Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Mohd Azis Jamman menyangkal dakwaan Ketua Pemuda UMNO Sabah kononnya pengenalan semula sistem perdagangan tukar barang antara Sabah dan negara jiran akan membawa risiko keselamatan termasuk kemungkinan insiden penculikan berulang di perairan negeri itu.
Katanya, Pemuda UMNO Sabah menyuarakan cadangan agar pengawasan dan keselamatan dipertingkatkan khususnya di perairan Pantai Timur Sabah bagi memastikan perairan negara selamat bagi pedagang-pedagang nanti.
"Sekiranya Pemuda UMNO memberi alasan mahu menyelamatkan sektor pelancongan semata-mata sehingga mengabaikan rakyat Sabah yang lain, ia jelas memperlihatkan sikap tidak matang mereka yang melihat sebelah mata.
"Bukankah kepentingan rakyat Sabah secara keseluruhan lebih menjadi keutamaan dan bukannya untuk segelintir pihak tertentu untuk mengaut keuntungan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Menurut Mohd Azis, beliau berpendirian senada dengan Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal bahawa sistem perdagangan tukar barang yang diperkenalkan semula itu akan merancakkan lagi ekonomi rakyat di peringkat akar umbi.
Malah, katanya sistem perdagangan itu bakal menyediakan banyak peluang pekerjaan di samping menawarkan peluang perniagaan kepada rakyat Sabah, selain akan mengurangkan kebergantungan kepada kerajaan Pusat.
Menurutnya, walaupun keuntungan yang dijana daripada sistem perdagangan tukar barang itu tidak setinggi sektor pelancongan, namun kepentingannya di peringkat akar umbi rakyat Sabah yang lain tidak boleh diketepikan begitu sahaja.
"Pemuda UMNO digesa perlu lebih terbuka dengan membantu dalam melicinkan proses pelaksanaan sistem perdagangan itu dan bukannya mengkritik tetapi tidak mencari penyelesaian," katanya.
Mohd Azis berkata aspek keselamatan di kawasan perdagangan tukar barang berkenaan akan tetap menjadi keutamaan dengan semua aspek diambil kira terlebih dahulu.
Katanya, apabila sistem barter ini dijalankan, mekanisma yang akan digunakan pastinya meneliti semua aspek terlebih dahulu.
Sistem perdagangan tukar barang antara Sabah dan negara jiran yang dihentikan atas faktor keselamatan sebelum ini, akan mula beroperasi pada 1 Jan 2019.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Oct 11 2018
Sistem perdagangan tukar barang antara Sabah dan negara jiran yang dihentikan atas faktor keselamatan sebelum ini. - Gambar hiasan
SPRM sahkan panggil tiga selebriti minggu ini
Berdasarkan siasatan awal, artis-artis berkenaan dibayar sehingga ratusan ribu ringgit bagi menggunakan wajah mereka untuk meyakinkan orang awam menggunakan perkhidmatan disediakan.
Qatar lancar jambatan udara dari Jordan salur bantuan ke Gaza
Sejak bermulanya gencatan senjata Gaza, Qatar telah menghantar 65 trak bantuan merentasi sempadan Jordan.
Anwar terima kunjungan Dr Omar Suleiman, bincang gencatan senjata di Gaza
Pertemuan itu membincangkan perkara berkaitan gencatan senjata di Gaza, situasi terkini perkembangan Islam di bawah kepimpinan Presiden Donald Trump.
Lawatan rasmi Presiden Uzbekistan ke Malaysia yang pertama dalam tempoh 20 tahun - Duta
Ini merupakan lawatan pertama Shavkat Mirziyoyev ke Asia Tenggara selepas pilihan raya presiden pada 2023.
Kabinet Belarus letak jawatan
Menurut Perlembagaan Belarus, perdana menteri dan kabinet perlu meletak jawatan selepas pilihan raya.
Trump tangguh tarif Amerika ke atas Mexico selama sebulan
Mexico akan kerah 10,000 tentera Pengawal Kebangsaan di sepanjang sempadan AS-Mexico untuk memerangi penyeludupan fentanyl.
Piala Dunia Hoki Dalam Dewan: Jerman kalahkan Malaysia 12-4
Nicolas Proske dan Ben Hasbach muncul wira apabila masing-masing meledak empat jaringan membantu Jerman memperoleh keseluruhan 12 jaringan.
Kabinet baharu Belgium angkat sumpah
Bart De Wever, ketua parti nasionalis Flemish N-VA yang memenangi pilihan raya persekutuan Jun lalu, memegang jawatan sebagai perdana menteri.
Sekolah ditutup, langkah berjaga-jaga diambil susulan gempa bumi di Pulau Santorini, Greece
Lebih 300 gegaran telah menggegarkan Santorini dan pulau-pulau berdekatan, termasuk Amorgos, sejak Jumaat.
Malaysia sertai fasa kedua Jambatan Udara Kemanusiaan yang diterajui Jordan ke Gaza
Kementerian Luar berkata, penyertaan Malaysia dalam inisiatif itu dipermudahkan melalui kedutaannya di Amman.
10 kru warga Indonesia terselamat bot karam diserahkan kepada konsulat
Seramai 10 warga Indonesia kru bot barter trade yang terselamat dalam kejadian dua bot karam pada Sabtu lepas, diserahkan kepada pihak Konsulat Republik Indonesia, petang semalam.
10 kru warga asing terselamat dalam insiden bot karam di Pulau Pisang
Kedua-dua bot terbabit yang membawa muatan kelapa bulat, dalam pelayaran dari Pelabuhan Sungai Guntung, Indonesia menuju ke Batu Pahat.
Sistem perdagangan tukar barang: Azis sangkal dakwaan Pemuda UMNO
Pemuda UMNO Sabah menyuarakan cadangan agar pengawasan dan keselamatan dipertingkatkan khususnya di perairan Pantai Timur Sabah bagi memastikan perairan negara selamat bagi pedagang-pedagang nanti.
Sistem perniagaan barter dihentikan di ESSZone - Musa Aman
Keputusan terbabit adalah antara langkah bagi memastikan insiden penculikan yang berlaku di perairan negeri itu tidak lagi berulang.