KUALA LUMPUR: Sistem e-ticketing yang dibangunkan Pusat Sains Negara adalah seiring dengan penerimagunaan teknologi baharu selain ia selaras dengan Pelan Strategik Pendigitalan Sektor Awam (PSPSA) 2021-2025.
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Chang Lih Kang berkata sistem itu dibangunkan bagi menyokong aspirasi kerajaan dalam mencapai Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) 2030 dan Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12).
Beliau berkata sistem e-ticketing Pusat Sains Negara merupakan sistem terawal menggunakan platform pembayaran masa nyata (RPP) dalam agensi kerajaan.
"Ia bukan sahaja dapat diakses dan digunakan melalui pelayar sesawang malah pengguna juga dapat membeli tiket melalui aplikasi yang dimuat turun menerusi aplikasi Google Play Store dan App Gallery Huawei, manakala di gerbang Apple App Store akan diintegrasi dalam masa terdekat.
"Selaras dengan usaha kerajaan untuk meluaskan penggunaan e-pembayaran, sistem e-ticketing Pusat Sains Negara menerima kaedah bayaran melalui perbankan Internet manakala kaedah bayaran melalui kad debit atau kredit dan e-dompet sedang dibangunkan dan akan disediakan dalam masa terdekat," katanya ketika melancarkan Perkhidmatan Pembelian Tiket Dalam Talian Pusat Sains Negara di sini hari ini.
Chang berkata menerusi sistem itu, orang ramai kini boleh membeli tiket secara dalam talian tanpa perlu beratur panjang sekali gus menjimatkan masa serta memberi keselesaan kepada pengunjung pusat itu.
Sementara itu, Pengarah Pusat Sains Negara Mismah Jimbun berkata proses membangunkan sistem perkhidmatan pembelian tiket secara dalam talian itu mengambil masa enam bulan dan mula digunakan Selasa lepas (18 Julai).
Turut diraikan dalam majlis itu tiga pemenang bertuah yang telah membuat pembelian tiket secara dalam talian e-ticketing Pusat Sains Negara.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 20 2023

Chang (tengah) menyempurnakan gimik pelancaran perkhidmatan pembelian tiket dalam talian melalui Sistem e-Ticketing Pusat Sains Negara, Kuala Lumpur, 20 Julai 2023. --fotoBERNAMA

Sarawak capai kejayaan dalam elektrifikasi luar bandar dengan peluasan grid RES di Daro
Julaihi berkata projek itu akan membekalkan tenaga elektrik kepada 186 isi rumah di lapan kampung.

2 kanak-kanak maut dalam insiden letupan di Kemboja
Peluru 66mm (B-63) yang dipercayai peninggalan perang itu meletup pada Sabtu di Kampung Kranhong, Komun Ta Siem, Daerah Svay Leu.

Kerajaan peruntuk RM16.21 juta bagi pembangunan Orang Asli di Johor
Peruntukan menerusi JAKOA itu meliputi pelaksanaan pelbagai program ekonomi, keusahawanan, bantuan perumahan, pembangunan infrastruktur.

ATC 2025: Skuad Malaysia capai sasaran pingat
Sebelum ini, Mohd Harnizam meletakkan sasaran tiga pingat tanpa mengira warna bagi kejohanan itu.

Persatuan Pandu Puteri lahirkan pemimpin bermoral tinggi - Tunku Azizah
Baginda bertitah, pengadaptasian sahsiah nilai murni tidak boleh dipandang mudah kerana ia melengkapkan kriteria sebagai seorang pemimpin.

Ibu tiga anak maut, dipercayai dibunuh kekasih
Dalam kejadian itu, mangsa yang menyewa di rumah dua tingkat itu bersama kekasihnya sejak lima bulan lalu, ditemukan terbaring atas katil.

ATC 2025: Sawda pecah rekod remaja Asia, raih emas ujian masa 1km
Sawda mencatatkan satu minit 10.818s untuk memperbaharui rekod yang dicipta atlet Taiwan Liu Shang Ying (1:12.722s) pada pusingan kelayakan.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
Abdul Rashid berkata masalah kekurangan bekalan kelapa bukan hanya berlaku di Malaysia, malah di seluruh dunia berikutan musim melawas.

KPKT sasar bina 112 Taman Rekreasi MADANI tahun ini
Ia termasuk pembinaan lapan TRM yang akan dibangunkan di Selangor melibatkan peruntukan RM4 juta.

Landskap penyiaran Pakistan berdepan cabaran getir
Untuk menangani isu itu, penyiar mesti mengutamakan ketepatan dan pengesahan sebelum menyiarkan sebarang maklumat kepada khalayak.

Masuk percuma ke Pusat Sains Negara jika lengkap modul pembelajaran AI.gov.my
Kemasukan percuma ini terhad untuk kunjungan kali pertama sahaja.

Sistem e-ticketing Pusat Sains Negara dibangunkan seiring penerimagunaan teknologi baharu - Chang
Menerusi sistem itu, orang ramai boleh membeli tiket secara dalam talian tanpa perlu beratur panjang sekali gus menjimatkan masa.

Masuk percuma ke Pusat Sains Negara, Planetarium Negara bagi lawatan rasmi sekolah
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) menawarkan tiket percuma ke Pusat Sains Negara (PSN) di Kuala Lumpur serta Cawangan Wilayah Utara di Alor Setar, Kedah, dan Planetarium Negara bagi law

COVID-19: Pusat Sains, Planetarium Negara ditutup bermula hari ini
Operasi Pusat Sains Negara dan Planetarium Negara dihentikan buat sementara waktu bermula hari ini susulan situasi terkini COVID-19 di negara ini.