Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Sembilan mengesahkan tidak berlaku sebarang pelepasan bahan kimia dan tercemar ke Sungai Buah sehingga menyebabkan penutupan loji rawatan air (LRA) Sungai Semenyih seperti yang didakwa Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sebelum ini.
Pengarahnya, Norhazni Mat Sari berkata daripada 59 kilang yang berada di seluruh Nilai, hanya 14 kilang melepaskan sisa ke Sungai Buah dan kesemuanya mematuhi syarat yang ditetapkan JAS.
"Fokus utama siasatan adalah untuk mengenal pasti punca pencemaran sebenar Sungai Buah. Siasatan secara bersepadu dan menyeluruh ini telah mengambil kira segala aspek termasuk kemalangan lori tangki di KM 46.2 Lebuhraya ELITE, sebarang unsur sabotaj, pelupusan haram buangan terjadual dan pematuhan effluen kilang.
"Hasil siasatan yang telah dijalankan oleh JAS Negeri Sembilan mendapati pelepasan effluen dari punca-punca industri di kawasan perindustrian sekitar Nilai mematuhi standard yang ditetapkan JAS," kata Norhazni pada Mesyuarat bersama Kerajaan Negeri Sembilan dan Wakil Pengurusan Kilang sekitar Nilai di pejabatnya hari ini.
Beliau yang turut menafikan dakwaan kononnya pencemaran berpunca daripada sisa kilang, bagaimanapun akan meneruskan pemantauan dari semasa ke semasa terhadap sisa berjadual kilang-kilang di sekitar Nilai.
Tambahnya, JAS Negeri Sembilan turut mengambil sampel tanah di kawasan Lebuhraya ELITE yang berlakunya kemalangan melibatkan lori tangki pada 22 Oktober lalu.
Sampel tersebut telah diserahkan kepada Jabatan Kimia untuk ujian terperinci dan keputusan dijangka akan diketahui dalam masa terdekat.
Mohamed Azmin sebelum ini dilaporkan berkata terdapat bukti mengenai pencemaran air di Sungai Semenyih yang menunjukkan 'kecenderungan unsur sabotaj' oleh BN dan UMNO untuk melemahkan kerajaan negeri memandangkan pilihan raya sudah hampir.
Selain itu Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) dalam satu kenyataan 23 Oktober lalu turut mendakwa LRA Sungai Semenyih terpaksa ditutup berikutan pencemaran bau air sungai yang dikatakan berpunca dari kawasan Perindustrian Nilai di Negeri Sembilan.
Harits Asyraf Hasnan
Mon Oct 31 2016
Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Sembilan mengesahkan tidak berlaku sebarang pelepasan bahan kimia dan tercemar ke Sungai Buah sehingga menyebabkan penutupan loji rawatan air (LRA) Sungai Semenyih. - Foto Astro AWANI / Harith Asyraf Hasnan
Hamas keluarkan senarai nama rakyat Palestin yang akan dibebaskan pada Sabtu
Kumpulan Palestin Hamas mengeluarkan senarai nama 183 tahanan Palestin di penjara Israel yang dijadualkan dibebaskan pada Sabtu.
AWANI Ringkas: Sidang Parlimen ke-15 bermula Isnin ini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Industri seks bukan produk pelancongan direstui kerajaan Thailand - Narong Sangprasita
Aktiviti seks yang kelihatan di depan mata di beberapa wilayah Thailand bertentangan dengan undang-undang negara itu.
Titah Diraja tumpuan Sidang Parlimen bermula Isnin
Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen ke-15 akan bermula Isnin ini, dengan Titah Diraja oleh Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim pada istiadat pembukaan menjadi tumpuan utama.
Seri Paduka Baginda dijadual merasmikan kedua-dua dewan, iaitu Dewan Rakyat dan Dewan Negara, menerusi ucapan diraja.
Seri Paduka Baginda dijadual merasmikan kedua-dua dewan, iaitu Dewan Rakyat dan Dewan Negara, menerusi ucapan diraja.
Rakyat Malaysia masuk ke Thailand kerana tarikan makanan
Pelancong dari Malaysia yang ditemui melawat lokasi pelancongan di Thailand akui masuk ke Hatyai, Songkhla dan Pattani disebabkan tarikan makananya yang enak dan harga penginapan yang berpatutan.
Terhidu gas beracun: Seorang maut, seorang kritikal, 6 dalam pemantauan
Sebuah kilang di Perai diarah tutup selepas insiden pekerja terhidu gas beracun dari bahan kimia berbahaya, pada Rabu lalu.
Thailand sedia kongsi pengalaman kepakaran memasak
Ketua Pelancongan dan Sukan Pattani, Narong Sangprasit berkata, Thailand sedia berkongsi pengalaman dan kepakaran memasak supaya Malaysia mampu menyediakan makanan yang lazat sebagaimana pengusaha makanan di negara itu.
Siri Pertama: Jelajah Assalamualaikum RaRa 2025 Negeri Sembilan
Di Malaysia, pelbagai komuniti muslim menyambut Ramadan dan Aidilfitri dengan cara yang unik, bermula cita rasa makanan tempatan, muzik tradisional sehinggalah adat resam yang diwarisi turun menurun sejak dahulu.
Menyahut semangat kepelbagaian, Astro Malaysia Holdings Berhad (Astro) meneruskan Siri Jelajah Assalamualaikum RaRa 2025 dalam usaha untuk menyampaikan mesej keterangkuman budaya ini, sekaligus memperkukuh ikatan perpaduan dalam masyarakat yang berbilang kaum.
Bersama rakan setugas Afiezy Azaman yang berada di Masjid Sri Sendayan, Negeri Sembilan untuk laporannya.
Menyahut semangat kepelbagaian, Astro Malaysia Holdings Berhad (Astro) meneruskan Siri Jelajah Assalamualaikum RaRa 2025 dalam usaha untuk menyampaikan mesej keterangkuman budaya ini, sekaligus memperkukuh ikatan perpaduan dalam masyarakat yang berbilang kaum.
Bersama rakan setugas Afiezy Azaman yang berada di Masjid Sri Sendayan, Negeri Sembilan untuk laporannya.
"Tidak lama lagi" - Ferdy Druijf beri bayangan sertai Harimau Malaya?
Penyerang Rapid Vienna itu digembar-gemburkan antara calon pemain berdarah warisan negara untuk memperkuatkan Harimau Malaya.
AWANI Ringkas: Banjir di Sarawak makin buruk
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Azmin Ali dilantik Setiausaha Agung Perikatan Nasional
Mohamed Azmin berkata PN komited untuk terus berada di lapangan bagi membantu mangsa banjir termasuk kerja-kerja pembersihan pascabanjir.
Saman syarikat pengimport telur terhadap Mohamed Azmin ditolak
Hakim menyatakan bahawa Deepak tidak memegang sebarang jawatan dalam syarikat itu, dan oleh itu, kenyataan Azmin tidak boleh dianggap merujuk kepada J&E Advance Tech Sdn Bhd.
PN tak bergantung perbalahan BN-PH untuk menang PRK Mahkota - Azmin
PN tidak bergantung kepada perbalahan yang berlaku antara BN dan PH untuk menang PRK DUN Mahkota.
PRK Mahkota: Azmin cabar MB Johor tubuh Kerajaan Perpaduan jika BN menang
PN cabar Menteri Besar Johor mengumumkan pembentukan Kerajaan Perpaduan di negeri itu sekiranya Barisan Nasional memenangi PPRK Mahkota.
Polis panggil Mohamed Azmin bantu siasatan berhubung pendedahan maklumat
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata rakaman keterangan itu, bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 203A Kanun Keseksaan iaitu pendedahan maklumat.
Amirudin cabar Azmin jadi 'anak jantan', hadir beri keterangan
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari mencabar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali supaya memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam.
Saya sebut nama Deepak kerana ada gambar - Mohamed Azmin
Mohamed Azmin memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini beliau menyebut nama Deepak dalam ucapannya tahun lepas kerana terdapat foto ahli perniagaan itu bersama-sama seorang menteri dalam pesawat.
Filem Lee Chong Wei satukan Tun M, Azmin
Kedua-duanya ketika itu mempunyai beberapa isu berkenaan darjah kebesaran Dr Mahathir ditarik balik dan gesaan Azmin dilantik menjadi PM.
Buku Syed Saddiq singkap ada gerakan cadang lantik Azmin Ali jadi PM pada 2018
Beliau yang pada ketika itu pegawai kepada Dr Mahathir cuba menjadi orang tengah untuk mendamaikan kedua-dua pemimpin tersebut.
Ucapan Azmin bersifat jahat dan memfitnah beliau dan abangnya - Saksi
Ahli perniagaan, Deepak Jaikishan, berkata kenyataan Mohamed Azmin dalam ceramah politiknya pada 11 Mac 2023, adalah bersifat jahat yang memfitnahnya dan nama abangnya.