Seorang lelaki rakyat Malaysia berumur 34 tahun ditahan oleh pihak berkuasa Singapura selepas kira-kira 1,041g dadah "Ice" dan 198 biji pil 'Ecstasy' ditemui dalam kotak penapis air dalam bahagian penyimpanan kereta yang dipandunya.
Dalam kejadiaan lewat malam semalam, berdasarkan maklumat yang diberikan Biro Narkotik Pusat (CNB) Singapura, suspek diperiksa oleh petugas dari Pihak Berkuasa Imigresen dan Pemeriksaan (ICA) di pusat pemeriksaan Woodlands, menurut laman web CNB hari ini.
Susulan penahanan itu, CNB berkata pegawainya bertindak pantas menahan seorang lagi suspek pengedar dadah, lelaki Singapuran berumur 47 tahun di tempat kerjanya di sekitar Jalan Sultan.
"Kira-kira 25g 'Ice' ditemui dalam kereta suspek, di samping beberapa straw heroin," menurut kenyataan itu.
CNB berkata pihaknya kemudian memeriksa tempat persembunyian suspek berumur 47 tahun itu yang terletak di sekitar Lorong 4, Geylang, di mana pihak berkuasa menemui sejumlah 8g ketamine, 622g 'Ice', 1,572g kanabis, 296 pil 'Ecstasy' dan 1,703 pil Erimin-5.
Seorang lelaki warga Singapura yang disyaki pengedar dadah turut ditahan di premis berkenaan.
Seterusnya pegawai-pegawai CNB membuat serbuan susulan di satu lagi tempat persembunyian seorang yang disyaki pengedar dadah di sekitar Tampines Avenue 9.
Di satu unit kediaman di situ, pegawai-pegawai CNB menemui sedikit heroin dan ketamin, 11g 'Ice', 57g bahan khayal, 61g kanabis, 10 pil 'ecstasy' dan 11 Erimin-5.
Pegawai-pegawai CNB turut memeriksa kereta suspek, seorang lagi lelaki warga Singapura berumur 46 tahun, dan menemui kira-kira 14g ketamine, 51g 'Ice', sembilan pil 'Ecstasy' dab 23 pil Erimin-5 di dalam kereta itu.
"Siasatan masih dijalankan. Jumlah dadah yang dirampas dalam operasi itu dianggar S$223,000," kata CNB.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 22 2019

Seorang lelaki warga Singapura yang disyaki pengedar dadah turut ditahan di premis berkenaan.
Hamas akan bebaskan enam tebusan warga Israel
Mereka merupakan enam tebusan terakhir yang masih hidup daripada sekumpulan 33 yang akan dibebaskan pada peringkat pertama perjanjian gencatan senjata yang dipersetujui bulan lalu.
Tiada masalah bekalan santan di Sarawak
Sarawak tidak berhadapan masalah bekalan santan sepanjang bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula- Anthony
Kementerian Pengangkutan mengarahkan supaya aspek keselamatan di semua stesen tren, khususnya kemudahan bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU), dikaji semula dan dipertingkatkan.

Sarawak belanja RM6 bilion hingga 2030 laksana projek air
Sarawak akan membelanjakan kira-kira RM6 bilion hingga 2030 untuk melaksanakan projek bekalan air ke kawasan luar bandar.

Wanita dilanggar bas ketika minum di restoran
Kemalangan ini mengakibatkan seorang perempuan berusia 51 tahun yang sedang minum di kedai tersebut mengalami kecederaan bengkak di betis akibat terkena serpihan batu bangunan kedai.

Johor tidak benarkan pelaburan berkaitan pengimportan e-waste
Kerajaan negeri tidak akan membenarkan sebarang pelaburan membabitkan pengimportan sisa elektrik dan elektronik (e-waste) ke negeri ini.

Peningkatan titik panas isyarat awal ancaman jerebu rentas sempadan di Asia Tenggara
Kebakaran hutan secara sporadik di Asia Tenggara memberi isyarat tentang jerebu berbahaya, yang boleh membawa kesan besar terhadap ekonomi dan masyarakat, mengingatkan kepada episod jerebu pada 1997.

KPDN perketat pemeriksaan harga, usaha tangani pencatutan sempena Ramadan
Ia bagi memastikan peniaga tidak mengambil kesempatan mencatut atau membuat kenaikan harga yang tidak selaras dengan perundangan pencatutan.

Lantikan pegawai khas untuk lancarkan proses pentadbiran kerajaan - MB Perak
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata pelantikan Pegawai Khas Menteri Besar di 26 kawasan yang diwakili pembangkang di negeri itu, bertujuan untuk melancarkan tugas dan tanggungjawab

Kanak-kanak OKU didera: Taska didapati beroperasi tidak ikut peraturan
Pemeriksaan awal mendapati premis terbabit didaftarkan sebagai tadika dan tidak dibenarkan beroperasi sebagai taska serta menerima kanak-kanak berumur empat tahun ke bawah.

Singapura saksikan peningkatan 30 peratus penagih dadah baharu bawah 20 tahun pada 2024 - CNB
Jumlah penagih dadah baharu berusia bawah 20 tahun yang ditahan di Singapura meningkat 30 peratus pada 2024.

Singapura tahan seorang rakyat Malaysia berkaitan dadah
Seorang lelaki rakyat Malaysia ditahan oleh pihak berkuasa Singapura selepas menemui dadah dalam kotak penapis air dalam bahagian penyimpanan kereta yang dipandunya.

'Kratom' dilarang sama sekali di Singapura
Pihak berkuasa Singapura kini membuat pemeriksaan ketat terhadap pelancong yang cuba membawa masuk bahan-bahan terkawal - 'kratom', 'ketum', air ketum', 'ithang', 'biak biak', 'kakuam' atau 'thom'.

Dua wanita ditahan sembunyi dadah dalam seluar dalam
Keseluruhan kira-kira 450gm heroin dan 52gm 'Ice' ditemui mempunyai nilai pasaran kira-kira RM144ribu.