KUALA LUMPUR:Sisa klinikal di negara ini meningkat sebanyak 20 peratus sejak wabak COVID-19 melanda negara, kata Menteri Alam Sekitar dan Air (KASA) Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man.
Beliau berkata semua sisa buangan daripada kemudahan kesihatan seperti peralatan perlindungan diri (PPE) yang dikategori sebagai sisa klinikal semasa penggunaan bagi pengendalian pesakit COVID-19 dikumpul dan dilupuskan di loji pelupusan sisa klinikal yang mempunyai teknologi pengawalan pencemaran alam sekitar.
"Di bawah Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005, buangan seperti bahan-bahan plastik pakai buang yang dijana daripada kemudahan kesihatan dan pusat kuarantin COVID19 yang diwartakan oleh kerajaan dikategorikan sebagai buangan terjadual dengan kod buangan terjadual SW 404 - buangan patogenik, buangan klinikal atau bahan yang dikuarantinkan.
"Buangan sisa klinikal tersebut perlu dilupuskan di premis yang ditetapkan buangan terjadual yang dilesenkan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS)," katanya pada sesi Pertanyaan-pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Datuk Ahmad Jazlan Yaakub (BN-Machang) mengenai sama ada KASA bercadang mewujudkan tempat pembuangan sisa klinikal khas di setiap negeri sejak negara dilanda COVID-19 kerana terdapat peningkatan pembuangan sampah sejak Mac tahun ini.
Bagaimanapun, Tuan Ibrahim berkata sisa buangan seperti plastik pakai buang yang diguna pakai orang awam di premis seperti pasar basah, pasar raya, pejabat, kilang dan seumpamanya yang digunakan bagi tujuan perlindungan diri daripada jangkitan COVID-19 dikategorikan sebagai buangan domestik.
Jelasnya, buangan itu dilupuskan sebagai buangan domestik (sisa pepejal) yang diuruskan pihak berkuasa tempatan atau di bawah bidang kuasa Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 03 2020

Buangan sisa klinikal tersebut perlu dilupuskan di premis yang ditetapkan buangan terjadual yang dilesenkan oleh Jabatan Alam Sekitar. - Gambar hiasan/Bernama
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Dua makmal COVID-19 di Sabah tingkat keupayaan ujian kepada 3,150 sampel sehari
Penambahan kapasiti 400 sampel ini penting kerana ini akan membantu mengurangkan jumlah sampel tertunggak.

Sisa klinikal negara meningkat 20 peratus sejak COVID-19 melanda
Buangan sisa klinikal tersebut perlu dilupuskan di premis yang ditetapkan buangan terjadual yang dilesenkan oleh Jabatan Alam Sekitar.

Sisa klinikal, judi tidak berlesen antara dibangkitkan di Dewan Rakyat hari ini
Datuk Ahmad Jazlan Yaakub mengemukakan soalan kepada Menteri Alam Sekitar dan Air sama ada kementerian bercadang mewujudkan tempat pembuangan sisa klinikal khas di setiap negeri.

JAS temui sisa klinikal klinik haiwan di Sungai Gong, mahu siasat dan ambil tindakan
Menurut JAS, sisa klinikal itu bukan sahaja mencemarkan sungai malah ia juga boleh membawa risiko penyakit berjangkit kepada masyarakat setempat.

Pengurusan sisa klinikal COVID-19 jadi keutamaan paling penting
Langkah menguruskan sisa klinikal COVID-19 telah menjadi keutamaan bagi syarikat yang bertanggungjawab melupuskan buangan klinikal ini.

COVID-19: Pengurusan sisa klinikal masih terkawal - Dr Noor Hisham
Kementerian Alam Sekitar dan Air memaklumkan pembuangan sisa klinikal meningkat kepada 27 peratus pada Mac.