PUTRAJAYA: Jabatan Imigresen menumpaskan sindiket pemalsuan pasport didalangi warga Bangladesh yang menjadikan sebuah rumah sebagai markas di Kepong, Kuala Lumpur, semalam.
Ketua Pengarah Imigresen Datuk Ruslin Jusoh berkata dalam operasi kira-kira 6.30 pagi itu, dua warga Bangladesh berusia 26 dan 28 tahun dipercayai orang kanan sindiket ditahan ketika membawa bungkusan mengandungi 105 naskah pasport palsu.
Beliau berkata susulan itu, seorang lagi suspek berusia 33 tahun dipercayai dalang utama sindiket ditahan di sebuah rumah yang dijadikan lokasi membuat pasport palsu.
"Pemeriksaan di rumah berkenaan membawa kepada penemuan 15 lagi pasport palsu serta peralatan membuat pasport antaranya kulit pasport, komputer riba serta mesin pencetak.
"Jumlah keseluruhan pasport palsu yang dirampas dalam operasi ini adalah 120 pasport antaranya pasport negara Indonesia, Bangladesh dan Myanmar," katanya pada sidang media di sini hari ini.
Ruslin berkata sindiket itu dipercayai telah beroperasi selama setahun dan mereka menyasarkan warga asing yang tidak mempunyai dokumen pengenalan diri atau pasport sebagai pelanggan.
Menurutnya, pasport palsu itu dijual pada harga RM500 hingga RM700 bagi setiap satu dan mereka dipercayai mampu menghasilkan lima hingga 10 pasport palsu setiap hari bergantung kepada permintaan pelanggan.
Katanya, proses penghantaran pasport juga lebih moden apabila dipercayai menggunakan khidmat kurier dan segala transaksi pembayaran dilakukan secara dalam talian.
"Dua orang kanan itu ditahan ketika cuba pos pasport kepada pelanggan. Modus operandi sindiket ini lebih canggih. Kalau dulu penyerahan pasport guna serahan tangan tetapi sekarang berbeza... bayaran juga bukan secara tunai," katanya sambil menambah, pihaknya akan mengesan akaun bank yang digunakan sindiket berkenaan.
Beliau berkata pemeriksaan awal mendapati dalang utama dan seorang daripada suspek mempunyai Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) yang sah sehingga 2024 manakala seorang lagi tiada sebarang dokumen.
"Kita percaya masih ada saki baki sindiket ini dan usaha memburu mereka sedang dijalankan," katanya.
Beliau berkata ketiga-tiga lelaki berkenaan ditahan selama 14 hari di Depot Imigresen di sini untuk siasatan lanjut di bawah Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 21 2023

Ketua Pengarah Imigresen Datuk Ruslin Jusoh menunjukkan perbandingan pasport asli dengan pasport palsu (kanan) semasa sidang media hari ini. - Foto Bernama

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Pasport 'terbang': SPRM Sabah tahan tiga penguat kuasa
Sindiket yang dipercayai bergerak aktif sejak tahun lepas itu disyaki memberikan rasuah kira-kira RM300,000 kepada penguat kuasa terbabit.

Imigresen tumpas sindiket ubah suai pasport 'Ofu Bhai'
Jabatan Imigresen menumpaskan sindiket "Ofu Bhai" yang aktif menjalankan kegiatan pemalsuan dan pengubahsuaian pasport tulen sejak dua tahun lepas.

Sindiket pemalsuan pasport didalangi warga Bangladesh tumpas
Jabatan Imigresen menumpaskan sindiket pemalsuan pasport didalangi warga Bangladesh yang menjadikan sebuah rumah sebagai markas di Kepong.