MESKIPUN memiliki reputasi besar sebagai penyanyi tersohor tanah air, Datuk Seri Siti Nurhaliza mendedahkan dirinya tiada masalah untuk turut serta membuat persembahan di acara-acara festival muzik.
Menurut Siti, penglibatan di dalam festival muzik ini merupakan salah satu tanda sokongannya terhadap industri seni di negara ini.
“Ada masanya, Siti Nurhaliza pun perlu juga sertai persembahan di muzik festival. Di festival seperti ini, kita digabungkan dengan ramai artis.
“Penglibatan saya ini lebih kepada meraikan dan bersama-sama menunjukkan sokongan terhadap industri muzik tanah air.
“Lagipun, saya menerima pelawaan ini daripada sahabat baik dan suami saya juga sangat rapat dengan Air Asia. Kita pernah sama-sama berkolaborasi dalam bidang perniagaan,” katanya kepada MH.
Penyanyi lagu Cindai itu berkata demikian ketika ditemui di sesi latihan untuk acara Loop Festival yang berlangsung pada Sabtu.
Katanya lagi, dia juga terbuka dan bersedia berbincang dengan mana-mana pihak penganjur sekiranya mereka mempunyai perancangan untuk menjemputnya di acara festival muzik pada masa akan datang.
“Kalau kena dengan caranya, insya-Allah saya akan terima. Saya pun melihat juga pelbagai sudut. Kalau tawaran tersebut tidak bertembung dengan persembahan besar saya, saya akan terima.
“Kebetulan pula saya ada masa sebelum mengadakan konsert di Singapura. Jadi, saya terima juga kerana kedua-dua venue pun jauh.
“Jadi, untuk satu malam sahaja tiada masalah. Lagipun ramai artis dan saya bukan menyanyi seorang diri. Jadi, saya pun nak sokong dan tolong pihak menganjur,” ujarnya lagi.
Pada masa sama, Siti memaklumkan dirinya kini hanya mahu memberikan fokus terhadap dua konsert besar yang akan berlangsung di Singapura dan Genting Highlands.
“Ketika ini, momentum, energi dan adrenalin konsert itu ada lagi. Saya suka kalau kita boleh terus bawa dan kekalkan para konsert-konsert seterusnya.
“Selepas konsert ‘Epitome’, kita ada konsert di Singapura untuk dua malam. Kemudian, selang dua bulan, saya ada konsert di Genting Highlands pula.
“Jadi, fokus saya ketika ini adalah pada konsert sahaja. Alhamdulillah, saya boleh katakan 2024 ini merupakan tahun konsert. Kalau ikutkan, saya ada lima persembahan besar,” kongsinya lagi.
Ditanya mengenai persiapan mental dan fizikal menjelang dua konsert penting itu, ini jawapan Siti: “Ketika konsert Epitome lalu yang berlangsung tiga jam, saya buat persediaan selama sebulan dari segi stamina dan tarian.
“Selepas ini, saya akan ke Korea dahulu dan bila pulang nanti, saya akan buat persediaan untuk konsert di Singapura.
“Jadi, latihan mental dan fizikal saya ini memang berterusan. Saya pun dah mula latihan di gimnasium dan muay thai agar tahap kecergasan saya dapat dikekalkan sampai bulan Ogos nanti,” akhirinya. -Media Hiburan
Media Hiburan
Sat May 11 2024
Menurut Siti (foto), penglibatan di dalam festival muzik ini merupakan salah satu tanda sokongannya terhadap industri seni di negara ini. -Media Hiburan
UCL: PSG bangkit malukan Manchester City di Parc des Princes
PSG melangkah ke tangga ke-22 dalam carta liga, manakala The Citizens turun ke tangga ke-25.
WEF 2025: Chief Economists' Briefing - What to expect in 2025?
The global economy is poised for another year of uncertainty and uneven growth, according to the World Economic Forum’s latest survey of chief economists.
Join this session with leading economists from around the world to discuss the emerging economic landscape and the decisions for business and policy-makers in 2025 and beyond.
Join this session with leading economists from around the world to discuss the emerging economic landscape and the decisions for business and policy-makers in 2025 and beyond.
Insiden tembakan sekolah di Nashville ragut dua nyawa termasuk suspek
Pelajar lelaki berusia 17 tahun melepaskan beberapa das tembakan menggunakan pistol di kafeteria Sekolah Menengah Antioch.
Lelaki ditahan bawa beg berisi anggota badan isteri
Suspek dikatakan tidak menunjukkan sebarang rasa bersalah atau terkejut dengan penemuan itu.
Pemindahan besar-besaran selepas kebakaran baharu meletus berhampiran LA
Kebakaran ini berlaku ketika kawasan Los Angeles masih pulih daripada dua kebakaran besar yang telah mengorbankan lebih 24 orang.
AWANI Pagi: Perpustakaan kreatif, suntik ilmu untuk komuniti
Diskusi AWANI Pagi 8.30 bersama Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS), Datin Paduka Mastura Muhamad mengupas sisi lain peranan perpustakaan untuk membantu komuniti khususnya golongan B40 mendapat akses lebih baik dalam pendidikan.
Siti Mastura bayar saman RM830,000 kepada tiga pemimpin DAP
Siti Mastura telah menyelesaikan pembayaran sebanyak RM830,034.75 dalam bentuk ganti rugi dan kos guaman kepada tiga pemimpin DAP.
Rangkuman Lawatan Delegasi Malaysia ke WEF 2025 di Davos
Saksikan bagaimana delegasi Malaysia mengangkat naratif ASEAN di Forum Ekonomi Dunia (WEF) 2025 di Davos, Switzerland. Selain memacu perbincangan global, delegasi turut memanfaatkan peluang untuk menarik pelaburan dan memperkukuh hubungan perdagangan antarabangsa.
Dialog WEF PM Anwar: Daripada Manchester United, cabaran serantau, hingga imbangi dinamik kuasa besar global
Keupayaan Perdana Menteri mengimbangi perbualan dalam perbincangan beliau mempamerkan kedudukan unik Malaysia dalam diplomasi global.
Tenaga, Ketersambungan, dan Keterangkuman
Sebagai Pengerusi ASEAN 2025, Malaysia, di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, memfokuskan sektor tenaga dan ketersambungan, termasuk Grid Kuasa ASEAN dan teknologi alternatif. Beliau menekankan keterangkuman, pembangunan digital, kecerdasan buatan (AI), dan kerjasama strategik dalam menangani cabaran iklim, ekonomi, dan keamanan serantau.
Umairah kini artis naungan syarikat milik Siti Nurhaliza, SN Legacy
Penyanyi remaja, Ummi Umairah kini artis di bawah pengurusan syarikat milik Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza, SN Legacy.
Siti Nurhaliza tidak endah kecaman, berazam buat yang terbaik
Meskipun bersyukur dengan penghormatan yang diberikan, penyanyi nombor satu negara itu mengakui kekok dengan gelaran tersebut dan lebih selesa dipanggil dengan namanya sendiri, Siti Nurhaliza.
'Selalu cabar diri, cipta nama di luar negara' - Nasihat Siti Nurhaliza buat pelapis baharu
Siti menasihati penyanyi untuk berani mencuba pelbagai jenis genre dan teknik nyanyian bagi menunjukkan kebolehan mereka dan membuka lebih banyak peluang.
Lebar sayap ke Indonesia, Aina Abdul tidak mengalah
Penyanyi, Aina Abdul mengakui kesempatan untuk menempa nama di negara orang adalah merupakan satu impian untuk setiap anak seni.
Pengurus kongsi reaksi pertama Siti Nurhaliza ketika terima berita anugerah Biduanita Negara
Menerusi video berdurasi 2 min 21 saat itu, Siti atau nama penuhnya Siti Nurhaliza Tarudin kelihatan terkejut ketika membaca ucapan yang diterimanya daripada MOTAC Okt lalu.
'Penghormatan besar' - Faizal Tahir teruja jadi artis jemputan konsert Siti Nurhaliza & Judika
Beliau menyatakan rasa terujanya untuk berkongsi pentas dengan dua bintang besar ini dan berharap agar penonton dapat merasai keunikan dan semangat muzik yang dibawanya.
Fahmi ucap tahniah kepada Siti Nurhaliza atas penganugerahan Biduanita Negara
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil mengucapkan tahniah kepada penyanyi nombor satu negara Datuk Seri Siti Nurhaliza Taruddin yang diiktiraf Biduanita Negara.
Diiktiraf Biduanita Negara 2024, Siti Nurhaliza iltizam angkat seni negara
Siti Nurhaliza anggap Anugerah Biduanita Negara antara pengiktirafan terbesar dalam kerjaya seninya hampir 30 tahun.
Siti Nurhaliza dianugerahkan gelaran Biduanita Negara
Penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza dinobatkan sebagai Biduanita Negara selepas menerima Anugerah Khas Biduan Negara.
Siti Nurhaliza beri bayangan bakal buat ‘kejutan’ sempena 30 tahun dalam industri
Selepas tonton filem dokumentari Rossa, Siti Nurhaliza dapat inspirasi untuk berkongsi kisah perjalanan seninya.