Penguasa Agromakanan dan Veterinar (AVA) Singapura telah melarang pengimportan hasil segar dari ladang di Malaysia yang menghasilkan Iceberg Lettuce (sejenis salad) kerana dicemari dengan bahan kimia pada tahap tinggi, lapor The Straits Times pada Sabtu.
Pada 4 Okt, AVA telah mengarahkan pengimport untuk menarik balik produk berkaitan kerana ia telah mengesan tahap tinggi Fipronil, sejenis racun serangga, pada salad tersebut yang dihasilkan dari ladang di Malaysia.
Produk itu diimport oleh Go Fresh Impex Pte Ltd dan dijual di pasar raya NTUC Fairprice dan Sheng Siong di sini.
Laporan itu yang memetik kenyataan terkini berkata AVA juga telah memaklumkan kepada pihak berkuasa Malaysia bahawa ia telah mengesan tahap Fipronil melebihi kadar maksimum yang dibenarkan dalam produk tersebut.
Laporan itu berkata AVA telah meminta supaya siasatan dijalankan terhadap ladang berkaitan yang tidak dinamakan.
Produk makanan yang gagal dalam pemeriksaan AVA dan ujian makmal tidak akan dibenarkan dijual, pihak berkuasa dilaporkan berkata.
Laporan itu berkata AVA akan mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap pengimport yang membawa masuk produk sayuran yang didapati mempunyai residu racun perosak yang tidak selamat.
Produk berkaitan akan dirampas dan dimusnahkan.
Pengimport juga boleh didenda, atau didakwa, kata laporan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Oct 06 2018

Produk salad ini dikesan tercemar dengan bahan kimia Fipronil, iaitu sejenis racun serangga yang biasanya digunakan ke atas haiwan untuk mengatasi masalah kutu dan hama. - Foto Facebook AVA
[TERKINI] 'Gummy' dilarang jual, tidak patuh pelabelan
Produk gummy berbentuk mata yang dipercayai menjadi punca kematian kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun di Pulau Pinang dilarang dijual di mana-mana platform termasuk dalam talian dan pasaran domestik.

Pengurusan masjid, surau perlu tingkatkan kawalan keselamatan - Mohd Na'im
Insiden kanak-kanak dipercayai dicabul ketika berada di dalam sebuah masjid di Selangor adalah satu perkara yang perlu diambil iktibar.
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Keindahan Sabah menggamit pelancong asing
Peningkatan ketibaan pelancong dari tahun ke tahun ke Sabah telah menjana perbelanjaan pelancongan yang mencecah lebih RM5 billion pada tahun 2024 dan ia dijangka meningkat dengan pelbagai penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan warisan dan alam sekitar.
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.
MARA sasar RM50 juta kutipan wakaf MARA MADANI - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan kutipan dana Wakaf MARA MADANI berjumlah RM50 juta menjelang hari pelancarannya pada 15 Mac ini.

Tony Fernandes mahu ajak kakitangan AirAsia keluar bersama?
Apabila anda mendengar tagline -Now Everyone Can Fly-, semestinya individu yang terlintas dalam benak fikiran adalah Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes, bukan?

Guna chatbot AVA untuk berhubung dengan AirAsia
AirAsia mengambil satu lagi langkah hadapan ke arah menjadi sebuah syarikat pelancongan teknologi.

Logam dalam kacang? Singapura arah jualan snek buatan Malaysia ditarik balik
Serpihan itu dijumpai seorang wanita sewaktu menikmati snek tersebut.

Singapura larang import sejenis salad dari Malaysia kerana dicemari racun serangga - Laporan
Produk itu diimport oleh Go Fresh Impex Pte Ltd dan dijual di pasar raya NTUC Fairprice dan Sheng Siong di sini.

Susu formula buatan Malaysia dikesan tercemar di Singapura
Antara simptom yang dihidapi ialah demam panas, hilang selera makan atau keletihan melampau.