GEORGE TOWN: Tindakan sindiket pengedaran dadah antarabangsa menyembunyikan dadah dalam peralatan mewarna krayon sebelum dihantar melalui syarikat kurier ke luar negara, berjaya dibongkar polis susulan penahanan seorang lelaki dalam serbuan di tepi jalan di George Town, di sini Khamis lepas.
Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Soffian Santong berkata ekoran penahanan lelaki berusia 25 tahun pada 11.30 malam itu, polis berjaya membongkar sindiket tersebut yang beroperasi sejak pertengahan tahun lepas untuk pasaran dadah luar negara.
Katanya susulan penahanan lelaki itu, polis menyerbu sebuah rumah sewa di Lebuh Sungai Pinang di sini dan merampas syabu seberat 1.02 kilogram (kg) serta ketamin 77 gram (g) bernilai RM48,636, dan pelbagai peralatan membungkus semula dadah.
"Berdasarkan siasatan, sindiket itu membungkus semula syabu di dalam batang-batang krayon berwarna dengan memotong bahagian bawah krayon itu dan mengisinya dengan dadah seberat tujuh gram bagi setiap satu batang krayon.
"Setiap bungkusan yang mengandungi 48 batang (krayon) dengan lebih 300g dadah bernilai RM30,000, akan dihantar ke luar negara menggunakan syarikat kurier. Difahamkan dadah tersebut jika dijual di luar negara harganya lebih dua kali ganda nilai pasaran kita," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Beliau berkata polis turut menyita sebuah kereta bernilai RM34,000 dari penganggur itu, yang didapati positif dadah.
Sementara itu, Soffian berkata polis berjaya menumpaskan makmal mini memproses dadah dan menghasilkan campuran methylenedioxy-methamphetamine (MDMA) dalam minuman paket segera, selepas menyerbu sebuah rumah dalam operasi yang dijalankan selama dua hari bermula 13 Mei lepas di Jelutong, di sini.
"Polis pada mulanya menahan seorang lelaki berusia 36 tahun sebelum menyerbu rumah sewa yang dijadikan makmal memproses dadah, dan susulan serbuan tersebut kami merampas serbuk MDMA seberat 3.32 kg yang yelah diisi dalam 97 paket minuman segera seperti kopi dan teh tiga dalam satu, serta jus buah-buahan.
"Kami turut merampas ketamin sebanyak 67.43g, syabu (18g), pil eramin 5 (160 biji) serta pil ekstasi sebanyak 24 biji, yang kesemuanya termasuk MDMA bernilai RM180,860," katanya.
Soffian sindiket itu dipercayai terlibat dalam kegiatan memproses dan mengedar dadah sejak bulan Mac lepas, serta usaha mengesan rangkaian sindiket tersebut giat dijalankan.
"Dalam serbuan itu, polis turut menyita sebuah kereta bernilai RM31,000 dan wang tunai sebanyak RM2,120 daripada lelaki yang positif dadah, serta mempunyai pelbagai rekod lampau," katanya.
Menurutnya lelaki yang tidak bekerja itu direman sehingga 18 Mei, bagi membantu siasatan menurut Seksyen 39B Kanun Keseksaan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 17 2022

Polis percaya, sindiket itu membungkus semula syabu di dalam batang-batang krayon berwarna. - Gambar/ Bernama

Kerajaan peruntuk RM16.21 juta bagi pembangunan Orang Asli di Johor
Peruntukan menerusi JAKOA itu meliputi pelaksanaan pelbagai program ekonomi, keusahawanan, bantuan perumahan, pembangunan infrastruktur.

ATC 2025: Skuad Malaysia capai sasaran pingat
Sebelum ini, Mohd Harnizam meletakkan sasaran tiga pingat tanpa mengira warna bagi kejohanan itu.

Persatuan Pandu Puteri lahirkan pemimpin bermoral tinggi - Tunku Azizah
Baginda bertitah, pengadaptasian sahsiah nilai murni tidak boleh dipandang mudah kerana ia melengkapkan kriteria sebagai seorang pemimpin.

Ibu tiga anak maut, dipercayai dibunuh kekasih
Dalam kejadian itu, mangsa yang menyewa di rumah dua tingkat itu bersama kekasihnya sejak lima bulan lalu, ditemukan terbaring atas katil.

ATC 2025: Sawda pecah rekod remaja Asia, raih emas ujian masa 1km
Sawda mencatatkan satu minit 10.818s untuk memperbaharui rekod yang dicipta atlet Taiwan Liu Shang Ying (1:12.722s) pada pusingan kelayakan.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
Abdul Rashid berkata masalah kekurangan bekalan kelapa bukan hanya berlaku di Malaysia, malah di seluruh dunia berikutan musim melawas.

KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini
Ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.

Landskap penyiaran Pakistan berdepan cabaran getir
Untuk menangani isu itu, penyiar mesti mengutamakan ketepatan dan pengesahan sebelum menyiarkan sebarang maklumat kepada khalayak.

Presiden DR Congo Tshisekedi tolak dialog dengan pemberontak M23
Felix Tshisekedi berkata, gabungan kerajaannya tidak seharusnya terpengaruh oleh ketegangan dalaman dan manipulasi dari luar.

Konflik Rusia-Ukraine boleh berakhir 'minggu ini' - Jurucakap Rumah Putih
Donald Trump yakin dengan keupayaannya untuk merundingkan perjanjian dengan Rusia bagi menamatkan konflik Ukraine.

Polis Perak berkas 15 ahli sindiket tawar pekerjaan tidak wujud
Polis menahan 13 warga China terdiri daripada 12 lelaki dan seorang wanita berusia antara 26 hingga 41 tahun.

Polis bongkar makmal haram proses cecair vape mengandungi dadah di Seri Kembangan
Tujuh suspek termasuk lima lelaki warga asing ditahan dalam serbuan melibatkan JSJN Ibu Pejabat Polis Kontinjen negeri.

Datuk rugi RM26.6 juta ditipu skim pelaburan kripto
Lelaki berusia 74 tahun itu tertarik dengan iklan pelaburan tersebut selepas membuat carian di Google.

Polis bongkar taktik sindiket sembunyi dadah dalam but kereta
Dalam serbuan pertama di parkir sebuah kondominium, polis merampas 4.12 kilogram (kg) dadah yang disembunyikan dalam ruangan but kereta.

25 cedera dalam letupan bom di Narathiwat
Seramai 25 individu, termasuk tiga anggota sukarelawan, cedera dalam kejadian letupan bom motosikal di hadapan Pos Kawalan Keselamatan Sukarelawan Pertahanan Weng, petang semalam.

Dua wanita rugi RM50,000 disamun dengan parang
Seorang lelaki mengugut mahu memotong rantai dipakai wanita itu jika enggan bekerjasama, selain menendang mangsa.

Ditegur diminta alihkan barang disyaki punca lelaki lepaskan tembakan - Pengarah JSJ
Risikan awal mendapati ketika kejadian suspek dipercayai berada di bawah pengaruh dadah.

Pengurus rugi RM2.56 juta ditipu pelaburan kripto tidak wujud
Mangsa berusia 42 tahun mula menyertai pelaburan berkenaan sejak Julai tahun lepas setelah melihat iklan di Facebook.

Lepaskan lapan das tembakan di pusat beli-belah, lelaki warga tempatan sedang dijejaki polis
Penembak itu bertindak melarikan diri dari pusat beli-belah tersebut, dia dipercayai masih berada di kawasan berhampiran.

Siasatan kes tipu isteri pelawak selesai
Kertas siasatan berhubung kes penipuan berjumlah RM95,180 melibatkan isteri kepada seorang pelakon dan pelawak sudah diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR).