Sistem Permit Masuk Kenderaan (VEP) yang akan membantu kerajaan mengatasi pelbagai isu termasuk mengesan kereta klon asing, kini dalam proses persediaan akhir sebelum dilaksanakan.
Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata apabila ia sedia dilaksanakan pada satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak, semua data kenderaan yang telah didaftarkan dalam sistem itu, akan diselaraskan dengan sistem Jabatan Pengangkutan Jalan iaitu mySikap.
"Melalui sistem ini, kita akan dapat memastikan pelaksanaan yang lebih sistematik.
"Sehingga sekarang, sebanyak 200,365 kenderaan Singapura telah mendaftar menerusi laman web JPJ," katanya dalam sidang media selepas meninjau proses pelaksanaan caj jalan raya (RC) dan VEP di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin, Bangunan Sultan Iskandar (BSI) di sini hari ini.
Liow berkata rakyat Singapura masih digalakkan untuk mendaftar kenderaan mereka dengan bayaran RM10, selagi tiada tempoh akhir pendaftaran ditetapkan.
"Apabila pendaftaran telah dilakukan, JPJ akan mengeluarkan satu tag khas kepada pemilik kenderaan berkenaan untuk diletakkan di cermin hadapan kereta.
"Daripada tag itu, mereka juga sebenarnya boleh membuat bayaran RC secara automatik di kaunter dan tidak perlu menggunakan kad Touch 'n Go.
"Namun tag itu harus ditambah nilai dari semasa ke semasa melalui laman web sedia ada dan ia juga boleh diambil di mana-mana kaunter yang akan dimaklumkan kemudian," katanya.
VEP, buat permulaan, akan dilaksanakan di dua pintu masuk negara di Johor iaitu melalui Tambak Johor dan Link Kedua, sebelum diperluaskan ke pintu masuk lain seperti di sempadan Thailand, Indonesia dan Brunei.
"Kita akan laksanakan VEP di pintu masuk itu secara berperingkat dan ketika ini, kita sedang dalam proses membuat tender," katanya.
Dalam pada itu, Liow puas hati dengan pelaksanaan kutipan RC di kesemua 62 laluan kenderaan di BSI dan Link Kedua.
"Kita meletakkan seramai 37 kakitangan JPJ untuk melaksanakan kerja RC serta VEP ini dan saya ingin mengucapkan terima kasih kepada mereka yang dapat memastikan pelaksanaannya berjalan lancar," katanya.
--BERNAMA
Bernama
Sat Nov 26 2016

LIOW: Melalui sistem ini, kita akan dapat memastikan pelaksanaan yang lebih sistematik.
Fokus Minggu Depan: Keselamatan makanan anak-anak sekolah
Ikuti ulasan Dr Nur Aqilah Amalina binti Jaafar, Pensyarah Jab. Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Fakulti Ekologi Manusia, UPM berkenaan dengan keselamatan makanan anak-anak sekolah.
Hamas akan bebaskan enam tebusan warga Israel
Mereka merupakan enam tebusan terakhir yang masih hidup daripada sekumpulan 33 yang akan dibebaskan pada peringkat pertama perjanjian gencatan senjata yang dipersetujui bulan lalu.
Tiada masalah bekalan santan di Sarawak
Sarawak tidak berhadapan masalah bekalan santan sepanjang bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula- Anthony
Kementerian Pengangkutan mengarahkan supaya aspek keselamatan di semua stesen tren, khususnya kemudahan bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU), dikaji semula dan dipertingkatkan.

Sarawak belanja RM6 bilion hingga 2030 laksana projek air
Sarawak akan membelanjakan kira-kira RM6 bilion hingga 2030 untuk melaksanakan projek bekalan air ke kawasan luar bandar.

Wanita dilanggar bas ketika minum di restoran
Kemalangan ini mengakibatkan seorang perempuan berusia 51 tahun yang sedang minum di kedai tersebut mengalami kecederaan bengkak di betis akibat terkena serpihan batu bangunan kedai.

Johor tidak benarkan pelaburan berkaitan pengimportan e-waste
Kerajaan negeri tidak akan membenarkan sebarang pelaburan membabitkan pengimportan sisa elektrik dan elektronik (e-waste) ke negeri ini.

Peningkatan titik panas isyarat awal ancaman jerebu rentas sempadan di Asia Tenggara
Kebakaran hutan secara sporadik di Asia Tenggara memberi isyarat tentang jerebu berbahaya, yang boleh membawa kesan besar terhadap ekonomi dan masyarakat, mengingatkan kepada episod jerebu pada 1997.

KPDN perketat pemeriksaan harga, usaha tangani pencatutan sempena Ramadan
Ia bagi memastikan peniaga tidak mengambil kesempatan mencatut atau membuat kenaikan harga yang tidak selaras dengan perundangan pencatutan.

Lantikan pegawai khas untuk lancarkan proses pentadbiran kerajaan - MB Perak
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata pelantikan Pegawai Khas Menteri Besar di 26 kawasan yang diwakili pembangkang di negeri itu, bertujuan untuk melancarkan tugas dan tanggungjawab

Lelaki pandu kereta klon diberkas polis
Polis peronda lebuh raya kesan MPV Honda Stream dipandu dalam keadaan mencurigakan ketika melakukan rondaan kawasan Gambang, Kuantan, Pahang.

JPJ Kelantan sita 157 kereta klon, sindiket jual melalui Telegram, Facebook
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan telah menyita 157 buah kenderaan klon di negeri ini sejak 2016, kata Pengarah JPJ Kelantan Hanif Yusabra Yusuf.

Polis tumpaskan sindiket kereta klon bernilai RM3.5 juta
Ia susulan penangkapan ke atas enam lelaki warga tempatan berusia antara 22 hingga 42 tahun dalam beberapa siri serbuan pada 2 Februari lepas.

Hanya sempat melaram empat hari dengan kereta mewah... Rupa-rupanya...
Pemilik memberikan alasan tidak tahu kerana pembelian dibuat melalui orang tengah di Kuala Lumpur.

Jururawat disyaki guna kereta klon dan lesen palsu ditahan
Pengarah JPJ Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Ismail Mohd Zawawi berkata pemeriksaan mendapati nombor pendaftaran kenderaan itu dipercayai palsu kerana tidak selari dengan nombor casis.

Warga Timur Tengah dalang sindiket klon kereta mewah - JPJ
Siasatan awal mendapati sindiket itu kemudiannya akan menjual kenderaan tersebut dengan harga yang jauh lebih murah daripada harga pasaran kepada warga asing yang menetap di negara ini.

Sistem VEP masih dalam persediaan akhir - Liow
Sistem Permit Masuk Kenderaan (VEP) yang akan membantu kerajaan mengatasi pelbagai isu termasuk mengesan kereta klon asing, kini dalam proses persediaan akhir sebelum dilaksanakan.

Tiga anggota polis ditahan SPRM Negeri Sembilan
Ketiga-tiga suspek itu kini ditahan bagi membantu siasatan dan dijangka dibawa ke Mahkamah Majistret Seremban di sini esok untuk tujuan reman.

JPJ ambil tindakan tegas terhadap pemilik kereta klon
Kebanyakan kenderaan klon yang disita ialah kenderaan yang dibawa masuk ke negara ini dari negara jiran.

JPJ Terengganu sita 15 kenderaan mewah yang diklon
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Terengganu kini sedang giat memburu kenderaan mewah yang diklon dan dipercayai digunakan secara berleluasa di negeri ini.