KUALA LUMPUR: Pemain skuasy wanita negara S Sivasangari dinobatkan sebagai Atlet Terbaik Bulan April oleh The World Games sebagai mengiktiraf pencapaian cemerlangnya merangkul juara sulung kejohanan London Classic dengan mengalahkan pemain terbaik dunia, bulan lepas.
Menurut hantaran di Facebook The World Games, pengiktirafan itu berdasarkan inspirasi daripada kerja kerasnya untuk mengatasi kesukaran demi mencapai kejayaan luar biasa selepas melalui situasi sukar dan mencabar.
"Sivasangari yang menduduki ranking ke-13 dunia memenangi kejohanan berprestij GillenMarkets London Squash Classic, menewaskan pemain nombor satu dunia Nour El Sherbini (Mesir) di suku akhir, ranking keempat Nele Gilis (Belgium) di separuh akhir dan pemain kedua dunia Hania El Hammamy (Mesir) di final.
"Dan semua ini berlaku hanya dua tahun selepas beliau mengalami kemalangan yang mengancam nyawa, dengan kecederaan teruk di kepala, tulang belakang serta lehernya, malah doktor juga bimbang kemungkinan beliau tidak dapat berjalan lagi. Namun, beliau sudah berjalan dan menang," menurut kenyataan itu.
Selaku penerima anugerah Atlet Terbaik Bulanan Sivasangari akan menerima diploma dan hadiah berjenama.
Pada Sabtu lepas, PSA World Tour menamakan Sivasangari sebagai Pemain Terbaik Bulan Mac/April.
Pada 2022, Sivasangari mengalami kecederaan parah selepas terlibat dalam kemalangan yang sekali gus menyebabkan beliau tidak dapat menyertai Sukan Komanwel Birmingham 2022.
Prestasi luar biasa pemain berusia 25 tahun menyaksikan Sivasangari muncul pemain skuasy wanita kedua memenangi gelaran di kejohanan tahap Emas selepas Datuk Nicol David melakukannya di Terbuka Hong Kong 2015.
Sivasangari memenangi dua pingat emas di Sukan Asia Hangzhou 2022, selain menjuarai kejohanan jelajah dunia PSA tahap Gangsa, Hong Kong Football Club Open pada November tahun lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 06 2024
Sivasangari dinobatkan sebagai Atlet Terbaik Bulan April oleh The World Games sebagai mengiktiraf pencapaian cemerlangnya merangkul juara sulung kejohanan London Classic dengan mengalahkan pemain terbaik dunia, bulan lepas. - Foto FB The World Games
Kedutaan Malaysia di Bangkok bantu cari warga Sarawak yang hilang
Beliau mengarahkan pasukannya untuk bekerjasama dengan keluarga Andy Jee Ying Kit, yang dilaporkan tiba di Bangkok pada 8 Januari.
Sebagai Pengerusi ASEAN, Malaysia beri tumpuan kepada tenaga, ketersambungan - PM Anwar
Selain itu, Anwar berkata, ASEAN juga akan melibatkan diri secara membina dengan kuasa global utama sambil melindungi kedaulatannya.
Penalti Safawi bantu TFC atasi PSM Makassar FC 1-0
Dengan kemenangan itu, TFC menduduki tangga kedua kumpulan dengan berkongsi tujuh mata bersama PSM Makassar.
Warga asing terlibat kebakaran kilang gas meninggal dunia
Mangsa mengalami kesan kebakaran tahap tiga dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Hospital Tunku Ampuan Rahimah, Klang.
ASEAN ambil pendekatan berhati-hati dalam isu Myanmar, kritikal untuk pastikan keamanan - PM Anwar
Pendekatan ASEAN bukanlah dalam bentuk menguatkuasakan sistem tertentu, sebaliknya memastikan wujudnya keterangkuman dan keamanan.
Sarawak kuat kuasa perintah vaksinasi antirabies baharu
Dr Rundi berkata semua anjing di Sarawak kini diwajibkan untuk menjalani vaksinasi antirabies dan menerima suntikan penggalak tahunan.
Prabowo puji kabinetnya atas komitmen pada tiga bulan pertama
Beliau menekankan komitmen dan etika kerja menteri dan timbalan menteri, serta memberi penekanan kepada fokus berkhidmat untuk rakyat.
Kelahiran bayi di Korea Selatan pada November tertinggi dalam 14 tahun
Ini merupakan kenaikan tahun ke tahun terbesar sejak November 2010, apabila kelahiran meningkat sebanyak 17.5 peratus.
Sarawak perlukan tenaga kerja berkemahiran tinggi dan inovatif - Abang Johari
Untuk mencapai matlamat itu, Sarawak akan memberi tumpuan kepada pelaburan dalam pendidikan dan pembangunan kemahiran.
Thailand lancar video AI untuk pulihkan keyakinan pelancong China
Video tersebut bertujuan untuk memulihkan kepercayaan dan keyakinan pelancong China terhadap keselamatan di Thailand.
Yiwen umum bersara selepas 10 tahun wakili negara
Pemain skuasy wanita negara Chan Yiwen mengambil keputusan untuk meninggalkan skuad kebangsaan semalam selepas 10 tahun mengharumkan nama negara dalam sukan itu.
Sivasangari dinobatkan Atlet Terbaik April oleh The World Games
Ia sebagai mengiktiraf pencapaian cemerlangnya merangkul juara sulung kejohanan London Classic dengan mengalahkan pemain terbaik dunia, bulan lepas.
Sivasangari rangkul Trofi Tuanku Muhriz 2023
Sivasangari hanya mengambil masa 27 minit untuk mengetepikan cabaran Aira dengan kemenangan straight set 11-8, 11-8, 11-9 untuk merangkul gelaran sulungnya musim ini.