KUALA LUMPUR: Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini membuat laporan polis terhadap Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Abdul Latiff Ahmad berkaitan skandal perolehan kapal tempur pesisir (LCS).
Menurut Pengarah Strategi PKR, Akmal Nasrullah Mohd Nasir, laporan polis itu dibuat bagi meminta pihak polis menjalankan siasatan terperinci terhadap kes terbabit terutama melibatkan Abdul Latiff.
"Pertama adalah soal aliran wang yang berlaku atau money trail, sebagaimana kita tahu kontrak melibatkan LCS melibatkan beberapa lapisan dan syarikat, manakala kita tahu juga syarikat ini ada syarikat palsu seakan-akan syarikat di luar negara.
"Money trail pasti ada, duit telah dikeluarkan sehingga RM210 juta maksud transaksi telah berlaku, sekiranya dana tersebut dan wang tersebut tidak dimasukkan kepada syarikat sebenarnya. Mana duit itu hilang?" soal beliau.
Akmal Nasrullah berkata demikian ketika ditemui media selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, di sini, pada Isnin.
Mengulas lanjut, kata Akmal Nasrullah, Abdul Latiff juga seharusnya mengisytiharkan harta beliau bagi membantu siasatan.
"Kalau kita lihat penjelasan mantan Timbalan Menteri Pertahanan tersebut (Abdul Latiff) menyebutkan bahawa beliau menjadi timbalan menteri sehingga tahun 2013, manakala kontrak LCS ditamatkan pada tahun 2014.
"Yang ini saya bagi pihak saya sendiri kita nak tengok sama ada kalau nak kata selaku Timbalan Menteri Pertahanan ketika itu langsung tidak tahu akan kontrak LCS, langsung tidak tahu projek dilaksanakan itu, suatu yang agak luar biasa," jelasnya.
Turut dipersoal, sama ada Abdul Latiff tidak mengetahui akan projek perolehan itu meskipun beliau menjawat jawatan kedua tertinggi dalam Kementerian Pertahanan ketika itu.
"Maksudnya kalau rancangan itu, letter of intent itu ditandatangani sejak tahun 2013, maksudnya yang kita syaki.
"Kita harapkan pihak polis dapat bantu adalah mengesan sebarang elemen conflict of interest kerana beliau sebagai pemegang amanah dan penjawat awam, beliau pasti tahu selaku timbalan menteri tentang perancangan ini.
"Mana mungkin sampai masa dia kata dia tak terlibat, perkara ketiga kalau kita tengok dari sudut Timbalan Menteri Pertahanan ketika itu, mahupun kalau nak diinilai beliau sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri ketika ini, beliau perlu mengisytiharkan harta beliau," katanya lagi.
Fareez Azman
Mon Aug 29 2022

Menurut Akmal Nasrullah Mohd Nasir, laporan polis itu dibuat bagi meminta pihak polis menjalankan siasatan terperinci terhadap kes terbabit terutama melibatkan Abdul Latiff Ahmad. - Gambar fail
Kuda jatuh gaung berjaya diselamatkan
Anggota bomba di daerah Orange, California bertungkus lumus menyelamatkan seekor kuda yang terjatuh ke dalam gaung pada Jumaat.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Lebih 700,000 penyu mendarat di pantai Rushikulya India
Lebih 700,000 ekor penyu spesies Olive Ridley mendarat di pantai Rushikulya yang terletak di timur Odisha, India. Ia rekod terbaharu penetasan penyu atau digelar oleh masyarakat tempatan sebagai fenomena 'Arribada' di pantai itu.
'Indonesia gelap' cerminan tekanan pemerintahan Prabowo
Kepimpinan awal Presiden Prabowo Subianto dalam pentadbiran kerajaan Republik Indonesia menyaksikan penentangan dalam kalangan mahasiswa negara itu. Ia selepas pemotongan bajet terutama melibatkan sektor pendidikan dan kebajikan mahasiswa di negara itu. Salah seorang peserta yang terlibat dalam protes 'Indonesia Gelap' berkata Subianto melakukan keputusan yang buruk dalam pengenalan polisi-polisi kerajaannnya.
Pangkalan data salah laku polis Amerika ditutup
Pangkalan data di seluruh negara yang menjejaki salah laku pegawai polis Amerika Syarikat telah ditutup berikutan arahan Presiden Donald Trump. Menurut notis di laman web Jabatan Kehakiman Amerika, menyatakan Trump telah membatalkan perintah eksekutif yang ditandatangani bekas Presiden Joe Biden menyebabkan Pangkalan Data Akauntabiliti Penguatkuasaan Undang-undang Kebangsaan (NLEAD) dihentikan operasinya.
Pembinaan Gaza dibawah 'pengawasan penuh' negara-negara Arab
Arab Saudi menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza. Pemimpin dari Mesir, Jordan dan negara Teluk menghadiri mesyuarat di Riyadh itu.
Bekas pegawai 1MDB syor siasatan diteruskan
Seorang Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesyorkan siasatan lanjut diteruskan mengenai ketulenan empat surat derma US$681 juta kepada Datuk Seri Najib Tun Razak yang didakwa diterima daripada keluarga diraja Arab Saudi.
10 Berita Pilihan - (21 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Sabtu – 22 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kerajaan kutip RM46 juta menerusi nombor pendaftaran istimewa
Kerajaan berjaya mengutip kira-kira RM46 juta menerusi jualan nombor pendaftaran istimewa (NPI) pada tahun lalu.
Kerajaan setuju kaji pemberian geran perkapitan berdasarkan bilangan penduduk
Kerajaan bersetuju untuk mengkaji semula pemberian geran perkapita kepada kerajaan negeri berdasarkan bilangan penduduk di setiap negeri
![[EKSKLUSIF] Zainab Mohd Salleh tampil jelas dakwaan isteri kedua Dr Abdul Latiff, tuntut Rafizi mohon maaf [EKSKLUSIF] Zainab Mohd Salleh tampil jelas dakwaan isteri kedua Dr Abdul Latiff, tuntut Rafizi mohon maaf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/41679630130_ZainabRafizi.jpg)
[EKSKLUSIF] Zainab Mohd Salleh tampil jelas dakwaan isteri kedua Dr Abdul Latiff, tuntut Rafizi mohon maaf
Buat pertama kali, Zainab Mohd Salleh yang namanya disebut Rafizi dalam siasatan projek LCS semasa kempen PRU15 bertemu wartawan.

Dituduh terlibat dalam skandal LCS, Zahid pertimbang saman Raja Petra
Zahid cabar Raja Petra kemuka bukti atas tuduhan liar itu.

Skandal LCS: Kenyataan Mindef dan BHIC bercanggah - PAC
PAC mendapat maklumat berbeza daripada Mindef dan BHIC mengenai pemadaman beberapa perenggan laporan forensik berkaitan perolehan LCS.

Skandal LCS: SPRM perlu lebih masa untuk siasatan menyeluruh - Azam
Siasatan yang dilakukan SPRM tidak hanya tertumpu kepada perkara membabitkan tadbir urus semata-mata.

Amanah gesa PAC siasat kelewatan penyerahan kapal OPV milik Maritim Malaysia
Mujahid minta siasat kelewatan penyerahan kapal peronda luar pesisir (OPV) milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).

Dakwaan Rafizi: Polis sudah ambil keterangan Abdul Latiff
Abdul Latiff tegaskan Rafizi berbohong dalam kenyataannya demi kepentingan politik.

Skandal LCS: Abdul Latiff perlu isytihar harta, bantu siasatan jika tidak terlibat - Akmal Nasrullah
Selaku Timbalan Menteri Pertahanan ketika itu, agak luar biasa jika Abdul Latiff tidak tahu mengenai kontrak LCS, dakwa Pengarah Strategi PKR.

Skandal LCS: Rafizi dakwa isteri Dr Latiff terlibat
Rafizi mendakwa, isteri kedua Dr Latiff terlibat dengan dua syarikat yang terlibat, iaitu Alizes Marine Limited, dan Alizes Marine Labuan.

Skandal LCS: Rakyat berhak tahu, kerajaan perlu telus - PM
Rakyat berhak mendapat penjelasan berhubung isu pembekalan kapal tempur pesisir (LCS) dan kerajaan tidak akan berselindung dalam hal ini kerana ia berkait soal integriti.

Skandal LCS: PH janji akan sambung siasatan, laksana strategi Kertas Putih Pertahanan
Sekiranya kembali berkuasa, PH akan pastikan pasukan pertahanan negara dibekal kelengkapan yang sesuai dan terbaik.