Singapura melantik Hakim Gilbert Guillaume, bekas Presiden Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) sebagai hakim ad hoc bagi permohonan Malaysia mendapatkan semakan semula penghakiman ICJ mengenai kedaulatan Pulau Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan.
Dalam kenyataan hari ini, Kementerian Hal Ehwal Luar (MFA) Singapura berkata Guillaume pernah menjadi Anggota ICJ dari 1987 hingga 2005 serta menyandang jawatan presidennya dari 2000 hingga 2003.
Kata kementerian itu, Guillaume kini menjadi Anggota Mahkamah Timbang Tara Tetap.
"Mengikut Statut ICJ, sekiranya tidak terdapat hakim dari negara yang menjadi pihak untuk menganggotai Panel Hakim Mahkamah, maka setiap pihak terbabit boleh memilih seorang hakim ad hoc untuk mengambil bahagian dalam urusan membuat keputusan tentang kes berkenaan," katanya.
BACA: Peguam Negara ketuai pasukan berhubung Pulau Batu Puteh
BACA: Pulau Batu Puteh: ICJ keluarkan teks permohonan Malaysia bagi semakan kehakiman
MFA berkata Singapura akan memfailkan hujah komprehensif dan mendorong secara bertulis tentang kebolehakuan permohonan Malaysia menjelang 14 Jun, iaitu had masa yang ditetapkan ICJ.
Pada 2 Feb, Malaysia memfailkan permohonan semakan semula penghakiman ICJ pada 23 Mei 2008 mengenai Pulau Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan.
Dalam kenyataan yang difailkannya, Malaysia menyebut tentang tiga dokumen yang diubah statusnya baru-baru ini oleh United Kingdom bagi menyokong permohonan itu.
Dokumen berkenaan ialah surat menyurat dalaman pihak berkuasa penjajah Singapura pada 1958, satu laporan mengenai kejadian yang difailkan seorang pegawai tentera laut Britain pada 1958 dan satu peta beranotasi mengenai operasi tentera laut mulai tahun 1960-an.
Dalam penghakimannya, ICJ di The Hague, Belanda, memutuskan bahawa kedaulatan Pulau Batu Puteh adalah hak milik Singapura, kedaulatan Batuan Tengah adalah hak milik Malaysia dan kedaulatan Tubir Selatan menjadi milik negara di perairan wailayah mana ia terletak.
Sementara itu, Menteri Luar Dr Vivian Balakrishnan dilaporkan berkata bahawa Singapura yakin mengenai kesnya terhadap tuntutan Malaysia berhubung Pulau Batu Puteh.
Katanya, pasukan perundangan Singapura percaya sepenuhnya bahawa tiga dokumen yang menjadi sandaran Malaysia dalam permohonannya bagi mengubah keputusan mengenai Pulau Batu Puteh itu tidak memenuhi kriteria yang ditetapkan bagi menapatkan semakan semula penghakiman.
"Kami yakin dengan pasukan perundangan kami dan kes kami," katanya di parlimen hari ini seperti yang dipetik Channel NewsAsia.
Beliau berkata setelah mengkaji dengan teliti permohonan Malaysia itu, pasukan perundangan Singapura percaya dokumen berkenaan tidak memenuhi kriteria mengikut Perkara 61.
Menurutnya, Singapura komited untuk menyelesaikan isu itu secara aman dan mengikut undang-undang antarabangsa.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 02 2017
![Singapura lantik bekas Presiden ICJ sebagai hakim ad hoc bagi kes Pulau Batu Puteh Singapura lantik bekas Presiden ICJ sebagai hakim ad hoc bagi kes Pulau Batu Puteh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-02/71486191894_BatuPuteh.jpg)
Singapura melantik Hakim Gilbert Guillaume sebagai hakim ad hoc bagi permohonan Malaysia dalam isu Pulau Batu Puteh. - Gambar fail
Agong berkenan terima menghadap Anwar di Bahrain
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Bahrain hari ini.
![Giorgio Rossi bukan lagi CEO MFL? Giorgio Rossi bukan lagi CEO MFL?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739957201_giorgiorossi.jpg)
Giorgio Rossi bukan lagi CEO MFL?
Spekulasi bertiup kencang apabila hebahan mengenai jawatan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Liga Bolasepak Malaysia (MFL) yang disandang Giorgio Pompili Rossi hanya bertahan selama lima bulan.
![Kelantan sasar 100,000 pengunjung meriahkan Madinah Ramadan Kelantan sasar 100,000 pengunjung meriahkan Madinah Ramadan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739957246_hilmiabdullah.jpg)
Kelantan sasar 100,000 pengunjung meriahkan Madinah Ramadan
Kelantan menjangkakan kira-kira 100,000 pengunjung hadir memeriahkan Madinah Ramadan di Dataran Warisan Stadium Sultan Muhammad IV yang beroperasi sepanjang bulan Ramadan ini.
AWANI Ringkas: Larangan kenderaan berat jadikan aliran trafik makin lancar
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![Agong berkenan terima menghadap Anwar di Bahrain Agong berkenan terima menghadap Anwar di Bahrain](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739955034_TBSULTANIBRAHIMANWAR.jpg)
Agong berkenan terima menghadap Anwar di Bahrain
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Bahrain pada Rabu.
![Kadar kebolehpasaran graduan TVET cecah 94.5 peratus - Ahmad Zahid Kadar kebolehpasaran graduan TVET cecah 94.5 peratus - Ahmad Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739955331_ProgramPendidikand.jpg)
Kadar kebolehpasaran graduan TVET cecah 94.5 peratus - Ahmad Zahid
Kadar kebolehpasaran graduan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) secara purata kini mencecah 94.5 peratus sekali gus membuktikan keperluan tenaga mahir terus meningkat.
![Trump arah kawalan lebih ketat ke atas agensi kawal selia bebas Trump arah kawalan lebih ketat ke atas agensi kawal selia bebas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738727270_tbDonaldTrump.jpg)
Trump arah kawalan lebih ketat ke atas agensi kawal selia bebas
Menurut Trump, adalah menjadi dasar cabang eksekutif untuk memastikan pengawasan dan kawalan presiden ke atas keseluruhan cabang eksekutif.
'Flat' Chow Kit digempur, 124 pati dicekup
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan 124 pendatang tanpa izin dalam serbuan di sebuah bangunan rumah flat 14 tingkat di Jalan Haji Hussein, Chow Kit awal pagi rabu. Pengarah JIM Kuala Lumpur Wan Mohamed Saupee Wan Yusoff berkata 84 warga Indonesia, Bangladesh (17), Pakistan (14), Nepal (4), India (3) dan Myanmar (2) ditahan kerana disyaki tinggal di negara ini tanpa permit sah dan melebihi masa yang ditetapkan. #AWANInews
100,000 rakyat Sabah terima bantuan tunai RM300 sebulan
Sebanyak 100,000 rakyat Sabah bakal menerima manfaat Program Sentuhan Kasih Rakyat (SYUKUR) menerusi bantuan tunai RM300 sebulan. Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor, memaklumkan bahawa bantuan ini diberikan setiap bulan sehingga 31 Disember 2025 kepada penerima yang layak. #AWANInews
![ACLE: Arif Aiman hanya kurang satu gol di belakang Cristiano Ronaldo ACLE: Arif Aiman hanya kurang satu gol di belakang Cristiano Ronaldo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739950962_arifaiman.jpg)
ACLE: Arif Aiman hanya kurang satu gol di belakang Cristiano Ronaldo
PENYERANG sensasi Johor Darul Ta'zim (JDT), Arif Aiman Hanapi, telah mengumpul lima gol dan dua bantuan jaringan daripada lapan perlawanan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) setakat ini.
![Krisis Myanmar tidak boleh campur tangan luar - Menteri Luar Singapura Krisis Myanmar tidak boleh campur tangan luar - Menteri Luar Singapura](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/81673946729_VivianBalakrishnan.jpg)
Krisis Myanmar tidak boleh campur tangan luar - Menteri Luar Singapura
Agenda pendamaian nasional hanya boleh dilaksanakan secara dalaman di peringkat negara masing-masing dan bukan sesuatu yang boleh direalisasikan dengan campur tangan orang luar.
![Tanah runtuh Batang Kali: Pemimpin Singapura zahir ucapan takziah Tanah runtuh Batang Kali: Pemimpin Singapura zahir ucapan takziah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/41671201491_tanahruntuh.jpg)
Tanah runtuh Batang Kali: Pemimpin Singapura zahir ucapan takziah
Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong mengucapkan takziah dan bersimpati kepada semua mangsa yang terjejas dalam kejadian tanah runtuh di Genting Highlands hari ini.
![Isu Perjanjian Air Sungai Johor 1962 antara dibincang PM dan Menteri Luar Singapura Isu Perjanjian Air Sungai Johor 1962 antara dibincang PM dan Menteri Luar Singapura](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/51652941683_DrVivian.jpg)
Isu Perjanjian Air Sungai Johor 1962 antara dibincang PM dan Menteri Luar Singapura
Isu berkaitan perjanjian Air Sungai Johor 1962 menjadi antara perkara dibincangkan dalam pertemuan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Menteri Luar Singapura Dr Vivian Balakrishnan,
![Nagaenthran telah lalui proses perundangan sewajarnya - Jawapan pemimpin Singapura kepada rakan sejawatan di Malaysia Nagaenthran telah lalui proses perundangan sewajarnya - Jawapan pemimpin Singapura kepada rakan sejawatan di Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-04/41651023345_Singapore.jpg)
Nagaenthran telah lalui proses perundangan sewajarnya - Jawapan pemimpin Singapura kepada rakan sejawatan di Malaysia
Jurucakap Kementerian Luar (MFA) dalam satu kenyataan menjawab pertanyaan media mengenai surat rayuan daripada pemimpin Malaysia mengenai pelaksanaan kehakiman Nagaenthran.
![Malaysia-Singapura setuju laksana Aturan Lawatan Kecemasan Sakit Kritikal dan Kematian - Hishammuddin Malaysia-Singapura setuju laksana Aturan Lawatan Kecemasan Sakit Kritikal dan Kematian - Hishammuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-05/71619945514_TBLAWATANSPORE.jpg)
Malaysia-Singapura setuju laksana Aturan Lawatan Kecemasan Sakit Kritikal dan Kematian - Hishammuddin
Kedua-dua negara telah merangka dan bersetuju mengenai garis panduan bagi aturan DCEV yang akan dilaksanakan mulai 17 Mei ini.
![Model pergerakan pelancongan Malaysia-Singapura boleh diperluaskan - MTC Model pergerakan pelancongan Malaysia-Singapura boleh diperluaskan - MTC](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-10/51602469740_singapuracovid.jpg)
Model pergerakan pelancongan Malaysia-Singapura boleh diperluaskan - MTC
Jika berjaya, model pergerakan pelancongan Malaysia-Singapura boleh dipertimbangkan penggunaannya untuk membuka sempadan antarabangsa kepada lebih banyak negara.
![Malaysia dan Singapura akrab seperti saya dan Hishammuddin - Dr Vivian Balakrishnan Malaysia dan Singapura akrab seperti saya dan Hishammuddin - Dr Vivian Balakrishnan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/71616494559_Hishammuddin.jpg)
Malaysia dan Singapura akrab seperti saya dan Hishammuddin - Dr Vivian Balakrishnan
Keakraban yang dipupuk antara Malaysia dan Singapura menyebabkan proses mengharungi tempoh kemuncak pandemik itu, lebih mudah
![Malaysia-Singapura perhalusi proses pengiktirafan sijil vaksinasi rakyat kedua-dua negara Malaysia-Singapura perhalusi proses pengiktirafan sijil vaksinasi rakyat kedua-dua negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-03/81616485015_HishammuddinTunHus.jpg)
Malaysia-Singapura perhalusi proses pengiktirafan sijil vaksinasi rakyat kedua-dua negara
Persetujuan dicapai selepas mesyuarat tertutup antara Menteri Luar Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan rakan sejawatnya dari Singapura, Dr Vivian Balakrishnan.
![Dua kategori rentas sempadan dimuktamadkan antara Malaysia-Singapura Dua kategori rentas sempadan dimuktamadkan antara Malaysia-Singapura](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-07/41595741822_HishammuddinHussein.jpg)
Dua kategori rentas sempadan dimuktamadkan antara Malaysia-Singapura
SOP yang akan dikeluarkan dalam tempoh terdekat itu melibatkan ahli-ahli perniagaan dan mereka yang berurusan antara negara.
![Malaysia dan Singapura gantung had pelabuhan bertindih Malaysia dan Singapura gantung had pelabuhan bertindih](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-10/71539763740_CAUSEWAY.jpg)
Malaysia dan Singapura gantung had pelabuhan bertindih
Malaysia dan Singapura hari ini menggantung had pelabuhan bertindih dan melaksanakan had pelabuhan masing-masing yang berkuat kuasa pada 25 Okt dan 6 Dis 2018.