KUALA LUMPUR: Kerajaan perlu mengambil inisiatif mengawal lambakan pekerja asing, sekiranya berhasrat melaksanakan sistem gaji progresif (PWM) di negara ini.
Menurut Pengarah Institut Pembangunan dan Kemajuan Inklusif Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia (MINDA-UKM), Profesor Tan Sri Noor Azlan Ghazali, lambakan pekerja asing terutama di sektor 3D (kotor, bahaya dan sukar) menyukarkan pelaksanaan itu.
Malah ujarnya, negara jiran seperti Singapura melaksanakan sistem gaji progresif sejak tahun 2013 bermula dari kumpulan berpendapatan rendah.
"Apakah model yang terbaik sebelum kita melihat aspek ini, kita perlu faham apa berlaku di Malaysia. Jumlah pendapatan negara 37 peratus pergi ke pekerja, dan sekitar 16 peratus jumlah berkenaan pergi ke kumpulan pendapatan rendah.
"Isu utama ialah pendapatan kumpulan pendapatan rendah, bagi saya kalau kita lihat Singapura telah mengamalkan ini (sistem gaji progresif) pada tahun 2013-2014.
"Tapi kita perlu lihat matlamatnya dan bagaimana nak laksanakannya, ada beberapa perkara perlu diberi perhatian, kita kena ingat bahawa PWM ini adalah satu bentuk persetujuan di antara kerajaan, majikan dan kemungkinan kesatuan pekerja tentang tangga gaji di Malaysia dan pergerakannya setiap tahun," jelasnya ketika ditemu bual dalam program Niaga AWANI pada Khamis.
Tambah Noor Azlan, persoalannya ketika ini, adakah rakyat Malaysia terlibat lebih ramai dalam sektor pendapatan rendah, atau pekerja asing.
"Di Singapura ia bermula dengan pekerja dalam bidang lanskap, keselamatan, pekerjaan pendapatan rendah. Di Malaysia nak tanya siapa pekerja dalam kategori ini, adakah rakyat Malaysia atau pekerja asing. Ini persoalan yang besar," katanya lagi.
Ujarnya, perbincangan secara profesional perlu dijalankan diantara kerajaan dan kesatuan-kesatuan pekerja di negara ini mengenai tangga gaji serta produktiviti pekerja.
Tambahnya, tidak adil sekiranya hanya majikan yang meningkatkan tangga gaji pekerja, namun produktiviti pekerja tidak diberi perhatian.
Sebaliknya, kedua-dua faktor itu ujar Noor Azlan amat penting untuk menjayakan sistem gaji progresif di negara ini.
"Sebelum kita melihat model, kerangka berbentuk peraturan dan komitmen kenaikan tangga gaji. Kita harus teliti kenapa gaji di peringkat bawahan ini agak malar dan tidak meningkat begitu baik.
"Kalau saya lihat dalam gaji penengah kumpulan rendah, hanya RM1,006 sebulan. Sebenarnya punca masalah kumpulan pendapatan rendah, kerana lambakan pekerja asing.
"Selagi mereka ramai di Malaysia, selagi itu kita tidak dapat laksanakan PWM ini. Kalau di Singapura, PWM ini juga jadi satu ikatan untuk kuota berapa banyak pekerja asing datang ke negara mereka," ujarnya lagi.
Semalam, Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli menjelaskan kerajaan sedang meneliti secara dasar sistem gaji progresif di Malaysia serta proses perbincangan dan libat urus telah bermula melibatkan pelbagai sektor.
Katanya, ia sebahagian daripada dasar yang sedang dikaji Kementerian Ekonomi dan ia selaras dengan sasaran Rancangan Malaysia ke-12 supaya nisbah hasil ekonomi kepada pekerja dalam bentuk gaji dan pampasan meningkat kepada 40 peratus.
Fareez Azman
Thu May 11 2023

Menurut Noor Azlan,lambakan pekerja asing terutama di sektor 3D menyukarkan pelaksanaan PWM. - Fail/BERNAMA

Nurfakhira ditemui selamat di rumah nenek rakan lelaki
ACP Bahrin berkata, remaja berkenaan ditemui dalam keadaan baik di rumah nenek rakan lelakinya.

3 bas meletup di Tel Aviv, polis Israel tuduh pengganas
Dua butir bom turut ditemukan dalam bas yang berasingan berjarak kira-kira 500 meter antara satu sama lain.

‘Palestin bukan untuk dijual’: Presiden Abbas tegaskan tolak rancangan pemindahan paksa
Presiden Palestin tegaskan negaranya "bukan untuk dijual" dan menolak sebarang usaha pemindahan penduduk Palestin secara paksa.

Kanak-kanak dilanggar depan sekolah, terperosok bawah MPV
Pihak JBPM Putrajaya menerima laporan berhubung kejadian pada 4.55 petang, melibatkan sebuah MPV jenis Perodua Alza.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Enam juruterbang TUDM jalani latihan kendali pesawat FA-50M di Korea Selatan Oktober ini
Enam juruterbang TUDM akan jalani latihan intensif untuk membiasakan diri dengan sistem operasi pesawat baharu FA-50M di Korea Selatan pada Oktober ini.

Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu
Menurut Ramli, pegawai penyiasat telah merakam percakapan sembilan individu antaranya pengadu, pengarah dan kakitangan syarikat berkenaan.

Wanita kunci kepada dialog intra-Islam, kata pakar
Wanita berperanan memajukan dialog intra-Islam dan pembangunan masyarakat, menyumbang kepada pembentukan generasi akan datang melalui toleransi.

JK HARMONI bincang kaedah terbaik perkukuh perpaduan - Mohd Na'im
JK HARMONI mencari jalan dan memberikan pandangan kepada kerajaan tentang kaedah terbaik untuk memperkukuh perpaduan masyarakat.

Jemaah haji diingat dapatkan vaksin COVID-19
Jemaah haji berumur 65 tahun ke atas serta mereka yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi diingatkan untuk mendapatkan vaksin COVID-19.

Kerajaan sedang teliti secara dasar sistem gaji progresif - Rafizi
Ia sebahagian daripada dasar yang sedang dikaji Kementerian Ekonomi dan ia selaras dengan sasaran Rancangan Malaysia ke-12.