SINGAPURA: Singapura telah mendapat peruntukkan 900 kuota rasmi bagi musim haji 2023, umum Menteri bertanggungjawab bagi Hal Ehwal Islam republik itu, Masagos Zulkifli Masagos Mohamad.
Dalam hantaran terkini di Facebooknya, menteri itu berkata beliau dan Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi, Dr Tawfiq Fawzan Al Rabiah telah menandatangani Perjanjian Haji bagi Singapura sebagai persediaan menghadapi musim haji 2023 pada Jun.
Masagos Zulkifli kini berada di Arab Saudi atas undangan Dr Tawfiq untuk menghadiri Persidangan dan Pameran Perkhidmatan Haji dan Umrah di Jeddah.
"Ibadah haji merupakan rukun Islam yang penting dan ramai umat Islam di seluruh dunia termasuk jemaah haji Singapura kita tidak sabar untuk menunaikan ibadah haji.
"Walaupun kami ingin mendapatkan lebih banyak tempat untuk haji, kami mohon anda faham bahawa pandemik COVID-19 masih belum berakhir dan pihak berkuasa Haji dan Umrah di Arab Saudi mengutamakan kesihatan, keselamatan serta kemaslahatan para jemaah," kata beliau.
Dalam mesyuarat dua hala, Dr Tawfiq meyakinkan bahawa beliau dan pasukannya memahami aspirasi mendalam bakal jemaah haji dan akan menyemak permintaan Singapura untuk menerima lebih banyak peruntukkan kuota haji.
"Saya mengucapkan terima kasih kepada beliau dan kami berdua bersetuju untuk terus bekerja rapat bagi membantu lebih ramai jemaah haji Singapura menunaikan haji pada masa hadapan," katanya.
Beliau berkata Majlis Ugama Islam Singapura atau Muis akan bekerja rapat dengan Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi serta Ejen Penjualan Pakej Haji dan Umrah (GSA) Singapura untuk pakej musim Haji 2023.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 10 2023

Masagos Zulkifli kini berada di Arab Saudi atas undangan Dr Tawfiq untuk menghadiri Persidangan dan Pameran Perkhidmatan Haji dan Umrah di Jeddah. - Foto Facebook/Masagos Zulkifli

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Motosikal sumbang lebih 55 peratus kemalangan di Singapura 2024
Penunggang dan pembonceng motosikal terbabit dalam 55.2 peratus daripada keseluruhan kemalangan jalan raya di Singapura.

Singapura keluarkan amaran risiko kongsi maklumat kad kredit untuk pembelian dalam talian
Pihak berkuasa Singapura mengeluarkan amaran mengenai risiko berkongsi maklumat kad kredit bagi transaksi dalam talian, susulan.

Kerajaan digesa campur tangan, tangguh pelaksanaan hukuman mati Pannir Selvam
Kerajaan digesa campur tangan berhubung pelaksanaan hukuman mati terhadap rakyat Malaysia, Pannir Selvam Pranthaman yang disabitkan dengan kesalahan mengedar dadah di Singapura.

Analisis: ASEAN mungkin harapan terakhir warga Malaysia berdepan hukuman gantung di Singapura
Pannir Selvam mungkin menjalani hukuman gantung pada bila-bila masa selepas rayuan terakhirnya ditolak.

Singapura tubuh agensi baharu untuk perkukuh kesiapsiagaan kesihatan awam
Ia sebagai langkah penting dalam usaha negara itu memperkukuh keupayaan pengurusan penyakit berjangkit dan kesiapsiagaan kesihatan awam.

Singapura saksikan peningkatan 30 peratus penagih dadah baharu bawah 20 tahun pada 2024 - CNB
Jumlah penagih dadah baharu berusia bawah 20 tahun yang ditahan di Singapura meningkat 30 peratus pada 2024.

Ditahan ISA kerana mahu serang orang Islam
Seorang remaja Singapura berusia 18 tahun ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana didapati ingin melakukan serangan terhadap masyarakat Melayu/Islam di Singapura.

Singapura usir pasangan Iran-Malaysia terlibat dengan syarikat berkaitan keganasan
Parvane Heidaridehkordi dibatalkan pas lawatan jangka panjangnya, manakala suaminya Soo Thean Ling kehilangan status penduduk tetap.

Singapura hantar pulang rakyat Malaysia ditahan di bawah ISA
Seorang rakyat Malaysia berusia 34 tahun yang terpengaruh dengan ideologi radikal secara kendiri telah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) Singapura pada November tahun lepas.

3 dimasukkan ke hospital selepas kereta rempuh hentian teksi di Singapura
Tiga individu, termasuk seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun dirujuk ke hospital selepas sebuah kereta merempuh hentian teksi di Singapura.