JOHOR BAHRU: Batalion 5 Pasukan Gerakan Am (PGA) menumpaskan satu sindiket penyeludupan diesel bersubsidi di Jalan Sungai Tiram susulan penahanan seorang lelaki tempatan, pada Selasa.
Pegawai Pemerintahnya, Superintendan Dimin Awang berkata, pihaknya merampas sebuah lori tangki selain bahan bakar berkenaan dengan nilai keseluruhan rampasan berjumlah RM224,500.
"Kira-kira jam 4.30 pagi, sepasukan pegawai dan anggota polis dari Batalion 5 PGA telah menahan seorang lelaki berusia lingkungan 56 tahun di Jalan Batu 18, Jalan Sungai Tiram.
"Polis membuat rampasan sebuah lori tangki yang berisi 30,000 liter diesel bersubsidi.
"Hasil pemeriksaan ke atas suspek gagal mengemukakan sebarang dokumen memiliki, menyimpan dan membawa barang kawalan," katanya menerusi kenyataan pada Selasa.
Beliau berkata, tangkapan dan rampasan diserahkan kepada pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Johor untuk tindakan Ianjut.
"Menerusi tangkapan dan rampasan ini, satu rangkaian sindiket penyeludupan minyak (diesel) bersubsidi di sekitar Johor Bahru berjaya diputuskan.
"Kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961," katanya.
*Berita asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Tue May 17 2022
Anggota Batalion 5 PGA menunjukkan lori tangki yang disyaki terbabit dengan penyeludupan diesel bersubsidi di Jalan Sungai Tiram pada Selasa. -Foto PGA
Eksklusif! Joe Hart bakal tiba di Malaysia
Joe Hart bakal ke Malaysia dan secara eksklusif akan dibawakan menerusi Nadi Arena Jumaat ini.
CPTPP saluran kritikal kembang pelaburan, perdagangan antara Malaysia, UK - PM Anwar
Anwar berkata ini dapat dilaksanakan susulan daripada langkah kedua-dua negara menyertai perjanjian tersebut.
Malaysia perkasa syarikat pemula, pacu penyelesaian inovatif - Chang
Malaysia akan berusaha memperkasakan syarikat pemula dengan memudahkan kerjasama dan menggalakkan penyelesaian inovatif yang lebih komersial.
Thailand sokong Malaysia sebagai tuan rumah AIPA ke-46 - Johari
Perhimpunan Agung Antara Parlimen ASEAN (AIPA) ke-46 yang bakal dianjurkan di Kuala Lumpur, ibu negara Malaysia telah mendapat sokongan yang amat baik dari Thailand.
Malaysia sasar perkukuh hubungan digital pada Mesyuarat Menteri Digital ASEAN di Bangkok
Malaysia menyasar untuk memperkukuh hubungan digital pada Mesyuarat Menteri Digital ASEAN (ADGMIN) kelima yang akan berlangsung dari 15 hingga 17 Jan, 2025 di Bangkok, Thailand.
Malaysia perlu rebut peluang peluang perdagangan luar untuk imbangi halangan perdagangan AS
Malaysia perlu mempelbagai rakan dagangan dan tidak bergantung sepenuhnya kepada sumber perdagangan tunggal, untuk mengukuhkan ekonominya.
Singapura perkenal kod amalan untuk aplikasi bagi meningkatkan keselamatan dalam talian
Kategori kandungan berbahaya yang dikenal pasti termasuk kandungan seksual, keganasan, bunuh diri dan mencederakan diri.
Tidak 'janji bulan bintang' MTBC usaha beri penghargaan sewajarnya
Mohd Najeeb menegaskan beliau sentiasa percaya terhadap kemampuan pemain terutama dengan jadual padat menanti mereka sepanjang tahun ini.
Perjanjian Gencatan senjata di Gaza dimeterai, mula Ahad ini
Rundingan gencatan senjata telah mencapai persetujuan berperingkat pada Rabu untuk menamatkan perang di Gaza antara Israel dan Hamas.
PM Palestin seru tindakan tamatkan pendudukan Israel
Mustafa berkata masyarakat antarabangsa mesti ambil tindakan konkrit dan tidak boleh diubah terhadap Israel untuk laksanakan penyelesaian dua negara.
Dua warga tempatan ditahan, terlibat sindiket seludup diesel bersubsidi
Satu sindiket yang aktif menyeludup minyak diesel bersubsidi di sekitar Johor Bahru berjaya dipatahkan Batalion 5 Pasukan Gerakan Am (PGA).
Sindiket seludup diesel tumpas
PGA merampas sebuah lori tangki selain bahan bakar berkenaan dengan nilai keseluruhan rampasan berjumlah RM224,500.