ISKANDAR PUTERI: Atlet kayak Siti Nurul Masyitah Md Elias, 22, yang cedera parah selepas dilanggar pemandu mabuk, kini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) di sebuah hospital swasta, di sini.
Abangnya Muhamad Syafiq, 29, berkata adiknya itu telah selesai menjalani pembedahan tulang pelvis dan bahu kanan semalam, dan berada dalam keadaan stabil.
"Dua pembedahan tersebut dilakukan sekali gus dan doktor beritahu pembedahan akan datang adalah untuk pembedahan plastik, sebab kulit adik tidak boleh diambil dari anggota badannya yang lain," katanya ketika ditemui pemberita di hospital itu di sini hari ini.
Beliau berkata kemalangan berlaku ketika adiknya dalam perjalanan ke pusat latihan di Persatuan Kanu Negeri Johor, Bakar Batu di Johor Bahru.
Sementara itu ibu atlet tersebut, Saloma Ramli, 58, berharap agar anak kelimanya itu mendapat pembelaan, selepas ceera parah akibat dilanggar pemandu mabuk.
Ibu lapan anak itu yang patah tulang belakang akibat jatuh motosikal pada 21 April, berkata Siti Nurul Masyitah merupakan seorang anak yang rajin dan sering membantu merawatnya.
"Saya amat sedih dengan kemalangan yang menimpanya dan harapan saya, pelaku tersebut diambil tindakan yang sewajarnya oleh pihak berkuasa," katanya.
Sementara itu Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri Mohd Hairi Mad Shah yang turut melawat atlet tersebut berkata kerajaan negeri, akan terus memantau perkembangannya selain membantu dari segi rawatan.
Beliau berkata Majlis Sukan Negeri (MSN) Johor juga bersedia untuk menampung kos pembelajarannya untuk masa hadapan.
"MSN memaklumkan akan tampung kos pembelajaran selepas beliau sihat sedia kala, kita ada peruntukan khas untuk pembelajaran atlet termasuk untuk menyambung diploma dan ijazah," katanya.
Siti Nurul Masyitah merupakan pelajar semester keenam Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Pembuatan) Politeknik Ibrahim Sultan (Politeknik Ibrahim Sultan) dan merupakan salah seorang atlet kayak dan Dragon Boat Malaysia, yang telah memenangi pingat gangsa Sukan SEA 2023 di Kemboja.
Beliau yang menunggang motosikal, dilanggar dari belakang oleh sebuah Toyota Vios pada Sabtu lepas kira-kira 4.30 petang di kilometer 3.5 Lebuhraya EDL menghala ke Kota Tinggi.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan ACP Raub Selamat dalam kenyataan berkata akibat pelanggaran itu, mangsa mengalami kecederaan retak bahu kanan, tulang pinggul dan luka di bahagian kaki, manakala pemandu kereta tidak mengalami sebarang kecederaan.
Beliau berkata pemandu lelaki berusia 30-an yang positif alkohol itu, telah ditahan dan kes disiasat mengikut Seksyen 44 Akta Pengangkutan Jalan 1987.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 15 2024

Atlet kayak (kiri), Siti Nurul Masyitah yang cedera parah selepas dilanggar pemandu mabuk, kini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi di sebuah hospital swasta. - Foto Sinar Harian

Johor tidak benarkan pelaburan berkaitan pengimportan e-waste
Kerajaan negeri tidak akan membenarkan sebarang pelaburan membabitkan pengimportan sisa elektrik dan elektronik (e-waste) ke negeri ini.

Peningkatan titik panas isyarat awal ancaman jerebu rentas sempadan di Asia Tenggara
Kebakaran hutan secara sporadik di Asia Tenggara memberi isyarat tentang jerebu berbahaya, yang boleh membawa kesan besar terhadap ekonomi dan masyarakat, mengingatkan kepada episod jerebu pada 1997.

KPDN perketat pemeriksaan harga, usaha tangani pencatutan sempena Ramadan
Ia bagi memastikan peniaga tidak mengambil kesempatan mencatut atau membuat kenaikan harga yang tidak selaras dengan perundangan pencatutan.

Lantikan pegawai khas untuk lancarkan proses pentadbiran kerajaan - MB Perak
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata pelantikan Pegawai Khas Menteri Besar di 26 kawasan yang diwakili pembangkang di negeri itu, bertujuan untuk melancarkan tugas dan tanggungjawab

Kanak-kanak OKU didera: Taska didapati beroperasi tidak ikut peraturan
Pemeriksaan awal mendapati premis terbabit didaftarkan sebagai tadika dan tidak dibenarkan beroperasi sebagai taska serta menerima kanak-kanak berumur empat tahun ke bawah.
Bazar Ramadan MPAJ bermula 27 Februari
Bazar Ramadan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) akan beroperasi lebih awal iaitu bermula 27 Februari ini.
Ismail Sabri dalam keadaan stabil
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ismail Sabri Yaakob dikejarkan ke pusat perubatan swasta pada tengah malam tadi.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.

Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula - Loke
Loke memaklumkan antara langkah diambil Prasarana bagi mengelakkan kejadian sebegini berulang.

Aksi final Piala Malaysia pada 12 April di SNBJ - MFL
Tarikh ini dipilih selepas mengambil kira kesesuaian kalendar Liga Malaysia dan penglibatan JDT dalam Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), serta ketersediaan venue SNBJ.
AWANI Ringkas: Barangan basah hadapi masalah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Siti Nurul Masyitah ditempatkan di ICU - Keluarga
Atlet kayak Siti Nurul Masyitah Md Elias, 22, yang cedera parah selepas dilanggar pemandu mabuk, kini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) di sebuah hospital swasta, di sini.

Polis sahkan Siti Nurul Masyitah terbabit kemalangan
Siti Nurul Masyitah yang merupakan pelajar Jabatan Kejuruteraan Mekanikal PIS mengalami kecederaan yang serius.