Kementerian Pendidikan telah melakukan pembaharuan dalam penambahbaikan terhadap sistem pengendalian kertas soalan peperiksaan bagi membendung kebocoran soalan peperiksaan pada masa depan, kata Menteri Pendidikan Kedua Datuk Seri Idris Jusoh.
Beliau berkata antara langkah itu adalah pemasangan sistem amaran dan kamera litar tertutup (CCTV) di semua bilik kebal yang menempatkan kertas soalan peperiksaan.
Langkah lain adalah tidak lagi menggunakan kotak untuk menghantar kertas soalan ke bilik kebal, katanya kepada pemberita selepas program minum pagi bersama rakyat di kediamannya di Kampung Tok Has di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas langkah yang diambil kementerian bagi memastikan kes kebocoran kertas soalan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2014 baru-baru ini tidak berulang.
Peperiksaan semula kertas Bahasa Inggeris dan Sains UPSR telah diadakan pada 30 Sept lepas manakala bagi mata pelajaran Matematik dan Bahasa Tamil akan diadakan pada 9 Okt ini.
Idris menegaskan kebocoran soalan UPSR berlaku kerana adanya segelintir masyarakat tidak berintegriti yang mengejar untung segera di samping mahu melihat segala urusan diselesaikan dengan cepat.
"Oleh kerana individu yang tidak bertanggunjawab ini tidak mempunyai nilai-nilai positif dalam kerja menyebabkan soalan dibocorkan dan akhirnya menyusahkan ramai pihak," katanya.
Katanya, sepatutnya masyarakat termasuk para guru perlu memahami bahawa pendidikan perlu dibangunkan dengan keseimbangan antara akademik dan akhlak.
Berhubung tindakan yang akan diambil terhadap sejumlah guru yang kini disoal siasat berhubung kes kebocoran soalan UPSR itu, Idris berkata tindakan sewajarnya akan diambil sekiranya mereka didapati bersalah.
"Yang bersalah akan dihukum ... supaya menjadi contoh kepada semua pihak untuk memperkemaskan integriti mereka ketika menjalankan tugas," katanya.
Bernama
Sat Oct 04 2014

IDRIS: Sistem pengendalian kertas soalan peperiksaan ditambah baik - Gambar fail
Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula- Anthony
Kementerian Pengangkutan mengarahkan supaya aspek keselamatan di semua stesen tren, khususnya kemudahan bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU), dikaji semula dan dipertingkatkan.

Sarawak belanja RM6 bilion hingga 2030 laksana projek air
Sarawak akan membelanjakan kira-kira RM6 bilion hingga 2030 untuk melaksanakan projek bekalan air ke kawasan luar bandar.

Wanita dilanggar bas ketika minum di restoran
Kemalangan ini mengakibatkan seorang perempuan berusia 51 tahun yang sedang minum di kedai tersebut mengalami kecederaan bengkak di betis akibat terkena serpihan batu bangunan kedai.

Johor tidak benarkan pelaburan berkaitan pengimportan e-waste
Kerajaan negeri tidak akan membenarkan sebarang pelaburan membabitkan pengimportan sisa elektrik dan elektronik (e-waste) ke negeri ini.

Peningkatan titik panas isyarat awal ancaman jerebu rentas sempadan di Asia Tenggara
Kebakaran hutan secara sporadik di Asia Tenggara memberi isyarat tentang jerebu berbahaya, yang boleh membawa kesan besar terhadap ekonomi dan masyarakat, mengingatkan kepada episod jerebu pada 1997.

KPDN perketat pemeriksaan harga, usaha tangani pencatutan sempena Ramadan
Ia bagi memastikan peniaga tidak mengambil kesempatan mencatut atau membuat kenaikan harga yang tidak selaras dengan perundangan pencatutan.

Lantikan pegawai khas untuk lancarkan proses pentadbiran kerajaan - MB Perak
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata pelantikan Pegawai Khas Menteri Besar di 26 kawasan yang diwakili pembangkang di negeri itu, bertujuan untuk melancarkan tugas dan tanggungjawab

Kanak-kanak OKU didera: Taska didapati beroperasi tidak ikut peraturan
Pemeriksaan awal mendapati premis terbabit didaftarkan sebagai tadika dan tidak dibenarkan beroperasi sebagai taska serta menerima kanak-kanak berumur empat tahun ke bawah.
Bazar Ramadan MPAJ bermula 27 Februari
Bazar Ramadan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) akan beroperasi lebih awal iaitu bermula 27 Februari ini.
Ismail Sabri dalam keadaan stabil
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ismail Sabri Yaakob dikejarkan ke pusat perubatan swasta pada tengah malam tadi.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.

KPM nafi dakwaan kebocoran kertas peperiksaan Sejarah SPM 2024
Menurut KPM, siasatan terperinci telah selesai dijalankan, termasuk semua sebaran dan tangkap layar berkaitan yang tular di media sosial.

Bumbung Axiata Arena bocor, PSM mohon maaf
Kebocoran itu berpunca daripada proses penggantian bumbung lama yang telah digunakan sejak 1998.

Shell tutup unit pemprosesan minyak di Pulau Bukom, Singapura siasat kebocoran
Shell menganggarkan beberapa tan produk minyak yang telah diproses bocor, bersama-sama dengan pelepasan air penyejuk.

Sejarawan bimbang mengenai pengabaian Taj Mahal selepas kubah bocor ketika hujan
Kebimbangan dibangkitkan mengenai pengabaian Taj Mahal selepas kubah utama monumen Mughal yang terkenal itu bocor ketika hujan.

Kon Yeow akui tidak tahu senarai darjah kebesaran Pulau Pinang bocor
Chow Kon Yeow berkata, beliau hanya mengetahui perkara itu setelah diajukan soalan oleh wartawan pada Ahad.

Ruang istirahat Gate G6 Terminal 1 KLIA ditutup sementara akibat bocor susulan hujan lebat - MAHB
Siling ruang istirahat Gate G6 di Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) mengalami sedikit kebocoran pagi ini.

Sukan Olimpik Tokyo: Chong Wei bocor rahsia Chen Long ubah corak permainan
Chong Wei membuat risikan apabila cuba mengorek rahsia Chen Long melalui bekas jurulatihnya, Li Mao.

Pemex, Mexico akan siasat insiden paip gas bocor
Presiden Mexico, Andrs Manuel Lpez Obrador menjelaskan, kebakaran susulan kebocoran paip gas di Teluk Mexico adalah satu kemalangan.

Ikhtiar untuk terus hidup, pemancing catu air minuman
Mereka memulakan perjalanan ke tengah laut pada pukul 4.00 petang Isnin lepas sebelum kipas bot terjatuh pada pukul 8.00 malam.

KPM kaji penyelarasan jadual peperiksaan - Radzi
Menterinya, Dr Radzi Jidin berkata, perkara itu bagaimanapun masih dalam peringkat kajian untuk melihat pendekatan terbaik sebelum ia dilaksanakan.