SRI AMAN: Selepas lebih 60 tahun, Sekolah Kebangsaan (SK) Nanga Klassen, Sri Aman, Sarawak kini berwajah baharu dengan infrastruktur bangunan yang lebih kondusif dan moden
Ia salah satu projek pembinaan semula bangunan daif sekolah di Sarawak yang dibiayai melalui peruntukan RM1 bilion, iaitu satu bentuk mekanisme khusus yang telah dipersetujui secara bersama oleh Kementerian Kewangan dengan kerajaan Sarawak.
Pengarah Pendidikan Sarawak Dr Azhar Ahmad, berharap kerjasama ini akan diteruskan bagi membatu pembangunan sekolah daif di negeri itu.
"Kita harap Kementerian dan kerajaan akan dapat meneruskan perjuangan ini usaha untuk meningkatkan kualiti pembangunan pendidikan di negeri Sarawak khususnya bagi sekolah sekolah yang mempunyai bangunan daif di seluruh negeri ini.
"Kita juga berharap semoga kerjasama di antara kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri yang sedia terjalin akan dapat di perkukuhkan," katanya.
Sementara itu Yang DiPertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK) Nanga Klassen, Encarang Dingin berharap transformasi itu diharap akan meningkatkan kemasukan pelajar ke sekolah berkenaan pada tahun hadapan.sekaligus membuka peluang perkembangan komuniti luar bandar yang lebih berdaya saing serta berpendidikan.
"Sekolah ini ditubuhkan dalam tahun 1958 , keadaan dulu memang susah jika dibandingkan dengan sekarang.
"Saya dahulu bersekolah di sini dan sehingga saya masuk sekolah menengah pun keadaan masih tidak beberapa elok.
"Tapi sekarang kita tahu keadaannya sudah beerubah dan saya amat bersyukur kepada Kerajaan Malaysia dan Sarawak kerana memberi bangunan di Kampung Klassen ini, ujarnya.
Dalam pada itu Setiausaha Bahagian Pembangunan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Datuk Masyati Abang ibrahim berkata kementerian amat komited memastikan infrastruktur pendidikan berada dalam keadaan yang selamat serta kondusif untuk sesi pengajaran dan pembelajaran.
Ini katanya selaras dengan Tujuh Teras Nadi Keunggulan KPM iaitu teras keenam Ubah Suai dan Naik Taraf bangunan daif di sekolah seluruh negara terutamanya Sabah dan Sarawak
"Dari segi statusnya dari tahun 2016 iaitu dari tahun pemulaan kita melaksanakan projek baik pulih bangunan daif di sekolah sekolah sehingga pada tahun ini 2023 KPM telah diluluskan sebanyak 996 projek pembinaan semula bangunan daif di sekolah di seluruh negara dengan kos peruntukan 6.5 bilion," jelasnya.
Meskipun pelbagai kekangan dan cabaran yang harus dihadapi terutamanya faktor bentuk muka bumi lokaliti dan aksesibiliti di kawasan pedalaman, namun KPM optimis sinergi antara kementerian dan rakan strategik iaitu agensi pelaksana JKR Malaysia, JKR Sarawak dan JKR Sabah dapat memantau rapi dan mengambil tindakan intervensi agar pelaksanaan projek berjalan lancar dan bangunan dapat disiapkan serta diserahkan kepada pihak sekolah dengan segera.
Astro Awani
Wed Aug 23 2023

Pengarah Pendidikan Negeri Sarawak, Dr Azhar Ahmad (dua dari kiri) ketika melawat keadaan pembangunan sekolah daif di Sk Nanga Klassen. - Facebook/Sk Ng Klassen, Sri Aman
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Tiada 'Error 404' pun, 'dashboard' Projek Daif dapat diakses
Ianya bertentangan dengan apa yang dinyatakan oleh Ahli Parlimen Simpang Renggam yang mendakwa dashboard berkenaan tidak dapat diakses.

PRN Sabah: Paluan gendang pilihan raya bermula, harapan rakyat setinggi Kinabalu
Paluan gendang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah bermula dengan rasminya. Seramai 447 calon diumumkan bertanding pada PRN Sabah kali ini.

"Mungkin Maszlee ada kelemahan, itu normal" - Abang Jo
Abang Jo mengaku hubungannya dengan Dr Maszlee sebelum ini berlangsung baik, malah telah beberapa kali bertemu dalam kunjungan hormat bekas Menteri Pendidikan itu ke Sarawak.