KUALA LUMPUR: Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali menangis selepas Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis memerintahkannya untuk membela diri atas dua pertuduhan mengabai dan menganiaya seorang kanak-kanak perempuan sindrom Down berusia 13 tahun dikenali Bella tahun lalu.
Siti Bainun, 30, yang hadir di mahkamah dengan memakai baju blaus warna hitam bercorak putih, pada mulanya kelihatan tenang selepas Hakim Izralizam Sanusi memutuskan keputusan berkenaan.
Bagaimanapun, Siti Bainun mula kelihatan sedih dan menitiskan air mata apabila dihampiri seorang wanita sebelum mereka kemudiannya berpelukan sambil ditenangkan oleh wanita itu.
Semasa prosiding, Izralizam berkata, pasukan pendakwaan berjaya membuktikan empat elemen dalam kedua-dua pertuduhan terbabit.
Dalam elemen pertama, beliau berkata, semasa berada dalam jagaan tertuduh, pendakwaan berjaya membuktikan bahawa Bella merupakan seorang kanak-kanak berusia bawah 18 tahun.
“Ia berdasarkan pemeriksaan ‘X-ray bone age’ atau anggaran usia tulang Bella oleh saksi pendakwaan ke-13 (SP-13), Pegawai Perubatan Jabatan Radiologi Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu, Sabah, Dr B Anulaawathi.
“Elemen kedua pula, tertuduh didapati telah mendapat perintah jagaan sementara ke atas Bella sehingga kanak-kanak itu berusia 18 tahun manakala elemen ketiga, mangsa telah mengalami kecederan dan emosi semasa dalam pemeliharaan wanita itu,” katanya.
Beliau berkata, ia berdasarkan keterangan daripada empat doktor yang merawat Bella yang memberitahu bahawa terdapat banyak kesan luka lama pada muka, leher kiri belakang, perut dan peha kanan Bella.
Katanya, SP-14, Jururawat Masyarakat Taman Sinar Harapan Tuanku Ampuan Najihah, Seremban, Wan Zurina Wan Ismail yang pernah merawat Bella juga menyatakan, kanak-kanak ini trauma untuk ke rumah kebajikan itu selain mengigau serta menjerit pada waktu malam.
“Tertuduh cuai, gagal menjaga Bella dengan baik, kurang memberi perhatian kepada kanak-kanak itu.
“Jika dia menjaga dengan penuh perhatian, mesti Bella tidak menderita dan mengalami kesakitan akibat kecederan itu,” katanya bagi menyatakan berlaku elemen keempat bagi kedua-dua pertuduhan tersebut iaitu pengabaian dan penganiayaan terhadap Bella.
Pada pagi Khamis, Siti Bainun diperintah untuk membela diri atas dua pertuduhan mengabai dan menganiaya Bella.
Izralizam memutuskan demikian selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Siti Bainun di akhir kes pendakwaan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nor Azizah Mohamad, Zilfinaz Abbas, Zahida Zakaria, Fazeedah Faik dan Shakira Aliana Alias.
Siti Bainun pula diwakili peguam Nur'Aminahtul Mardiah Md Nor, Mohammad Farhan Maaruf, Nurul Hafidzah Hassan, Asiah Abd Jalil dan Nur Ellena Mohamed Razif.
Turut hadir Datuk Khairul Anwar Rahmat, Datuk Ikbal Salam dan Mohd Radzi Yatiman yang dilantik oleh Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim selaku peguam pemerhati.
Mahkamah kemudiannya menetapkan perbicaraan kes bela diri itu pada 5 hingga 9 Disember depan.
Pada 20 Ogos 2021, Siti Bainun didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, sebagai orang yang dipertanggungjawab untuk menjaga kanak-kanak perempuan sindrom Down berusia 13 tahun telah mengabaikan iaitu dengan menyebabkan kanak-kanak itu mengalami kecederaan fizikal dan emosi.
Pada 20 November 2021, Pengasas Rumah Bonda itu didakwa sekali lagi di mahkamah sama atas pertuduhan menganiaya kanak-kanak sama.
Pada 28 Oktober lepas, pihak pendakwaan menutup kesnya selepas memanggil 22 saksi pada perbicaraan kes yang bermula 30 Mac lepas.
Selain Bella, saksi lain yang hadir ialah bekas penghuni Rumah Bonda iaitu Yasmin Nahar Mahmood; pakar psikiatri, Dr Wan Asyikin Wan Azlan; pembantu pengurus syarikat swasta, Zurianty Sudin dan pakar bedah plastik, Dr Salmi Mohamed Shukur.
* Artikel asal disiarkan di Sinar Harian.
Sinar Harian
Thu Nov 24 2022

Siti Bainun Ahd Razali menangis selepas Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur memerintahkannya untuk membela diri atas dua pertuduhan mengabai dan menganiaya kanak-kanak perempuan sindrom Down, Bella tahun lalu. Gambar SINAR HARIAN

Bendang berselut tebal, beberapa lokasi aktiviti PAT 2025 berubah
Majlis perasmian PAT 2025 yang dijadualkan disempurnakan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada petang ini dibatalkan.

Kusta: 368 penduduk jalani ujian saringan
Kerajaan memberi jaminan bahawa rawatan bagi pesakit kusta adalah berkesan dan tidak perlu dilakukan sebarang langkah kuarantin.

Agong selamat tiba di tanah air selepas menjalani rawatan di luar negara
Pesawat khas Seri Paduka Baginda tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang pada 7 pagi tadi.

Hubungan setengah abad Malaysia-Bahrain memasuki dimensi baharu
Kedua-dua negara akan memperoleh potensi besar dalam memperluas kerjasama ekonomi termasuk dalam sektor pelancongan.

Sanggup sembunyi dalam longkang busuk, kotor
Kesemua ditahan melibatkan individu warga Indonesia, Bangladesh, India, Myanmar dan Nepal.

ESCAP seru ASEAN perkukuh komitmen Perjanjian Paris
ASEAN sebagai satu blok mempunyai keupayaan untuk menarik pelabur serta membentuk mekanisme pembiayaan mampan.

RUU Perkhidmatan Parlimen, Perlembagaan Persekutuan akan dibentang untuk diluluskan - Fahmi
Langkah ini sebagai bukti komitmen Kerajaan MADANI dalam memperkukuh institusi demokrasi dan melaksanakan agenda reformasi institusi negara.

DBKL ambil alih pengurusan bazar Ramadan, Aidilfitri, tawar sewaan berpatutan
Pengambilalihan ini bertujuan untuk memastikan kadar sewaan yang lebih berpatutan bagi peniaga.

Jejantas Tun Teja ikon terbaharu Melaka, lonjak ekonomi setempat
Jejantas ini dilengkapi dengan sensor pergerakan, iaitu lampu akan dicahayakan mengikut pergerakan manusia yang melintasi.

'Perkampungan salji tanpa salji'
China ketika ini berdepan dengan gelombang haba lebih panas dan berpanjangan serta hujan lebat yang semakin kerap akibat perubahan iklim.

Bella alami kecederaan fizikal, emosi di bawah jagaan Siti Bainun - Hakim
Pendakwaan berjaya membuktikan tertuduh menganiaya dan menyebabkan kecederaan fizikal serta emosi Bella.

Kes aniaya Bella: Siti Bainun bebas atau bela diri diketahui esok
Siti Bainun ddidakwa mengabai dan menganiaya remaja perempuan sindrom Down sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal serta emosi.