SEPANG: Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO) dan Pertubuhan Keprihatinan Jenayah Komuniti Malaysia (MCCC) akan membawa memorandum kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk meminta campur tangan badan dunia itu terhadap isu tersebut.
Setiausaha Agung MHO Datuk Hishamuddin Hashim berkata memorandum itu akan diserahkan kepada pejabat PBB di Putrajaya Khamis ini.
Beliau berkata terdapat perkembangan positif dari Kemboja dan Laos dalam operasi menyelamatkan mangsa, namun situasi di Myanmar masih lagi buntu seakan-akan kerajaan negara itu tidak menghiraukan jenayah pemerdagangan manusia terhadap rakyat Malaysia.
"Di Kemboja dan Laos kita lihat ada penglibatan serius polis negara tersebut untuk menyelamatkan rakyat Malaysia.
"Malangnya sindiket itu kini membawa rakyat Malaysia di Kemboja dan Laos untuk diseludup ke Myanmar," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyambut ketibaan lima lagi rakyat Malaysia yang berjaya diselamatkan daripada sindiket itu di Laos.
Turut hadir Presiden MCCC dan juga bekas ketua polis negara Tan Sri Musa Hassan.
Musa berkata operasi menyelamatkan mangsa sindiket tersebut di Myanmar mengalami kesukaran dan mencadangkan Wisma Putra menghantar nota bantahan kepada kerajaan negara itu.
Selain itu, beliau berkata perkara itu harus dibawa ke Sidang Kemuncak ASEAN dan PBB yang merupakan platform tertinggi untuk mengetengahkan isu tersebut.
Beliau berkata Tabung Kemanusiaan telah dilancarkan oleh MCCC untuk menyelamatkan rakyat Malaysia yang masih terkandas, memandangkan pelbagai faktor seperti penginapan, logistik dan bayaran kompaun kepada imigresen di negara terbabit melibatkan kos yang tinggi.
Bagaimanapun, Musa berkata satu tabung khas perlu diwujudkan oleh kerajaan bagi membantu rakyat yang masih terkandas di negara-negara itu.
Sementara itu, seorang mangsa yang dikenali sebagai Tham berkata beliau tertipu dengan iklan kerja di media sosial yang menjanjikan gaji 7,000 yuan (RM4,568) sebulan, Mac lepas.
Katanya beliau menyedari ditipu apabila dibawa ke satu bangunan di wilayah Bokeo, Laos, serta ditahan oleh warga China yang mempunyai senjata.
"Mulanya kita diberitahu kerja di pusat panggilan tetapi sampai sana baru tahu kerja sebagai scammer (penipu). Kita dibawa ke bangunan yang masih tidak siap diubah suai dan pergerakan dikawal.
"Jika tidak dapat mencapai sasaran kita akan didenda seperti berlari 80 tingkat malah ada orang yang dipukul sehingga kaki patah dan kepala pecah," katanya.
Tham berkata beliau bersama abangnya yang juga mangsa serta dua lagi individu, meminta supaya dilepaskan tetapi diberitahu perlu membayar 500,000 yuan seorang (RM326,587).
Katanya, dia bersama tiga orang lagi melarikan diri dengan bantuan orang tempatan dan bersembunyi, namun mendapati ada wang ganjaran sebanyak 1 juta yuan (RM653,175) ditawarkan untuk menangkap mereka.
Tham yang bersyukur dapat kembali ke pangkuan keluarga dengan selamat, mengucapkan terima kasih kepada kedutaan Malaysia di Laos, kerajaan Malaysia, polis, MHO dan MCCC yang tidak pernah berputus asa untuk membantu mereka pulang.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 04 2022

Setiausaha Agung MHO Datuk Hishamuddin Hashim (kanan) ketika sidang media semasa menyambut ketibaan lima warganegara Malaysia yang menjadi mangsa sindiket penipuan kerja dan pemerdagangan manusia di Laos sejurus tiba di KLIA malam ini. - Foto BERNAMA

RUU PSB pastikan pembangunan semula yang adil, beri manfaat kepada pemilik hartanah
RUU ini turut memperkenalkan mekanisme bagi pemilik yang tidak bersetuju dengan pembangunan semula.

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.

12 lagi mangsa sindiket penipuan kerja di Kemboja berjaya diselamatkan - PM
Seramai 12 lagi warga Malaysia yang terperangkap dan menjadi mangsa penipuan sindiket tawaran pekerjaan di Kemboja berjaya dibebaskan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sindiket penipuan kerja: MHO, MCCC akan bawa memorandum kepada PBB
Setiausaha Agung MHO Datuk Hishamuddin Hashim berkata memorandum itu akan diserahkan kepada pejabat PBB di Putrajaya Khamis ini.

29 lagi rakyat Malaysia mangsa penipuan kerja di Kemboja dibawa pulang bermula hujung September
Seramai 29 lagi rakyat Malaysia mangsa sindiket penipuan pekerjaan di Kemboja yang masih berada di depoh imigresen negara itu dijangka dibawa pulang secara berperingkat bermula hujung bulan ini.

Ujian DNA sah identiti mangsa penipuan kerja di Mae Sot sebagai Zhen Feng
Keputusan ujian DNA pada Isnin menunjukkan Goi Chee Kong adalah 99.99 peratus bapa kandung kepada mangsa.

Luluh hati ibu bapa dapat tahu kematian anak ada kaitan dengan sindiket penipuan kerja
Zhan Feng dipercayai menjadi mangsa sindiket pemerdagangan orang dan diseludup ke Myawaddy, Myanmar serta dipaksa bekerja.

195 mangsa sindiket penipuan kerja masih berada di luar negara - Saifuddin
Seramai 195 warga Malaysia yang dipercayai menjadi mangsa sindiket penipuan tawaran pekerjaan dilaporkan masih berada di luar negara setakat Jumaat lepas (2 Sept).