KUALA LUMPUR: Seorang hos di Kelab Komedi Crackhouse berkata Siti Nuramira Abdullah telah melanggar Peraturan 3R apabila melakukan perbuatan tidak senonoh dengan menanggalkan baju kurung dan tudung yang dipakainya ketika membuat persembahan komediri pada Jun tahun lepas.
Muhammad Asyraf Kamal Musthaffa, 26, yang kini bekerja sebagai pereka grafik, berkata dia sudah mengingatkan Siti Nuramira agar tidak menyentuh isu kaum, agama dan institusi diraja sebelum wanita itu memulakan persembahan.
"Semasa persembahan, apa yang dilakukan ialah memperkenal dirinya dan berkata dia boleh menghafal 15 juzuk al-Quran... dalam sekelip mata dia buka tudung dan baju kurung' sebelum mengeluarkan perkataan yang kurang sopan.
"Saya terpaksa mengambil sedikit masa untuk memproses tindakannya dan saya tidak pernah melihat dia seperti itu sebelum ini.
"Saya terkejut tapi saya juga mempunyai tanggungjawab (sebagai hos) dan saya tidak boleh terlalu terkejut kerana penonton perlu didahulukan.
"Saya fikir saya perlu meneutralkan keadaan supaya persembahan itu dapat diteruskan," katanya semasa pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Abdul Malik Ayob pada hari pertama perbicaraan Siti Nuramira yang didakwa mencetuskan suasana tidak harmoni dalam kalangan penganut agama Islam lain.
Terdahulu, klip video berdurasi dua minit berkaitan insiden yang berlaku di kelab komedi itu pada 4 Jun tahun lepas telah dipertontonkan kepada mahkamah dan saksi pendakwaan pertama itu mengenal pasti individu dalam rakaman tersebut sebagai Siti Nuramira.
Mengimbau kembali insiden itu, Muhammad Asyraf dimaklumkan terdapat dua orang yang ingin membuat persembahan komediri pada 4 Jun 2022 kerana beliau adalah hos bagi acara tersebut yang bermula pada 5 petang.
"Sebelum persembahan bermula, saya mengingatkan penonton bahawa rakaman tidak dibenarkan agar orang ramai tidak menyalahgunakannya.
"Video ini langsung tidak mencerminkan apa sebenarnya yang kami persembahkan di Kelab Komedi Crackhouse.
"Biasanya kami buat persembahan lawak jenaka namun di sini (merujuk kepada video Siti Nuramira) tiada unsur lawak jenaka. Ia bukan komediri.
"Saya lihat ke arah penonton dan mereka kelihatan terkejut serta terdapat pelbagai reaksi yang bercampur-baur (semasa persembahan Siti Nuramira)," katanya.
Ketika disoal balas peguam R. Sivaraj, yang mewakili Siti Nuramira, Muhammad Asyraf berkata beliau turut menceburi kerjaya sebagai pelawak sambilan dan hanya menjadi hos bagi persembahan itu secara sukarela.
R. Sivaraj: Sebagai pelawak, adakah kamu bersetuju dengan saya bahawa perkataan kurang sopan sering digunakan ketika persembahan komediri dan kamu juga pernah berbuat demikian dalam persembahan komediri kamu.
Muhammad Asyraf: Bukanlah selalu dan ya, saya pernah menggunakan perkataan kurang sopan dalam persembahan saya.
R. Sivaraj: Berkaitan Peraturan 3R, saya katakan kepada kamu bahawa isu kaum, agama dan perkataan kurang sopan pernah digunakan di Kelab Komedi Crackhouse.
Muhammad Asyraf: Saya setuju.
Pada 13 Julai tahun lepas, Siti Nuramira, 27, didakwa melakukan perbuatan itu di Kelab Komedi Crackhouse di Taman Tun Dr Ismail di sini pada 6 petang 4 Jun 2022 mengikut Seksyen 298A (1) (a) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun, jika sabit kesalahan.
Perbicaraan di hadapan Hakim Nor Hasniah Ab Razak bersambung esok.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 20 2023

Siti Nuramira Abdullah, yang dihadapkan ke Mahkamah Sesyen pada 13 Julai lalu atas pertuduhan menyebabkan suasana tidak harmoni dalam kalangan penganut agama Islam hadir ke Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur bagi sebutan kesnya hari ini. -Bernama

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Representasi ketiga pemilik kelab komedi Crackhouse kaji tuduhan masih diteliti - Pendakwaan
AGC masih meneliti representasi ketiga oleh pemilik kelab komedi Crackhouse supaya tiga pertuduhan yang dihadapinya berhubung video yang menyentuh sensitiviti kaum dikaji semula.

Pemilik kelab komedi cabar keputusan DBKL batal lesen perniagaan
Mohamad Rizal dan Shankar selaku pemohon memfailkan permohonan kebenaran semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi di sini pada 24 Nov lepas.

Sudah cuba hubungi Rizal, Siti Amirah tapi belum ada respons - Nasrudin
Nasrudin berkata, kedua-dua pihak individu tersebut masih belum dapat dihubungi dan belum diketahui lagi mengenai status mereka.