Singapura mengalu-alukan cadangan Malaysia mengenai kerjasama keselamatan di perairan sekitar Pulau Batu Puteh dan Batuan Tengah dan berminat untuk meneroka bagi menjalankan rondaan atau misi mencari dan menyelamat bersama, The Straits Times melaporkan dengan memetik Menteri Pertahanan Ng Eng Hen, pada Sabtu.
Dr Ng dilaporkan beliau bersetuju dengan cadangan yang dikemukakan oleh rakan sejawatannya dari Malaysia, Mohamad Sabu, dalam satu temu bual dengan The Straits Times yang diterbitkan pada Jumaat sambil berkata kerjasama akan mewujudkan situasi menang-menang bagi kedua-dua negara jiran itu.
Mohamad berkata kedua-dua negara boleh menjalin kolaborasi untuk mengukuhkan kerjasama keselamatan laluan masuk ke Selat Singapura berhampiran Batuan tengah dan Pulau Batu Puteh.
Pada masa ini, Singapura, Malaysia, Indonesia dan Thailand menjalankan rondaan bersama di sepanjang Selat Melaka dari Laut Andaman hingga ke Selat Singapura dan garisan masuk dari Laut China Selatan.
Dr Ng berkata tidak ada gunanya bagi Singapura dan Malaysia mengerahkan lebih banyak sumber di sekitar Pulau Batu Puteh atau Batuan Tengah jika kedua-dua tersebut boleh bekerjasama sambil menambah rondaan serta misi mencari dan menyelamat bersama adalah satu kemungkinan.
"Saya fikir... pastinya sebagai jiran terdekat, kerjasama itu adalah situasi menang-menang dan kami akan mengkaji lebih banyak peluang untuk mengadakan kerjasama," kata beliau.
Mengenai hubungan dua hala dengan Malaysia, Dr Ng menarik perhatian tentang perlunya untuk menangani kerajaan baharu dengan mengamalkan prinsip kematangan, saling menghormati dan persefahaman.
Kematangan adalah perlu untuk mengetahui bahawa kerajaan baharu akan melakukan perkara yang berbeza, kata beliau.
Penghormatan harus diberikan kepada kerajaan baharu sebagai yang berkuasa hari ini dan pada masa yang sama, ia juga penting untuk memahami keadaan dan cabaran mereka, kata Dr Ng.
"Jadi, saya akan mendekati kerajaan Malaysia yang baharu dalam tempoh beberapa bulan pertama ini dengan kematangan, hormat-menghormati dan persefahaman...Dan apabila kita boleh membantu, kita akan membantu. Tetapi ia adalah berdasarkan prinsip saling menghormati dan manfaat bersama," kata beliau.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jun 30 2018

Pada masa ini, Singapura, Malaysia, Indonesia dan Thailand menjalankan rondaan bersama di sepanjang Selat Melaka dari Laut Andaman hingga ke Selat Singapura dan garisan masuk dari Laut China Selatan.

Manchester United bangkit ketinggalan dua gol ikat Everton di Goodison Park
Keputusan itu meneruskan persembahan tidak konsisten Manchester United nyaris dijinakkan Everton yang tampil lebih dominan.

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.

Usul bahas laporan RCI Batu Puteh bukan untuk dakwa mana-mana pihak - Azalina
Perbahasan laporan RCI bagi membolehkan kerajaan mengambil cadangan serta keputusan untuk memperbaiki kelemahan berkaitan kes berkenaan.

Takkan langsung Dr Mahathir tiada jasa kepada negara? - MP bahas laporan RCI Batu Puteh
Takiyuddin ketika berbahas menyifatkan laporan RCI tersebut sebagai cacat kerana sebanyak 47 daripada 217 muka surat telah dipadam.

RCI Batu Puteh: Anwar serah kepada Ahli Parlimen untuk bincang
Laporan RCI mengesyorkan siasatan jenayah terhadap bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengikut Seksyen 415(b), 417, dan 418 Kanun Keseksaan.

Prosiding RCI Batu Puteh: Tun M enggan ulas, bakal adakan sidang media petang ini
Beliau akan mengadakan sidang media di pejabatnya di Yayasan Kepimpinan Perdana pada jam 3 petang ini.

12 Jun keputusan permohonan Dr Mahathir untuk semakan kehakiman
Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 12 Jun untuk keputusan permohonan semakan kehakiman yang difailkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung prosiding Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk

Sempadan maritim: Malaysia-Singapura terus berunding
Timbalan Menteri Luar, Datuk Marzuki Yahya berkata Malaysia akan menjadi tuan rumah bagi mesyuarat kelapan Jawatankuasa Teknikal Bersama Malaysia-Singapura (MSJTC) yang dijadual pada Oktober ini.

Singapura alu-alukan cadangan kerjasama keselamatan sekitar Pulau Batu Puteh
Dr Ng dilaporkan beliau bersetuju dengan cadangan yang dikemukakan oleh Mohamad Sabu, sambil berkata kerjasama akan mewujudkan situasi menang-menang bagi kedua-dua negara jiran itu.

ICJ dan Batu Puteh: Jangan buat kerbau tanduk panjang
Pepatah ini bertepatan dengan apa yang berlaku sekarang ini berkaitan keputusan Malaysia untuk menyemak semula kes Batu Puteh yang sekarang ini menjadi milik Singapura.

Interpretasi penghakiman Batu Puteh: Laut China Selatan mungkin jadi wilayah Singapura?
Jika ICJ mengiktiraf Batu Puteh sebagai pulau, Singapura boleh mengambil 200 batu nautika Zon Perairan Eksklusif termasuk di Laut China Selatan.

Johor harap keputusan positif isu Pulau Batu Puteh
Johor berharap kerajaan memperoleh keputusan positif bagi permohonan semula semakan terhadap penghakiman ICJ berkaitan kedaulatan Pulau Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan.