SINGAPURA: Singapura sedang mencari mekanisme pembiayaan bagi mempercepatkan penghapusan secara berperingkat loji jana kuasa arang batu di Asia dan menyokong penyahkarbonan sektor penerbangan dan pengangkutan maritim yang sukar dikurangkan.
Menurut Penguasa Kewangan Singapura (MAS), Panel Penasihat Kewangan Lestari (SFAP) bank pusat itu telah mengadakan perbincangan berkaitan perkara tersebut pada 26 Sept.
SFAP juga membincangkan bagaimana modal swasta boleh digerakkan dengan lebih baik dalam membiayai keperluan penyesuaian iklim di rantau ini, kata MAS dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini pada Khamis.
MAS berkata penyahkarbonan sektor tenaga, penerbangan dan pengangkutan maritim adalah penting untuk rantau ini beralih kepada sifar bersih.
Tiga perkara penting yang diambil daripada perbincangan SFAP merangkumi pendekatan ekosistem secara keseluruhan adalah penting untuk mempercepatkan peralihan arang batu; mempercepatkan penggunaan bahan api marin dan penerbangan mampan adalah kunci kepada penyahkarbonan sektor penerbangan dan pengangkutan maritim; dan kerjasama awam-swasta diperlukan bagi menangani penyahkarbonan.
MAS berkata, ahli-ahli SFAP menekankan kepentingan penghapusan fasa terurus loji jana kuasa arang batu, yang mesti dilakukan bersama pembangunan sumber tenaga bersih, dalam peralihan tenaga Asia.
Pendekatan komprehensif yang memberikan kredibiliti untuk projek pemansuhan awal dan struktur pembiayaan yang inovatif, kejelasan peraturan mengenai pelepasan yang dibiayai, dan pembaharuan dasar yang sesuai, akan diperlukan untuk peralihan arang batu, katanya.
Mengenai penyesuaian iklim, MAS berkata mesyuarat itu menyatakan bahawa kurang 10 peratus daripada kewangan iklim global kini disalurkan kepada usaha penyesuaian, dengan kebanyakannya dibiayai oleh sektor awam.
"Menyedari bahawa pemanasan global menyebabkan kemarau yang lebih teruk, gelombang haba dan bencana lain yang berkaitan dengan iklim, ahli-ahli SFAP membincangkan penyelesaian yang mungkin untuk meningkatkan pembiayaan swasta bagi usaha penyesuaian iklim di rantau ini.
"Ini termasuklah instrumen berkaitan daya tahan dan produk insurans parametrik yang membolehkan campur tangan awal dan tindak balas pantas terhadap bencana iklim," kata bank pusat itu.
Ahli-ahli SFAP juga membincangkan cara untuk menangani risiko iklim fizikal yang di bawah nilai, termasuk mengukuhkan seni bina data risiko iklim global, tambahnya.
SFAP ditubuhkan pada 2022 untuk membimbing MAS mengenai strategi dan inisiatifnya dalam membina ekosistem kewangan mampan yang bertenaga dan boleh dipercayai.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Sep 28 2023
Menurut Penguasa Kewangan Singapura (MAS), Panel Penasihat Kewangan Lestari (SFAP) bank pusat itu telah mengadakan perbincangan berkaitan perkara tersebut pada 26 Sept. - Foto fail
Penetapan tarif elektrik baharu di Semenanjung akan pertimbang kebajikan rakyat - Fadillah
Penetapan tarif elektrik di Semenanjung Malaysia termasuk jadual tarif baharu akan mengambil kira kebajikan dan kesejahteraan rakyat.
Nahas helikopter: Mayat mangsa dibawa keluar, dihantar ke Hospital Bentong
Mayat mangsa kejadian helikopter terhempas di Jalan Lama Kuala Lumpur-Bentong telah dibawa keluar oleh pasukan forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan dihantar ke Hospital Bentong.
[TERKINI Mayat mangsa nahas helicopter dekat Bentong dibawa keluar
Amirul Aiman membawakan perkembangan terkini dari lokasi nahas helikopter yang mengorbankan satu nyawa di Jalan Lama Kuala Lumpur-Bentong.
Parlimen: MYCC siasat 13 kes kartel tipuan bida libat nilai RM2.3 bilion - Armizan
Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) sedang aktif menyiasat 13 kes berhubung dakwaan kartel tipuan bida yang melibatkan 561 perusahaan dengan nilai mencecah RM2.3 bilion.
Hati sudah kosong, Linda Hashim nekad bercerai dengan Beego
PELAKON Linda Hashim nekad untuk meneruskan penceraiannya dengan Beego dan sedar bahawa mereka tidak dapat rujuk kembali selepas talak kali ketiga dijatuhkan.
[TERKINI] Keterangan 3 selebriti selesai direkod
SPRM selesai merekod keterangan tiga selebriti yang dikaitkan dengan sebuah syarikat perunding kewangan yang tumpas dalam Op Sky baru-baru ini.
Op Sky: Jalaluddin Hassan, Ziana Zain, Dr Sheikh Muszaphar selesai beri keterangan 4 jam
SPRM selesai merekod keterangan tiga selebriti yang dikaitkan dengan syarikat perunding kewangan yang tumpas dalam Op Sky.
Bumbung runtuh: Unit Hemodialisis Hospital Pasir Mas ditutup sementara
Unit Hemodialisis Hospital Pasir Mas ditutup sementara untuk membolehkan siasatan dijalankan selepas sebahagian daripada bumbung premis itu runtuh lewat malam tadi.
Parlimen: Lebih RM50 juta dibelanjakan oleh 700,000 penerima SARA setakat semalam
Lebih RM50 juta telah dibelanjakan oleh 700,000 penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) kategori miskin dan miskin tegar setakat semalam (5 Feb).
Bapa Zayn Rayyan kata 'celaka siapa bunuh anak aku’ - Saksi
Saksi berkata dia mula mencari Zayn Rayyan Abdul Matin, 6, selepas solat hajat di surau Al-hidayah berdekatan lokasi kejadian, pada 6 Disember 2023.
Singapura cari mekanisme pembiayaan bagi menyokong penyahkarbonan di Asia
MAS berkata penyahkarbonan sektor tenaga, penerbangan dan pengangkutan maritim adalah penting untuk rantau ini beralih kepada sifar bersih.