GEORGE TOWN: Sindiket penyeludupan dadah ke negara jiran tumpas selepas Polis Pulau Pinang menahan enam lelaki dan merampas dadah syabu bernilai RM 3.87 juta dalam dua serbuan di negeri itu pada Isnin.
Rampasan dibuat menerusi serbuan yang dijalankan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontijen Pulau Pinang dengan kerjasama Pasukan Marin Wilayah Satu, Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya dan Seberang Perai Selatan (SPS).
Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, serbuan pertama dijalankan di jeti pendaratan ikan di Sungai Acheh, Balik Pulau pada jam 2.30 petang.
Dalam serbuan itu, polis berjaya menahan lima lelaki terdiri daripada dua warga tempatan dan tiga warga asing bersama dadah seberat 107.5 kilogram (kg) dalam 100 bungkusan teh yang ditemukan dalam bot gentian kaca di jeti berkenaan.
Siasatan awal pihaknya mendapati sindiket berkenaan menjadikan lokasi tersebut sebagai ‘port’ sebelum bekalan dadah diseludup ke negara luar.
Susulan penahanan lima lelaki itu, polis kemudian menyerbu sebuah rumah di Bukit Tambun, Nibong Tebal, dan menahan seorang lagi suspek warga tempatan yang dipercayai mempunyai kaitan dengan penemuan syabu itu.
“Serbuan kedua di SPS, kita tangkap seorang warga tempatan. Pengedaran ini (dikesan) sejak September lalu.
“Ia melibatkan pengedaran ke negara jiran, dan jumlah keseluruhan dadah (dipercayai) boleh digunakan oleh seramai (kira-kira) 537,500 penagih dadah,” kata Mohd Shuhaily pada sidang media di Ibu Pejabat Kontinjen Pulau Pinang, di George Town pada Rabu.
Selain dadah, pihak polis turut menyita dua buah kenderaan, dua buah motosikal dan wang tunai yang dianggarkan bernilai RM17,800.
Ujian saringan air kencing ke atas suspek berusia 30 hingga 55 tahun itu adalah negatif dan hanya seorang daripada mereka mempunyai rekod jenayah lampau mengikut Seksyen 56(1)(b) Akta Imigresen 1956/63.
Kesemua suspek yang juga buruh itu kini direman selama tujuh hari bermula 21 hingga 27 September ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39 B Akta Dadah Berbahaya 1952 .
Dewi Nur Harasha Alias
Wed Sep 22 2021

Sindiket penyeludupan dadah ke negara jiran tumpas selepas Polis Pulau Pinang menahan enam lelaki dan merampas dadah syabu bernilai RM3.87 juta dalam dua serbuan di negeri itu pada Isnin. - Astro AWANI

Bekas ahli perniagaan warga China rugi RM4.2 juta terpedaya Macau Scam
Seorang bekas ahli perniagaan warga China kerugian RM4.2 juta selepas terpedaya dengan sindiket penipuan macau scam yang mendakwa sebagai pegawai polis.

Sembilan projek jambatan di Sarawak siap tahun ini - Timbalan Premier
Sembilan lagi projek pembinaan jambatan yang giat dilaksanakan di Sarawak dijangka siap dalam tahun ini, kata Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Pemilihan PKR: Proses berjalan lancar, persiapan teratur - Fuziah
Persiapan bagi keseluruhan proses pemilihan jawatan PKR yang akan diadakan secara berperingkat bermula April hingga Mei depan berjalan lancar setakat ini, kata Setiausaha Agung PKR Fuziah Salleh.
Fokus Minggu Depan: Keselamatan makanan anak-anak sekolah
Ikuti ulasan Dr Nur Aqilah Amalina binti Jaafar, Pensyarah Jab. Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Fakulti Ekologi Manusia, UPM berkenaan dengan keselamatan makanan anak-anak sekolah.

Korea Selatan bantah tuntutan Jepun ke atas pulau kecil Dokdo
Korea Selatan pada Sabtu membantah tuntutan berulang kali Jepun terhadap pulau kecil yang terletak di tengah-tengah antara kedua-dua negara, dikenali sebagai Dokdo oleh Korea Selatan dan Takeshima ole
Hamas akan bebaskan enam tebusan warga Israel
Mereka merupakan enam tebusan terakhir yang masih hidup daripada sekumpulan 33 yang akan dibebaskan pada peringkat pertama perjanjian gencatan senjata yang dipersetujui bulan lalu.

PRN Sabah: Gerakan sudah bersedia, kenal pasti tiga kawasan
Parti Gerakan telah bersiap sedia untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang dan sudah mengenal pasti tiga kawasan untuk bertanding.
Tiada masalah bekalan santan di Sarawak
Sarawak tidak berhadapan masalah bekalan santan sepanjang bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula- Anthony
Kementerian Pengangkutan mengarahkan supaya aspek keselamatan di semua stesen tren, khususnya kemudahan bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU), dikaji semula dan dipertingkatkan.

Sarawak belanja RM6 bilion hingga 2030 laksana projek air
Sarawak akan membelanjakan kira-kira RM6 bilion hingga 2030 untuk melaksanakan projek bekalan air ke kawasan luar bandar.

Sindiket seludup dadah ke luar negara tumpas, syabu RM3.87 juta dirampas
Sindiket penyeludupan dadah ke negara jiran tumpas selepas Polis Pulau Pinang menahan enam lelaki dan merampas dadah syabu bernilai RM3.87 juta dalam dua serbuan di negeri itu pada Isnin.