Sistem cabut undi bagi pemberian tender Kementerian Pendidikan akan dilaksanakan dalam masa terdekat, kata Menterinya Datuk Seri Mahdzir Khalid.
Beliau berkata sistem itu bagi mengganti kaedah pemberian tender menerusi mesyuarat untuk memutuskan syarikat yang layak sebelum ini.
"Kementerian mengambil kira kebajikan kontraktor kecil maka kami putuskan kaedah cabut undi untuk bersifat lebih adil.
"Kementerian ada banyak kontrak berskala kecil seperti membekal makanan asrama sekolah, kebersihan kawasan sekolah dan kawalan keselamatan yang memang sesuai untuk diberikan kepada kontraktor kecil," katanya
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat perwakilan tahunan Persatuan Kontraktor Bumiputera Kelas F Malaysia kali keempat, di sini hari ini.
Presiden persatuan Tukiman Radion berkata cabutan undi merupakan kaedah terbaik yang dilihat memberi peluang kepada kontraktor kecil untuk mendapatkan tender kerajaan.
Katanya persatuan mahukan kaedah seumpama itu bagi membela nasib lebih 24,000 kontraktor Kelas F di negara ini. (Kontraktor Kelas F adalah syarikat Bumiputera.)
"Kami alu-alukan kaedah ini yang kami lihat sangat telus. Ini dapat membela nasib ahli persatuan yang kini menjangkau 5,000 orang," katanya. -- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 25 2016

Mahdzir berkata sistem itu bagi mengganti kaedah pemberian tender menerusi mesyuarat untuk memutuskan syarikat yang layak sebelum ini. - Gambar fail

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Sistem cabut undi bagi tender Kementerian Pendidikan
Sistem cabut undi bagi pemberian tender Kementerian Pendidikan akan dilaksanakan dalam masa terdekat, kata Menterinya Datuk Seri Mahdzir Khalid.