Pengarahnya, Jaiya Abu berkata, notis itu bagi meminta pengusaha itu mengemukakan dokumen tunjuk sebab selepas premis perniagaan tersebut tular gara-gara mengenakan caj RM18 bagi satu jag sirap ais.
Menurutnya, pihaknya telah pergi ke restoran tersebut untuk ambil maklumat, selain pemeriksaan berdasarkan aduan berkenaan.
“Kita telah buat pemeriksaan dan mendapati ada tanda harga dipamerkan di dinding premis terbabit.
“Harga bagi minuman tular dibuat penandaan RM18, namun mempunyai tiga saiz berbeza dan telah menasihatkan mereka supaya guna satu saiz jag standard bagi mengelak pelanggan keliru,” katanya.

Jelasnya, hasil pemeriksaan itu satu notis Seksyen 21 Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 dikeluarkan kepada pengusaha premis dan diberi tempoh lima hari untuk maklum balas.
Selain itu pengusaha restoran turut diarah mengemukakan dokumen tunjuk sebab membabitkan harga hidangan asam pedas ikan kembung.
“Hasil pemeriksaan mendapati set asam pedas ikan kembung dijual antara RM9 hingga RM13.50 dan mereka perlu tunjuk maklum balas harga hidangan itu,” katanya.
Terdahulu, seorang pengguna laman sosial memuat naik resit bayaran dikenakan selepas tidak berpuas hati apabila air sirap dipesannya dicaj RM18 untuk satu jag.
BACA: Pelanggan tergamam dapat bil 'maggi ketam' cekik darah!