KUALA LUMPUR: Polis menahan empat lelaki dan enam wanita yang disyaki menganggotai satu sindiket pemalsuan dokumen permohonan pinjaman bank, dalam serbuan di sebuah premis di Jalan Gombak, Setapak di sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Supt Ashari Abu Samah berkata kesemua mereka yang berusia lingkungan 21 hingga 36 tahun itu ditahan dalam serbuan yang dilancarkan hasil kerjasama Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Daerah Wangsa Maju dan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur.
"Siasatan awal mendapati sindiket ini menawarkan perkhidmatan mereka melalui laman sosial kepada individu yang ingin mendapatkan pinjaman wang daripada bank tempatan dengan memalsukan dokumen untuk dikemukakan kepada pihak bank.
"Polis merampas tiga set komputer, 77 kad ATM pelbagai bank, 10 unit telefon bimbit dan 43 cop getah atas nama pelbagai syarikat dalam serbuan itu," katanya dalam kenyataan hari ini.
Turut dirampas adalah beberapa pukal dokumen bank, dokumen Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), dokumen CTOS Data Systems Sdn Bhd (CTOS) dan beberapa penyata gaji atas nama pelanggan yang disyaki digunakan dalam menjalankan kegiatan pemalsuan dokumen.
Ashari berkata sindiket ini dipercayai aktif sejak empat tahun lepas di sekitar ibu negara, dan semua suspek kini direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 04 2023

Polis menahan empat lelaki dan enam wanita yang disyaki menganggotai satu sindiket pemalsuan dokumen permohonan pinjaman bank, dalam serbuan di sebuah premis di Jalan Gombak, Setapak, semalam. - Gambar hiasan
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Sindiket palsukan dokumen untuk pinjaman bank tumpas, 10 ditahan
Polis menahan empat lelaki dan enam wanita yang disyaki menganggotai satu sindiket pemalsuan dokumen permohonan pinjaman bank, dalam serbuan di sebuah premis di Jalan Gombak, Setapak, semalam.