Satu sistem carian amalan terbaik dari UN Habitat sedang dibangunkan penyelidik dari University of South Australia.
Dengan sistem tersebut, cadangan amalan terbaik bagi mengatasi cabaran tertentu boleh disemak mana-mana agensi berkuasa atau kerajaan tempatan.
Pensyarah Pembinaan dan Pengurusan Projek dari University of South Australia Dr Jorge Ochoa berkata, setakat ini sistem itu sudah memuatkan 185 daripada 5,000 amalan terbaik yang diiktiraf UN Habitat.
"Sudah tentu jika kami memiliki dana yang lebih, kami boleh memuatkan lebih banyak amalan terbaik dalam sistem tersebut.
"Ia berfungsi dengan algoritma yang mengesan permasalahan yang dikemukakan dan mencadangkan amalan yang terbaik bagi sesuatu cabaran atau permasalahan," kata beliau.
Dengan kata lain, Dr Ochoa menyifatkan sistem tersebut mirip kepada aplikasi penstriman muzik Spotify yang 'belajar' dari pengguna berdasarkan genre muzik yang dipilih.
"Kami bersedia untuk bekerjasama dengan mana-mana pihak, termasuk kerajaan tempatan yang berminat dengan potensi sistem ini," kata beliau selepas salah satu sesi perkongsian kajian di Forum Bandar Sedunia (WUF) ke-9 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.
Menurut Dr Ochoa, pasukannya mengambil masa lebih kurang empat bulan untuk membangunkan sistem tersebut.
"Sudah pasti jika kami ingin membangunkan sistem yang mempunyai 5,000 amalan terbaik, kami akan perlukan lebih ramai pekerja dan dana," kata beliau.
Hafiz Marzukhi
Thu Feb 08 2018

Wakil-wakil daripada UN Habitat bergambar semasa Forum Bandar Sedunia Ke-9 (WUF9) yang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur sehingga 13 Feb ini. - Gambar fail
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.

Ahmad Zahid saran APM pelajari amalan terbaik, tingkat keupayaan
Ahmad Zahid menyarankan agar Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) mempelajari amalan terbaik dari negara lain bagi meningkatkan keupayaan pertahanan awam negara.

Dr Zaliha bincang kerjasama Kuala Lumpur-Hangzhou sebagai bandar raya berkembar
Dr Zaliha hari ini mengadakan perbincangan dengan Datuk Bandar Hangzhou, China Yao Gaoyuan bagi memperkukuhkan kerjasama Kuala Lumpur dan Hangzhou sebagai bandar raya berkembar.

JBPM rancang penubuhan Majlis Bangunan Super Tinggi Malaysia
Majlis itu sebagai medium perkongsian pengetahuan dan amalan terbaik dalam hal berkaitan keselamatan kebakaran.

LTAT: Bukan keuntungan terkumpul, tapi kerugian terkumpul - Menteri
Ketua Eksekutif LTAT, Nik Amlizan Mohamed berkata pihaknya memandang serius dua urus niaga yang dijalankan dengan tidak mematuhi piawaian pelaporan kewangan.

Sistem cadangan amalan terbaik sedang dibangunkan universiti Australia
Dengan sistem itu, cadangan amalan terbaik bagi mengatasi cabaran tertentu boleh disemak mana-mana agensi berkuasa atau kerajaan tempatan.