SINGAPURA: Singapura dan Johor bersetuju meneroka bidang kerjasama baharu dan terus menjalin hubungan erat demi manfaat rakyat kedua-dua negara, menurut Kementerian Luar (MFA) republik itu.
Kementerian itu memaklumkan bahawa Menteri Luar Singapura, Dr Vivian Balakrishnan telah melawat Johor pada Isnin.
Ketika lawatan itu, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan menerima kunjungan hormat Balakrishnan.
Turut hadir Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi.
"Balakrishnan dan para pemimpin Johor mengesahkan hubungan erat yang telah lama terjalin antara Singapura dan Johor," menurut MFA dalam satu kenyataan.
Singapura turut mengalu-alukan penyambungan semula rentas sempadan secara sepenuhnya dan pertukaran antara kedua-dua negara, menurut kenyataan itu.
"Para pemimpin juga gembira melihat kemajuan yang dicapai dalam projek Pautan Sistem Transit Rapid (RTS) Johor Bahru-Singapura serta pembukaan perkhidmatan feri antara kedua-dua pihak, yang akan meningkatkan ketersambungan dan mengurangkan kesesakan di Tambak," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 13 2023
Sultan Ibrahim berkenan menerima kunjungan hormat Balakrishnan pada Isnin. - Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
Lawatan PM Anwar ke Belgium berpotensi gerak semula rundingan FTA Malaysia-EU - Duta
Perdana Menteri dijangka membawa perkhabaran positif berhubung usaha menghidupkan semula rundingan Perjanjian Perdagangan Bebas Malaysia-Kesatuan Eropah (MEUFTA) yang telah lama terhenti.
Rashid Sidek buru bintang muda untuk teruskan legasinya
Rashid memburu empat bintang muda yang bakal menggantikan tempatnya dalam program 'Rashid Mencari Juara' (RMJ) yang akan ditayangkan di saluran 111 Sukan HD RTM.
Tiga taman rekreasi MADANI dibangunkan di DUN Ayer Keroh
Tiga Taman MADANI telah dibangunkan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Keroh tahun lepas dalam usaha meningatkan perpaduan antara penduduk.
Premier Abang Johari cadang institusi pengajian tenaga boleh diperbaharui di i-CATS
Kerajaan Sarawak akan menubuhkan sebuah institusi khas untuk pengajian tenaga boleh diperbaharui, yang dijangka beroperasi di Kolej Universiti i-CATS milik penuh, negeri itu.
KPDN fokus cari solusi isu harga ayam lebih mahal di Sabah, Sarawak
KPDN fokus mencari penyelesaian mengenai isu harga ayam segar yang dijual lebih mahal di Sabah dan Sarawak berbanding di Semenanjung.
Trump mahu hidupkan semula TikTok, minta 50 peratus pemilikan AS
Trump menyatakan beliau akan mengeluarkan perintah eksekutif apabila memegang jawatan presiden pada Isnin untuk membenarkan TikTok kembali beroperasi.
PM Anwar hadir ramah mesra bersama rakyat Malaysia di Belgium
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Majlis Minum Petang dan Ramah Mesra bersama rakyat Malaysia di Belgium.
10 Berita Pilihan - (19 Januari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Isnin – 20 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Trak beratur panjang sedia salur bantuan di Gaza
Dalam pada itu, trak-trak bantuan mula memasuki Gaza melalui pintu masuk lintasan sempadan Rafah pada Ahad. Ia sebahagian dari usaha kemanusiaan untuk memperbanyak bantuan seperti yang dipersetujui di bawah perjanjian genjatan senjata antara Hamas dan Israel.
Tujuh pemain warisan dikenal pasti untuk Harimau Malaya - Tunku Ismail
Skuad Harimau Malaya berkemungkinan besar diperkuatkan dengan beberapa muka baharu ketika kempen Kelayakan Piala Asia 2027 bermula Mac ini.
Hamidin buat keputusan tepat tidak pertahan jawatan Presiden FAM - Kamarul Ariffin
Keputusan Tan Sri Hamidin Mohd Amin untuk tidak mempertahankan jawatan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) pada kongres pemilihan badan induk itu tahun depan adalah tepat.
'Lawatan Sultan Ibrahim pemangkin hubungan lebih kukuh' - Speaker Parlimen Singapura
Kehadiran YDP Agong bakal menjadi pemangkin hubungan yang lebih kukuh di antara dua negara, kata Speaker Singapura Seah Kian Peng
Tunku Mahkota Ismail berangkat ke majlis penutup Tilawah Al-Quran Kali Ke-68
Majlis berlangsung di Dewan Tunku Ibrahim Ismail, Kluang.
Kenali Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah
Biografi Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah binti Almarhum Sultan Idris Shah.
Kenali Yang di-Pertuan Agong ke-17
Biografi Yang di-Pertuan Agong ke-17, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.
Permaisuri Johor berangkat ke Kuala Lumpur
Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar akan berangkat ke Istana Negara bagi Istiadat Melafaz dan Menandatangani Surat Sumpah Jawatan Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong pada Rabu depan.
Tunku Ismail dimasyhur Pemangku Sultan Johor bermula hari ini
Jumaah Majlis Diraja mengumumkan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dimasyhurkan sebagai Pemangku Sultan Johor, mulai Ahad.
Sultan Ibrahim titah tidak terima permohonan menghadap hingga 31 Jan
Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar bertitah tidak akan menerima apa-apa permohonan menghadap baginda mulai hari ini sehingga 31 Jan ini.
Sultan Johor terima menghadap Mohamed Khaled
Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar berkenan menerima menghadap Menteri Pertahanan yang baharu Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.