KUALA LUMPUR: Aktivis Siti Zabedah Kasim atau lebih dikenali sebagai Siti Kasim mendakwa terdapat objek menyerupai bom ditemui pada keretanya di Jalan Maarof, Bangsar di sini, hari ini.
Menerusi siaran langsung di Facebooknya, dia memaklumkan dua objek terbabit disangkut di bahagian belakang tayar keretanya.
Katanya, objek itu ditemui mekanik di sebuah pusat servis selepas dia menghantar keretanya ke premis berkenaan, jam 12 tengah hari.
“Terdapat dua botol mineral yang disangkut di bahagian belakang tayar kereta. Ketika ini kereta masih di bengkel dan tidak dapat berbuat apa-apa.
“Saya diberitahu pemilik bengkel berkenaan yang bertanya apa sudah jadi dengan kereta saya.... saya kemudian melihat gambar yang dihantar kepada saya dan sangat terkejut.
“Saya sudah menghubungi polis menerusi panggilan 999 dan memberitahu ini adalah ancaman bom.
“Pihak polis kini sudah hadir dan orang ramai yang berada di pusat servis berkenaan diarahkan keluar,” katanya.
Tambahnya, dia menghantar kenderaannya untuk diservis kerana akan ke Kelantan bagi membantu menyelesaikan isu Orang Asli di sana.
Astro Awani
Fri Jul 21 2023

Siti Kasim berkata, objek itu ditemui mekanik di sebuah pusat servis selepas dia menghantar keretanya ke premis berkenaan, jam 12 tengah hari. - Gambar/ Sinar Harian

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Perintah Mahkamah Majistret halang Siti Kasim daripada perhimpunan 2022 adalah sah
Hakim memutuskan perintah itu dikeluarkan untuk mengawal atau mencegah penyebaran virus COVID-19 pada masa itu.

Bom di kereta Siti Kasim: Rakaman CCTV belum temukan petunjuk baharu
Semakan CCTV setakat ini tidak menunjukkan kenderaan milik Siti Kasim telah didekati mana-mana individu yang boleh disyaki.

Suspek kes bom pada kereta Siti Kasim ada kepakaran bahan letupan - Polis
Bahan letupan termampat (IED) yang ditemui di bawah kereta peguam dan aktivis sosial Siti Kasim adalah bom yang suisnya ditutup, kata Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain.

Ada bahan boleh sebabkan kebakaran pada botol disyaki IED - Ayob Khan
Ayob Khan berkata polis bagaimanapun masih menungggu laporan lengkap berhubung bahan letupan itu.

Kes Siti Kasim: Suspek dipercayai belajar cara buat bom di internet
PDRM tidak menolak kemungkinan suspek yang memasang bahan letupan termampat (IED) di bahagian bawah kereta Siti Kasim, mempelajari teknik membuat bahan letupan itu menerusi internet.

Bom kereta Siti Kasim: Polis rakam keterangan 9 saksi
Polis telah merakam keterangan sembilan orang saksi bagi membantu siasatan berkaitan kes penemuan bom buatan sendiri di bahagian tayar kereta milik peguam, Siti Kasim.

Penemuan bom di kereta Siti Kasim jenayah serius - KPN
Polis masih mengesan suspek yang meletakkan bom jenis Improvised Explosive Device (IED) di bahagian tayar kereta milik peguam, Siti Kasim.

Bom di kereta Siti Kasim: Polis rakam keterangan beberapa individu
Bom di kereta Siti Kasim: Polis rakam keterangan beberapa individu

Polis sahkan objek bawah kereta Siti Kasim bom jenis IED
Polis mengesahkan objek mencurigakan yang ditemui di bahagian bawah kereta aktivis dan peguam Siti Kasim adalah bahan letupan termampat (IED).

Siti Kasim dakwa objek menyerupai bom ditemui pada kereta
Aktivis Siti Zabedah Kasim atau lebih dikenali sebagai Siti Kasim mendakwa terdapat objek menyerupai bom ditemui pada keretanya di Jalan Maarof, Bangsar di sini, hari ini.