JOHOR BAHRU: Satu sindiket melebur tembaga secara haram telah ditumpaskan Pasukan Gerakan Am (PGA) Simpang Renggam dengan mencatatkan hasil rampasan barangan bernilai lebih RM3.5 juta, pada pagi Ahad.
Pegawai Pemerintah Batalion 5 PGA, Superintenden Dimin Awang berkata, menerusi Op Benteng itu, tiga lelaki tempatan berusia antara 24 hingga 44 tahun bersama empat lelaki warga China dan seorang lelaki warga Bangladesh berumur lingkungan 30 hingga 66 tahun ditahan.
“Serbuan itu dilakukan kira-kira pukul 4.30 pagi semalam dalam sebuah kebun kelapa sawit di Jalan PTD 1314 Kampung Ibrahim Majid, Simpang Renggam.
“Hasil siasatan mendapati kesemua suspek ditahan menjalankan aktiviti melebur tembaga campuran secara salah dan dipercayai sudah beroperasi selama satu tahun lebih," katanya.
Antara barangan yang dirampas termasuk lebih 40 guni berisi tembaga campuran, 13 jongkong tembaga dengan anggaran berat setiap jongkong 450 kilogram dan 67 guni berisi arang batu.
“Turut dirampas dua buah jentera forklift, tiga mesin generator, tiga mesin relau, enam mesin penyedut angin, dua mesin penyedut air, sebuah mesin kimpal dan satu penimbang untuk memproses," kata Dimin.
Anggaran keseluruhan nilai rampasan berjumlah RM3,500,750. Tangkapan dan rampasan seterusnya dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang untuk tindakan lanjut.
Beliau berkata, tangkapan dan rampasan ini sekali gus telah berjaya melumpuhkan sindiket melebur tembaga secara salah di kawasan Simpang Renggam dan Pontian.
"Kes akan disiasat di bawah Seksyen 29(1) Akta Kesalahan Kecil, Seksyen 6 Akta Barang Lusuh (ABL) dan Seksyen 6(1) Akta Imigresen," katanya dalam satu kenyataan, pada Ahad.
Sehubungan itu, beliau berharap orang ramai akan terus memberikan kerjasama dengan menyalurkan sebarang maklumat berhubung kegiatan jenayah barangan kontraban serta kemasukan warga asing tanpa izin di negeri ini kepada pihak berkuasa.
Nurul Izzatull Hani Seman
Mon May 31 2021
![Sindiket lebur tembaga: Lapan lelaki ditahan, nilai rampasan lebih RM3.5 juta Sindiket lebur tembaga: Lapan lelaki ditahan, nilai rampasan lebih RM3.5 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-05/71622437543_LEBURTEMBAGA.jpg)
Serbuan itu dilakukan kira-kira pukul 4.30 pagi Ahad dalam sebuah kebun kelapa sawit di Jalan PTD 1314 Kampung Ibrahim Majid, Simpang Renggam. - Astro AWANI
The Economy with Ibrahim Sani: Kegiatan Seperti Bola Sepak Dorong Pertumbuhan Lestari
Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad membincangkan bagaimana kegiatan seperti bola sepak boleh mendorong pertumbuhan ekonomi yang lestari di peringkat akar umbi. Beliau menekankan pentingnya aktiviti komuniti dalam membina ekonomi yang mampan dan inklusif.
![Chad umum Kabinet baharu Chad umum Kabinet baharu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71738898086_TBMahamatIdriss.jpg)
Chad umum Kabinet baharu
Senarai anggota Kabinet dibacakan menerusi televisyen nasional dan platform dalam talian kepresidenan Chad.
Grab dan GoTo percepat perbincangan penggabungan bagi atasi kerugian
Grab Holdings Ltd dan GoTo Group mempercepatkan perbincangan penggabungan dan mensasarkan untuk memeterai perjanjian tahun ini juga, bagi mengatasi kerugian yang berlarutan dalam pasaran Internet yang sangat sengit di Asia Tenggara.
![Mesir tolak pemindahan rakyat Palestin, ingatkan natijah buruk kestabilan serantau Mesir tolak pemindahan rakyat Palestin, ingatkan natijah buruk kestabilan serantau](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81737951686_PalestiniansGaza.jpg)
Mesir tolak pemindahan rakyat Palestin, ingatkan natijah buruk kestabilan serantau
Mesir beri amaran akibat buruk yang mungkin timbul daripada tindakan tidak bertanggungjawab ini.
AWANI Ringkas: Mangsa di Sabah meningkat, Sarawak menurun
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![Grab-GoTo, ini 6 implikasi apabila digabungkan Grab-GoTo, ini 6 implikasi apabila digabungkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71738896678_TBgrabgoto.jpg)
Grab-GoTo, ini 6 implikasi apabila digabungkan
Penggabungan Grab dan GoTo mencetuskan perbincangan mengenai kawalan pasaran, persaingan serta kesannya terhadap pengguna dan tenaga kerja di Malaysia.
Malaysia berpotensi jadi hub Semikonduktor global
Menurut Pengarah & Penganalisis, Research Institute for Indonesia, Thailand and Singapore (ITS) Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Md Shukri Shuib. ini kerana industri semikonduktor di negara ini berjaya menunjukkan kemajuan yang pesat sehingga mampu mengatasi negara Taiwan.
![Pelakon veteran, Roslan Saleh meninggal dunia Pelakon veteran, Roslan Saleh meninggal dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738895856_TBBelasungkawaRosl.jpg)
Pelakon veteran, Roslan Saleh meninggal dunia
Jenazah Allahyarham Roslan akan dibawa ke Masjid Tanah, Melaka untuk dikebumikan dijangka selepas solat Jumaat.
AWANI Pagi: Generasi Z manja dan lemah?
Diskusi #AWANIPagi 8.30 Khamis akan bersama Kaunselor Pelatih, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya, Nurul Afreen Naquiah Haminudin, mengupas mitos dan fakta tentang generasi ini.
#AWANIpagi #AWANInews
#AWANIpagi #AWANInews
![Banjir di Sabah, Sarawak kembali meningkat pagi ini Banjir di Sabah, Sarawak kembali meningkat pagi ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71738894824_TBbanjirsabah.jpg)
Banjir di Sabah, Sarawak kembali meningkat pagi ini
Di Sarawak, mangsa banjir meningkat kepada 4,705 orang di 24 PPS berbanding 4,341 orang malam tadi.
![Seorang lagi lelaki warga asing terlibat insiden tembakan di Morib meninggal dunia - Polis Seorang lagi lelaki warga asing terlibat insiden tembakan di Morib meninggal dunia - Polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61738846397_DatukHusseinOmarK.jpg)
Seorang lagi lelaki warga asing terlibat insiden tembakan di Morib meninggal dunia - Polis
Seorang lagi lelaki warga asing yang terlibat dalam insiden tembakan di perairan Tanjung Rhu, Banting, Selangor pada 24 Jan lepas meninggal dunia.
![Masalah dengan kekasih punca pelancong asing jatuh bangunan - Polis Masalah dengan kekasih punca pelancong asing jatuh bangunan - Polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71738757964_Pelancongcederater.jpg)
Masalah dengan kekasih punca pelancong asing jatuh bangunan - Polis
Masalah dengan kekasih dipercayai punca seorang pelancong asing terjatuh dari tingkat tujuh sebuah bangunan pusat membeli-belah di Persiaran Gurney, di sini, semalam.
![Aerotrain: Kelewatan yang tidak memenuhi jangkaan Aerotrain: Kelewatan yang tidak memenuhi jangkaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71738227258_aerotrain.jpg)
Aerotrain: Kelewatan yang tidak memenuhi jangkaan
Kelewatan dalam menyambung semula perkhidmatan Aerotrain di KLIA, pada asalnya dijadualkan pada Januari 2025, dilihat sebagai mengecewakan selepas lebih dua tahun menantikannya.
![Tiada unsur jenayah kes kematian warga asing dilanggar kereta api - Polis Tiada unsur jenayah kes kematian warga asing dilanggar kereta api - Polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/41691058871_RailwayTrack.jpg)
Tiada unsur jenayah kes kematian warga asing dilanggar kereta api - Polis
Tiada unsur jenayah dalam kes kematian seorang warga asing susulan dilanggar kereta api di Stesen Komuter Klangpagi semalam.
![KPDN serbu stor haram seleweng LPG bersubsidi di Kulai KPDN serbu stor haram seleweng LPG bersubsidi di Kulai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81738064122_TBgas.jpg)
KPDN serbu stor haram seleweng LPG bersubsidi di Kulai
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Johor merampas 903 tong gas petroleum cecair (LPG) dalam serbuan di sebuah stor haram di sini hari ini.
![Empat lelaki ditahan bersama senjata api, 801 butir peluru Empat lelaki ditahan bersama senjata api, 801 butir peluru](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71738059840_HamzahAhmad.jpg)
Empat lelaki ditahan bersama senjata api, 801 butir peluru
Polis menahan empat lelaki termasuk dua warga Indonesia dan merampas lima pucuk pistol, selaras senapang M4 serta 801 butir peluru dalam sebuah bot di kawasan perairan Perai.
![Buruh warga Bangladesh maut jatuh bangunan di tapak pembinaan Buruh warga Bangladesh maut jatuh bangunan di tapak pembinaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71737954635_BuruhwargaBanglade.jpg)
Buruh warga Bangladesh maut jatuh bangunan di tapak pembinaan
Kejadian berlaku sekitar jam 9.06 pagi dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Meru Raya bergegas ke lokasi.
![Polis selamatkan tiga mangsa pemerdagangan orang, tahan 29 individu lain Polis selamatkan tiga mangsa pemerdagangan orang, tahan 29 individu lain](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/61737692026_TBburuh.jpg)
Polis selamatkan tiga mangsa pemerdagangan orang, tahan 29 individu lain
Ketua Penolong Pengarah D3 Bukit Aman SAC Soffian Santong berkata tiga lelaki yang diselamatkan itu berusia antara 28 dan 35 tahun.
![Imigresen Terengganu tahan 14 pendatang tanpa izin Imigresen Terengganu tahan 14 pendatang tanpa izin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/51737688556_TBjim.jpg)
Imigresen Terengganu tahan 14 pendatang tanpa izin
Tangkapan itu melibatkan 12 rakyat Bangladesh, dan masing-masing seorang warga Myanmar dan Pakistan yang berusia antara 24 hingga 54 tahun.
![Imigresen tahan 38 warga asing di Kampung Baru Imigresen tahan 38 warga asing di Kampung Baru](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/61737689771_TBImigresen.jpg)
Imigresen tahan 38 warga asing di Kampung Baru
Op Sapu KL Strike Force itu dijalankan oleh 35 pegawai selepas risikan selama dua minggu di lokasi terbabit berikutan aduan penduduk setempat mengenai kebanjiran warga asing.