Sistem parol atau program pemulihan dalam komuniti yang dilaksanakan ketika ini dilihat amat berkesan dalam mencegah jenayah berulang, dengan angka kemasukan balik bekas banduan ke dalam penjara kini amat rendah.
Ketua Pengarah Jabatan Penjara Malaysia, Datuk Seri Zulkifli Omar berkata, kadar kemasukan balik ke penjara yang direkodkan sangat rendah, iaitu 0.4 peratus, jauh lebih kecil berbanding kadar kemasukan balik oleh penghuni yang menjalani program pemulihan dalam penjara iaitu 10 peratus.
Katanya sehubungan itu pihaknya merancang untuk memperluaskan program pemulihan dalam komuniti di seluruh negara dengan kerjasama pelbagai pihak termasuk masyarakat, rakan industri dan sektor korporat.
"Kita sasarkan pada 2030 nanti, dua pertiga daripada penghuni penjara akan menjalani program pemulihan dalam komuniti, bagaimanapun ia hanya melibatkan pesalah jenayah ringan seperti curi, pukul dan dadah yang berseksyen rendah.
"Di Malaysia 70 peratus daripada penghuni penjara adalah di bawah kategori 'low risk' dan hanya 30 peratus sahaja yang 'high risk'...ini yang akan kekal di penjara," katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian anugerah perkhidmatan cemerlang (APC) tahun 2019 peringkat negeri Terengganu, di sini, hari ini.
Turut hadir, Pengarah Penjara Negeri Terengganu, Ahmad Saidi Hamzah dan Naib Canselor Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Prof Datuk Dr Hassan Basri Awang Mat Dahan.
Zulkifli berkata selain berkesan mencegah jenayah berulang di kalangan pesalah, program pemulihan dalam komuniti juga mempunyai pelbagai kelebihan lain iaitu mengurangkan kesesakan dalam penjara dan menjimatkan perbelanjaan kerajaan.
Katanya jabatan penjara menerima banyak permintaan daripada pihak industri untuk mendapatkan tenaga kerja daripada penjara termasuk di sektor perladangan, pembuatan dan perkilangan.
"Sekarang ini jumlah penghuni penjara di seluruh negara adalah seramai 67,000 orang dan bilangan ini sebenarnya sudah melebihi kapasiti iaitu pada kadar 53,830 orang. Jadi kita sedang usaha kembangkan program ini dan tengok perubahan dari segi akta untuk benarkan lebih ramai (penghuni penjara) berada di luar," katanya.
Seramai 41 pegawai penjara di pelbagai peringkat jawatan dipilih menerima anugerah di majlis hari ini.
Bernama
Wed Jul 22 2020
![Sistem parol berkesan cegah jenayah berulang Sistem parol berkesan cegah jenayah berulang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-06/61559614310_BPZULKIFLIOMAR.png)
Zulkifli berkata, kadar kemasukan balik ke penjara yang direkodkan sangat rendah, iaitu 0.4 peratus. - Foto BERNAMA
AWANI Borneo [12/2/2025] – Muktamad milik Sarawak| Penghubung Sabah dan Sarawak| Bantu golongan petani
Awani Borneo Rabu, 12 Februari 2025 bersama Assim Hassan
1. Pengambilalihan selesai, MASWings kini dikenali sebagai AirBorneo
2. Fasa dua Lebuh Raya SSLR ambil masa lima tahun untuk siap
3. Kertas kabinet wujudkan Lembaga Pemasaran Pertanian Sabah bakal dibentang
1. Pengambilalihan selesai, MASWings kini dikenali sebagai AirBorneo
2. Fasa dua Lebuh Raya SSLR ambil masa lima tahun untuk siap
3. Kertas kabinet wujudkan Lembaga Pemasaran Pertanian Sabah bakal dibentang
Kertas Kabinet cadangan wujud lembaga pemasaran pertanian Sabah akan dibentang
Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah, Datuk Seri Jeffrey Kitingan berkata, Kertas Kabinet tersebut dijangka dibentangkan dalam Mesyuarat Kabinet Negeri, akan datang.
KKR, SPRM perlu ambil tindakan terhadap konsesi gagal selenggara jalan
Kementerian Kerja Raya diminta untuk mengambil tindakan menamatkan konsesi yang gagal melakukan projek penyelenggaraan jalan persekutuan dengan baik.
Dalam masa sama Ahli Parlimen Kudat, Datuk Verdon Bahanda memohon Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuat forensik audit terhadap kontrak penyelenggaraan jalan.
Dalam masa sama Ahli Parlimen Kudat, Datuk Verdon Bahanda memohon Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuat forensik audit terhadap kontrak penyelenggaraan jalan.
Fasa dua Lebuh Raya SSLR ambil masa lima tahun untuk siap
Projek Rangkaian Jalan Sarawak-Sabah (SSLR) fasa dua yang menghubungkan kedua-dua wilayah itu tanpa melalui Brunei Darussalam akan mengambil masa sekurang-kurang lima tahun untuk siap.
Kurang tiga peratus projek JKR disklasifikasi projek sakit - Nanta
Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi memeklumkan hanya ada satu atau dua projek yang dilaksanakan Jabatan Kerja Raya di negara ini yang diklasifikasikan sebagai projek sakit.
Abang Jo hargai peranan, keberkesanan perkhidmatan awam Sarawak
Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg memuji keberkesanan perkhidmatan awam Sarawak yang menjadi tulang belakang kepada kejayaanSarawak dalam rundingan menuntut organisasi strategik termasuk menerusi rundingan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).
AirBorneo tetap terima subsidi Perkhidmatan Udara Luar Bandar
Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook memberi jaminan bahawa Subsidi Perkhidmatan Udara Luar Bandar (RAS) akan diteruskan kepada Air Borneo, sama seperti MASWings sebelum ini.
Pengambilalihan muktamad, MASWings bakal dikenali AirBorneo
Entiti baharu penerbangaan Sarawak yang diambil alih daripada MASWings Sdn Bhd akan dikenali sebagai AirBorneo.
![Pihak berkuasa Korea Selatan jumpa dadah sintetik baharu dalam bungkusan dari Perancis Pihak berkuasa Korea Selatan jumpa dadah sintetik baharu dalam bungkusan dari Perancis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739355723_Generic.jpg)
Pihak berkuasa Korea Selatan jumpa dadah sintetik baharu dalam bungkusan dari Perancis
Agensi kastam Korea Selatan mengesan sejenis dadah sintetik baharu buat kali pertama menerusi bungkusan antarabangsa dari Perancis, lapor Agensi Berita Yonhap.
Pantau Agenda Reformasi: Kawalan, tindakan tegas jenayah senjata api
Ikuti ulasan Pakar Kriminologi, Datuk Shahul Hamid Abd Rahim mengenai kenyataan Menteri Dalam Negeri berkenaan tindakan untuk memastikan kawalan dan keselamatan orang ramai daripada jenayah berkaitan senjata api.
![Pengampunan banduan: Kemuka permohonan, Agong punyai kuasa prerogatif - Istana Negara Pengampunan banduan: Kemuka permohonan, Agong punyai kuasa prerogatif - Istana Negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41724733293_IstanaNegara.jpg)
Pengampunan banduan: Kemuka permohonan, Agong punyai kuasa prerogatif - Istana Negara
Seri Paduka Baginda juga boleh meremit, menggantung atau meringankan apa-apa hukuman yang telah dijatuhkan oleh mahkamah.
![15,807 banduan di Indonesia diberikan pengurangan hukuman sempena Krismas 15,807 banduan di Indonesia diberikan pengurangan hukuman sempena Krismas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61735138627_TBBANDUAN.jpg)
15,807 banduan di Indonesia diberikan pengurangan hukuman sempena Krismas
Pemerintah turut memberikan pengurangan hukuman kepada 166 kanak-kanak dengan tiga daripadanya dibebaskan serta-merta.
![Kebanyakan banduan wanita rakyat Malaysia di Thailand terdiri pesalah dadah Kebanyakan banduan wanita rakyat Malaysia di Thailand terdiri pesalah dadah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/71734770812_TBSIMBAHASID.jpg)
Kebanyakan banduan wanita rakyat Malaysia di Thailand terdiri pesalah dadah
Kebanyakan banduan itu ialah wanita berasal dari Kelantan yang tinggal berhampiran negeri bersempadan Thailand.
![Banduan gembira, pembebasan awal hadiah Krismas bermakna buat keluarga Banduan gembira, pembebasan awal hadiah Krismas bermakna buat keluarga](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/81734614132_TBpenjara.jpg)
Banduan gembira, pembebasan awal hadiah Krismas bermakna buat keluarga
Ravi dibebaskan lebih awal menerusi program PBSL Ihsan MADANI yang membolehkannya meraikan Krismas bersama ahli keluarga.
![Orang ramai berkumpul di penjara Sednaya, jejak ahli keluarga ditahan Orang ramai berkumpul di penjara Sednaya, jejak ahli keluarga ditahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/41733786384_peoplesyriaSedna.jpg)
Orang ramai berkumpul di penjara Sednaya, jejak ahli keluarga ditahan
Pertemuan penuh emosi banduan bersama ahli keluarga yang selama ini menyangka mereka telah dihukum mati disaksikan menerusi video itu.
![Banduan Islam di penjara Narathiwat dihidang makanan halal - Jurucakap Banduan Islam di penjara Narathiwat dihidang makanan halal - Jurucakap](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/51731114777_penjaranarathiwat.jpg)
Banduan Islam di penjara Narathiwat dihidang makanan halal - Jurucakap
Enam tahanan Malaysia yang berada di penjara berkenaan berkeadaan baik dan mereka tidak membuat apa-apa aduan setakat ini.
![Banduan dipenjara dua tahun rempuh, langgar dua anggota polis Banduan dipenjara dua tahun rempuh, langgar dua anggota polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/71728378031_courtgavelmahkam.jpg)
Banduan dipenjara dua tahun rempuh, langgar dua anggota polis
Seorang banduan yang sedang menjalani hukuman penjara atas kesalahan mencuri kereta, hari ini sekali lagi dihukum penjara dua tahun oleh Mahkamah Sesyen kerana merempuh dan melanggar motosikal polis.
![Banduan bebas awal terharu diberi pengampunan Agong Banduan bebas awal terharu diberi pengampunan Agong](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71725095808_TBMantin.jpg)
Banduan bebas awal terharu diberi pengampunan Agong
Lelaki yang sepatutnya menjalani hukuman penjara 10 tahun itu merupakan satu-satunya banduan di Negeri Sembilan yang dibebaskan awal.
![Mahkamah Persekutuan putuskan boleh dengar semakan banduan terima pengampunan hukuman mati Mahkamah Persekutuan putuskan boleh dengar semakan banduan terima pengampunan hukuman mati](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/81643195127_ISTANAKEHAKIMAN.jpg)
Mahkamah Persekutuan putuskan boleh dengar semakan banduan terima pengampunan hukuman mati
Mahkamah Persekutuan putuskan bahawa ia boleh mendengar semakan semula difailkan banduan yang telah diberi pengampunan bagi hukuman mati.
![20 tahun di balik tirai besi, bekas banduan Al-Maunah kesal terperdaya ajakan rakan 20 tahun di balik tirai besi, bekas banduan Al-Maunah kesal terperdaya ajakan rakan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/51724689900_TBBANUANALMAUNAH.jpg)
20 tahun di balik tirai besi, bekas banduan Al-Maunah kesal terperdaya ajakan rakan
Abe Li terperdaya disebabkan terlalu percaya kata-kata rakannya bahawa ajaran itu hanya melibatkan ilmu perubatan dan persilatan.