KUALA LUMPUR: Siri jelajah Kem Badminton Astro di Kuala Lumpur menerima sambutan menggalakkan selepas menerima penyertaan 440 peserta.
Lebih manis apabila kebanyakkan ibu bapa daripada pelbagai latar belakang turut serta memberi dorongan kepada anak-anak yang mengambil bahagian dalam kem tersebut.
Menurut Pengarah Jenama, Komunikasi dan Kelestarian Astro, Tammy Toh, penganjuran insiatif ini adalah bagi mencungkil bakat baharu dalam arena badminton negara selain mempersiapkan mereka menjadi atlet profesional.
‘’Sebagai sebahagian agenda kelestarian Astro, kami menerusi Astro Kasih sentiasa memperjuangkan aspek pendidikan menerusi sukan.
‘’Melalui inisiatif ini, ia membuka peluang kepada anak-anak muda untuk menjalani latihan bersama jurulatih profesional dan menjadi atlet pelapis negara.
‘’Kami berbesar hati kerana lebih 900 kanak-kanak di seluruh negara telah menyertai kem ini dan berharap menerusi platform ini, ia dapat membantu mempersiapkan mereka menjadi pemain badminton profesional negara,’’ katanya.
Sementara bagi Nurshamiza Alyaa yang merupakan ibu kepada salah seorang peserta berkata, penganjuran Kem Badminton Astro merupakan platform yang terbaik bagi mencungkil bakat anaknya.
‘’Ini kali pertama anak saya menyertai kem ini dan dia memang suka bermain badminton dan kem seperti ini sememangnya bersesuaian untuk mengasah bakatnya.
‘’Untuk itu besar harapan saya agar anak saya terpilih untuk ke peringkat seterusnya,’’ katanya ketika ditemui pada Sabtu.
Manakala bagi Muhammad Thaqif Muhamad Ayub yang merupakan salah seorang peserta berharap dia akan terpilih untuk menjalani latihan bersama jurulatih badminton profesional.
‘’Harapan saya ialah terpilih dan dapat menyertai Kem Badminton Astro,’’ katanya ringkas.
Terdahulu, penganjuran dua kem sama telah dianjurkan di Johor dan Pulau Pinang manakala penganjuran seterusnya di Olympia Badminton Arena, Kota Kinabalu pada 23-24 Julai dan Arena Sukan Simpang Tiga, Kuching pada 30-31 Julai depan.
Mereka yang terpilih akan menjalani latihan bersama jurulatih profesional di Kuala Lumpur.
Astro Awani
Sat Jul 16 2022

Kem Badminton Astro akan ke lokasi seterusnya di Olympia Badminton Arena, Kota Kinabalu pada 23-24 Julai dan Arena Sukan Simpang Tiga, Kuching pada 30-31 Julai depan. FOTO: Astro AWANI

Banyak idea baharu lahir dari Sesi Permukiman Jemaah Menteri - TPM Ahmad Zahid
Setiap pandangan yang dikongsi pada sesi itu, adalah cerminan keprihatinan dan komitmen kerajaan dalam mencorak masa depan lebih cerah.

Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Berdasarkan prestasi kukuh KWSP pada suku ketiga 2024, pencarum boleh mengharapkan berita gembira berkaitan agihan dividen yang lebih baik bagi tahun 2024 berbanding tahun sebelumnya.
AWANI Ringkas: Dua rakyat Israel yang dibebaskan dalam kesihatan baik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
'Mana ada negara di dunia masyarakat berbilang kaum hidup aman' - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tidak ada negara di dunia selain Malaysia mempunyai masyarakat berbilang kaum dan budaya yang hidup aman damai. Keupayaan Malaysia terdiri daripada seluruh pekerja dan rakyat Malaysia. #AWANInews
'Tanggungjawab kita adalah untuk menyantuni' - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa merasmikan Alamanda berwajah baru berkata tanggungjawab kita untuk menyantuni pelbagai kaum dengan menghormati dan kenal perbezaan antara kaum. #AWANInews

Alec Baldwin akui mental merosot selepas tragedi tembakan
Baldwin mengaku bergelut dengan emosi yang tidak stabil dan kesihatan mental yang terjejas.

Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Allahyarham dibawa dari kediamannya di Desa Seri Ampang ke Masjid An Nur Desa Seri Ampang untuk dimandi dan disolatkan.

Jualan 'gummy' dalam talian masih aktif
Produk ini dijual pada harga serendah RM6.50 sebalang dan mendapat sambutan hangat.
Kerajaan perkukuh inisiatif Astro-Tourism, anjur perkelahan astronomi
Kerajaan terus memperkukuh usaha memasyarakatkan dan membudayakan bidang astronomi dan sains angkasa menerusi pelbagai aktiviti dan program berbentuk pembelajaran sains bukan formal secara interaktif.

Keadaan Paus Francis masih 'kritikal' - Vatican
Vatican turut memaklumkan bahawa ketua gereja Katolik itu masih belum "bebas daripada bahaya."

Siri jelajah Kem Badminton Astro di Kuala Lumpur terima sambutan luar biasa
Siri jelajah Kem Badminton Astro di Kuala Lumpur menerima sambutan menggalakkan selepas menerima penyertaan 440 peserta.

Kem Badminton Astro: Ketua jurulatih masih tercari-cari bakat luar biasa
Chew Choon Eng mengharapkan lebih ramai pemain berpotensi di kem pemilihan Kuala Lumpur pada 16 dan 17 Julai ini.

Bertolak 4.30 pagi ke Johor demi Kem Badminton Astro
Jurulatih Kem Badminton Astro berharap dapat membutirkan bintang untuk negara pada masa depan.

Kem Badminton Astro: Peluang cungkil bakat anak muda di Sabah dan Sarawak
Kanak-kanak berusia 10 hingga 12 tahun di Sabah dan Sarawak berpeluang menyertai Kem Badminton Astro dengan menjalani latihan bersama jurulatih profesional negara.

AJC B-15 medan lahirkan jagoan masa depan
Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Astro, Henry Tan, berkata melalui program AJC B-15, jagoan masa depan akan mendapatkan pendedahan kepada persaingan peringkat global.

Kerjasama Astro dan BAM sasar lahirkan atlet badminton berkualiti
Majlis pelancaran dan menandatangani perjanjian disaksikan oleh Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Astro Kasih anjur Kejohanan Astro Junior peringkat kebangsaan
Astro Kasih akan menganjurkan Kejohanan Astro Junior peringkat kebangsaan pada 6 hingga 9 Sept ini di Stadium Juara, Kuala Lumpur.

Kem Badminton Astro teruskan misi lahirkan jaguh
Astro sekali lagi menganjurkan Kem Badminton Astro dalam misi melahirkan jaguh badminton masa depan.

Kem Badminton ASTRO gilap pemain berpotensi
Ketua Pegawai Eksekutif Astro Malaysia Holdings Berhad, Datuk Rohana Rozhan berkata, ia merupakan inisiatif terbaru bagi memberi ruang kepada bakat muda di negara ini.