Singapura akan memperkenalkan satu rang undang-undang pada sidang Parlimen berikutnya iaitu pada 4 Mei bagi membolehkan upacara akad nikah dalam perkahwinan orang Islam dilangsungkan secara jarak jauh menggunakan teknologi semasa penularan pandemik COVID-19.
"Kita boleh menjangkakan untuk memulakan proses ini dari pertengahan Mei dan seterusnya, jika undang-undang itu digubal," kata Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga Desmond Lee di laman Facebook beliau pada Ahad.
Lee berkata jika semuanya berjalan lancar, kementerian itu berharap akan dapat memanjangkan perkara ini sebagai satu pilihan kepada lebih ramai pasangan, meskipun selepas berakhirnya tempoh Pemutus Rantaian bagi COVID-19.
Singapura memasuki minggu keempatnya minggu depan bagi langkah ketat pemutus rantaian wabak itu yang akan berakhir pada 1 Jun.
"Kami juga akan meneruskan upacara akad nikah yang dikendalikan secara berdepan apabila keadaan selamat untuk berbuat demikian," katanya.
Semasa tempoh pemutus rantaian wabak itu, Lee berkata upacara akad nikah bagi perkahwinan sivil dan orang Islam telah ditangguhkan memandangkan ia perlu dilakukan dengan kehadiran fizikal.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Apr 26 2020

Desmond Lee menjangkakan proses itu dapat dimulakan dari pertengahan Mei dan seterusnya, jika undang-undang itu digubal. - Facebook @desmondtslee

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.

Majlis akad nikah kecoh, bapa pengantin perempuan sepak bakal menantu
Rakaman video berkenaan menjadi tular di media sosial dan dipercayai berlaku di Nusa Tenggara Barat, Indonesia pada 14 Ogos lalu.

Selangor benarkan akad nikah mulai esok
Selangor membenarkan pelaksanaan majlis akad nikah berlangsung di Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Pejabat Agama Islam Daerah dan masjid, bermula esok.

Tiada acara menyarung cincin antara SOP majlis akad nikah di Sarawak
Majlis Islam Sarawak (MIS) memutuskan garis panduan mengenai pelaksanaan akad nikah dalam tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP) di bawah Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Akad nikah dibenarkan di Selangor mulai 1 Julai
Bagaimanapun, kebenaran hanya tertakluk kepada pasangan yang telah mendapat tarikh janji temu daripada JAIS dan PAID.

Aktiviti pengimarahan masjid, surau di P. Pinang dibenarkan sepanjang PKPB
JHEAIPP membenarkan aktiviti pengimarahan di laksanakan di semua masjid dan surau di negeri Pulau Pinang sepanjang tempoh PKPB.

Perak benarkan majlis nikah di dewan mulai Jumaat
Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) membenarkan majlis akad nikah dilaksanakan di dewan hotel atau dewan komuniti serba guna, berkuat kuasa Jumaat ini.

Aktiviti pengajian agama, majlis akad nikah di masjid, surau dibenarkan di Terengganu
Semua aktiviti pengajian dan kelas agama di masjid dan surau seluruh Terengganu adalah dibenarkan.

Majlis akad nikah di Wilayah Persekutuan dibenarkan bermula esok
Bagi akad nikah di JAWI dan juga masjid-masjid di dalam Wilayah Persekutan, hanya lima orang dibenarkan hadir.

JAIS benarkan akad nikah berlangsung melalui sidang video
Jabatan Agama Islam Selangor membenarkan Penolong Pendaftar Perkahwinan (PPP) yang bertugas di semua masjid pengurusan untuk melaksanakan akad nikah secara sidang video mulai 4 Feb ini.

PKP: Majlis akad nikah di Perak hanya dibenarkan di pejabat agama
Sebuah bilik khas perlu disediakan bagi menjalankan majlis akad nikah dan proses nyah kuman hendaklah dilakukan mengikut keperluan.