JOHOR BAHRU: Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris Shah menitiskan air mata mengenangkan nasib menimpa rakyat Palestin di bumi Gaza ketika ini, pada satu majlis ramah mesra bersama pelajar-pelajar Palestin di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Sabtu.
Menurut hantaran di Facebook rasmi The Royal Johor, baginda yang juga Canselor UTM telah berkenan berangkat ke majlis itu bersama isteri Tunku Mahkota Johor Che' Puan Besar Khaleeda Bustamam yang juga Pro-Canselor UTM.
Hadir sama Naib Canselor UTM Prof. Datuk Dr Ahmad Fauzi Ismail.
Pada sesi dialog bersama pelajar berkenaan, baginda bertitah bahawa baginda sentiasa mengikuti perkembangan semasa di bumi Gaza.
"Sejak 8 Oktober lalu, saya mengikuti berita di dalam media sosial mengenai situasi semasa di Palestin. Saya berasa amat sedih melihat apa yang sedang berlaku ketika ini.
"Menerusi majlis hari ini, para pelajar berkongsi pengalaman yang dilalui sewaktu berada di Palestin serta menyuarakan apa yang boleh dibantu dunia," titah Permaisuri Johor.
Pada sesi itu, beberapa pelajar Palestin turut berkongsi bahawa ketika ini bukan sahaja ribuan rakyat di Gaza mengalami kecederaan, malah berdepan krisis bekalan makanan dan air.
Selain itu, mereka turut menyatakan kebimbangan mengenai keadaan keluarga masing-masing disebabkan tiada kemudahan Internet dan bekalan elektrik.
Seramai 31 pelajar dari Palestin itu sedang mengikuti pengajian di UTM pada peringkat sarjana muda, sarjana dan doktor falsafah (PhD).
Sementara itu, Ahmad Fauzi berkata majlis itu sedikit sebanyak memberi kelegaan kepada pelajar Palestin selain memberitahu bahawa UTM sentiasa bersama mereka dalam apa jua keadaan.
Pertempuran terkini melibatkan Hamas, pihak berkuasa di Gaza, dan rejim Israel sejak 7 Okt lepas, telah mengakibatkan kehilangan ribuan nyawa kedua-dua belah pihak.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Oct 22 2023

Rakyat Palestin lakukan usaha mencari dan menyelamat mangsa di sebuah bangunan yang musnah akibat serangan tentera Zionis Israel di Rafah. - Foto AP

KPDN perketat pemeriksaan harga, usaha tangani pencatutan sempena Ramadan
Ia bagi memastikan peniaga tidak mengambil kesempatan mencatut atau membuat kenaikan harga yang tidak selaras dengan perundangan pencatutan.

Lantikan pegawai khas untuk lancarkan proses pentadbiran kerajaan - MB Perak
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata pelantikan Pegawai Khas Menteri Besar di 26 kawasan yang diwakili pembangkang di negeri itu, bertujuan untuk melancarkan tugas dan tanggungjawab

Kanak-kanak OKU didera: Taska didapati beroperasi tidak ikut peraturan
Pemeriksaan awal mendapati premis terbabit didaftarkan sebagai tadika dan tidak dibenarkan beroperasi sebagai taska serta menerima kanak-kanak berumur empat tahun ke bawah.
Bazar Ramadan MPAJ bermula 27 Februari
Bazar Ramadan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) akan beroperasi lebih awal iaitu bermula 27 Februari ini.
Ismail Sabri dalam keadaan stabil
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ismail Sabri Yaakob dikejarkan ke pusat perubatan swasta pada tengah malam tadi.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.

Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula - Loke
Loke memaklumkan antara langkah diambil Prasarana bagi mengelakkan kejadian sebegini berulang.

Aksi final Piala Malaysia pada 12 April di SNBJ - MFL
Tarikh ini dipilih selepas mengambil kira kesesuaian kalendar Liga Malaysia dan penglibatan JDT dalam Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), serta ketersediaan venue SNBJ.
AWANI Ringkas: Barangan basah hadapi masalah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Provokasi AS semakin serius di bawah kepimpinan Trump - Pyongyang
Kementerian Pertahanan Korea Utara mendakwa provokasi ketenteraan oleh Amerika Syarikat dan sekutunya semakin serius di bawah pentadbiran Donald Trump.
Dua kanak-kanak Palestin maut ditembak di belakang
Defense for Children menjelaskan kedua-dua kanak-kanak itu disasarkan secara tiba-tiba dan tanpa amaran dari arah belakang oleh tentera zionis yang berada dalam kenderaan berperisai.

Situasi di Palestin meruntun hati Permaisuri Johor
Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris Shah menitiskan air mata mengenangkan nasib menimpa rakyat Palestin di bumi Gaza ketika ini.