Saksi keempat dalam kes perbicaraan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) membabitkan Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak, Norhaina Hirawani Mohd Noor, 41, menjelaskan bekas perdana menteri itu pernah menggunakan perkhidmatan syarikat miliknya ketika menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri.
Dalam pemeriksaan utama oleh pihak pendakwaan, Norhaini menjelaskan syarikat Orb Solution Sdn Bhd iaitu sebuah syarikat pembangunan aplikasi dan strategi komunikasi mula ditubuhkan pada 2008 bagi memberi perkhidmatan digital kepada bekas perdana menteri itu.
“Ia termasuklah menguruskan akaun media sosial dan imejnya secara dalam talian. Perkhidmatan itu bertujuan bagi memudahkan Najib berhubung dengan orang awam secara tidak formal,” katanya.
Menjawab pemeriksaan utama, Norhaina turut menjelaskan beliau yakin pihaknya menerima bayaran cek tunai berjumlah RM2 juta dari Najib beberapa tahun lalu.
Ia bagi pembayaran perkhidmatan digital termasuk sewaan, utiliti dan gaji.
Terdahulu, saksi pertama Datuk Dr Farizah Ahmad yang juga Setiausaha Bahagian Kanan Bahagian Kabinet dan Perlembagaan Jabatan Perdana Menteri tampil memberi keterangan.
Ia diikuti saksi kedua Natasha Rahimah Haryati Mohamad yang menjelaskan Bekas Perdana Menteri itu mendapat pemberian khas berjumlah RM1 juta selepas melepaskan jawatan sebagai Perdana Menteri pada Mei 2018.
Beliau turut mendedahkan jumlah gaji yang diterima Najib bagi tempoh April 2009 hingga Mei 2018 berjumlah RM58,602.15.
Ketika ditanya Ketua Pendakwaan Datuk Seri Gopal Sri Ram, Natasha mengesahkan beliau mempunyai akses ke atas maklumat pendapatan tahunan dan penyata gaji bekas perdana menteri itu.
Saksi ketiga Farah Nurdiana Azhar Pegawai Tadbir Bahagian Hal Ehwal Ahli Parlimen Malaysia pula mendedahkan elaun bulanan diterima bekas perdana menteri itu bermula 1 Januari 2015 berjumlah RM19,846,59.
Pembayaran bagi elaun berkenaan dibayar ke atas penama dan akaun AmBank milik Najib.
Bagaimanapun dalam pemeriksaan balas pihak pembelaan, Farah mengesahkan beliau tidak mengetahui sebarang bayaran di luar parlimen.
Dua lagi saksi bagaimanapun tidak dapat hadir dalam pemeriksaan utama.
Najib menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dalam dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah wang yang sama.
Perbicaraan disambung semula esok di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
Fareez Azman
Wed Aug 28 2019
Datuk Seri Mohd Najib tiba di perkarangan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi menghadapi perbicaraan berhubung skandal 1MDB. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar
Anwar cadang Turkiye sebagai rakan dialog ASEAN
Malaysia, selaku pengerusi ASEAN mencadangkan agar Turkiye dimasukkan sebagai rakan dialog ASEAN.
Projek SOGIP RM8.88 bilion pemangkin sabah jadi hab tenaga Asia Tenggara
Sabah dijangka muncul sebagai hab tenaga utama di Asia Tenggara susulan pelancaran projek hab tenaga minyak dan gas (OG) bernilai RM8.88 bilion di Taman Perindustrian Minyak dan Gas Sipitang (SOGIP).
Laksana tanggungjawab pastikan isu rakyat ditangani segera
Semua penjawat awam diminta melaksanakan tanggungjawab bagi memastikan isu-isu berkaitan rakyat ditangani dengan baik dan segera.
Proses pembersihan SK Nanga Selangau disertai tentera
Proses pembersihan SK Selangau yang terjejas teruk akibat banjir giat dijalankan bagi mempersiapkannya menghadapi musim persekolahan yang akan bermula minggu hadapan.
Tindakan Israel di Palestin adalah "projek kolonisasi" - Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan pendirian tegas Malaysia mengenai isu Palestin, mengutuk tindakan Israel sebagai satu "projek kolonisasi".
Penduduk Segama giat bersihkan rumah dan buang barang rosak
Kru AWANI Borneo berkesempatan meninjau para penduduk yang giat membersihkan rumah masing-masing agar kembali selesa untuk didiami.
Pelancongan: Indonesia catat pertumbuhan ketara pada 2024
Indonesia menerima ketibaan 13.9 juta pelancong asing pada 2024, mencatat peningkatan ketara berbanding 11.68 juta pelawat pada 2023.
Ditahan ISA kerana mahu serang orang Islam
Seorang remaja Singapura berusia 18 tahun ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana didapati ingin melakukan serangan terhadap masyarakat Melayu/Islam di Singapura.
Penipuan pinjaman peribadi: Pegawai institusi kewangan antara tujuh ditahan
Polis menahan tujuh individu termasuk seorang pegawai wanita sebuah institusi kewangan semalam kerana disyaki menipu untuk mendapatkan pembiayaan peribadi berjumlah RM1.325 juta.
Presiden Senat Kemboja berkata plot serangan dron ke atas rumah agamnya digagalkan
Hun Sen, yang juga presiden Parti Rakyat Kemboja yang memerintah, berkata seorang daripada perancang ditangkap di wilayah selatan Takeo.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 10 Februari 2025.
1MDB: Saya tak dengar perbualan bantuan dana antara Najib dan Raja Arab Saudi - Saksi
Bekas Duta Malaysia ke Arab Saudi hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa beliau tidak mendengar perbualan berkaitan bantuan dana yang dibincangkan Najib dan Raja Arab Saudi.
Himpunan lebih besar akan digerakkan - Bersih
Kerajaan MADANI digesa bertindak bagi melaksanakan janji reformasi terutamanya tiga tuntutan yang diminta.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 24 Januari 2025.
Kes 1MDB: Najib akui pengalamannya dalam korporat minimum, sebelum sertai politik
Najib memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa pengalamannya dalam tadbir urus korporat adalah minimum, sebelum beliau memulakan kerjaya politiknya.
Panggilan kepada Putera Mahkota UAE untuk dokumenkan pinjaman Riza Aziz - Najib
Najib berkata panggilan telefon itu bertujuan untuk mendokumenkan pinjaman yang diperoleh anak tirinya Riza Aziz daripada Aabar Investments PJS.
Mahkamah Rayuan tetapkan 2 Julai untuk dengar rayuan Najib saman Tommy Thomas
Mahkamah Rayuan menetapkan 2 Julai ini untuk mendengar rayuan Datuk Seri Najib Tun Razak bagi mengembalikan semula saman RM1.9 juta terhadap bekas Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas.
Najib guna panggilan telefon untuk pengaruh 1MDB jalin usaha sama dengan PSI - Pendakwaan
Pihak pendakwaan dalam perbicaraan Najib di Mahkamah Tinggi mendakwa bekas Perdana Menteri itu menggunakan panggilan telefon untuk memberi tekanan kepada 1MDB supaua membentuk usaha sama dengan PSI.
Najib mengaku bersemuka, tidak selesa gaya hidup mewah Jho Low
Semasa pemeriksaan balas oleh Mohamad Mustaffa, Najib berkata beliau tidak selesa dengan gaya hidup Jho Low dan bersemuka dengannya berhubung perkara itu.
Najib mengaku guna bantuan Jho Low
Najib mengaku di Mahkamah Tinggi bahawa beliau bergantung kepada Jho Low untuk membantu pegawai khasnya meninjau projek berpotensi menjana kekayaan.