaki campuran ubat batuk dan dadah jenis kodein.