KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Siasatan Tadbir Urus, Perolehan dan Kewangan Kerajaan (JKSTUPKK) berhubung projek pembinaan kapal tempur pesisir (LCS) mendapati Kementerian Pertahanan (Mindef) tidak mengutamakan kepentingan dan pandangan pihak Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).
JKSTUPKK menerusi laporan siasatan yang dinyahklasifikasikan hari ini memaklumkan Mindef lebih cenderung dengan saranan daripada Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS).
Laporan itu mendedahkan kaedah penetapan pemilihan reka bentuk, Sistem Pengurusan Tempur (CMS) dan sebahagian peralatan utama adalah berdasarkan kepada syor dan pandangan BNS.
"Keputusan tersebut tidak memihak kepada TLDM selaku pengguna akhir yang sewajarnya lebih arif dalam menentukan peralatan yang dipilih menepati spesifikasi dan keperluan operasi," menurut laporan itu.
Selain itu, Jawatankuasa Siasatan berpendapat rundingan harga yang diadakan berdasarkan tawaran BNS adalah tidak realistik kerana BNS menawarkan harga perolehan projek dalam tempoh selang sehari iaitu pada 15 dan 16 Okt 2012 dengan perbezaan sebanyak RM224.59 juta.
BACA: Skandal LCS: Tiada dana tambahan untuk kapal pertama - Hishammuddin
BACA: Skandal LCS: Zahid setuju ubah reka bentuk LCS selepas disyor BNS
"Walaupun tawaran harga pertama telah dirundingkan kepada RM9.472 bilion, BNS telah menawarkan harga yang kedua melebihi daripada harga yang telah dirundingkan iaitu RM10.300 bilion.
"Proses rundingan harga berlarutan sehingga sembilan bulan untuk dimuktamadkan bagi mendapatkan kelulusan MOF. Ini kerana kesukaran untuk mendapatkan persetujuan bersama antara Mindef dan BNS di mana akhirnya elemen Integrated Logistic Support dikeluarkan daripada skop kontrak kecuali on board spares, FONS, dokumentasi dan latihan," menurut laporan itu.
Sementara itu, Jawatankuasa Siasatan turut mendapati penetapan berkenaan Liquidated Damages (LD) (ganti rugi jumlah tertentu) sehingga maksimum 12 bulan merugikan kerajaan kerana tuntutan LD tidak boleh dikuatkuasakan bagi kelewatan melebihi 12 bulan.
"Ini jelas menunjukkan peruntukan syarat berhubung LD ini telah tidak menjaga kepentingan kerajaan dan malahan kelak akan menyebabkan kehilangan hasil negara bagi kelewatan penyerahan kapal melebihi 12 bulan.
"Sehingga sekarang LCS1 telah mengalami kelewatan sebanyak tiga bulan dari tarikh penyerahan yang ditetapkan iaitu April 2019. Ini bermakna, LD hanya dikenakan selepas 12 bulan kelewatan iaitu April 2020," menurut laporan itu.
Dalam pada itu, Jawatankuasa Siasatan juga menjangkakan kos pembinaan enam LCS terbabit akan terus meningkat susulan pertukaran peralatan utama yang turut melibatkan implikasi masa tambahan penyerahan kapal.
"Berdasarkan surat syarikat BNS bertarikh 16 Julai 2019, bagi menyiapkan pembinaan keenam-enam kapal LCS, ia memerlukan anggaran tambahan kos sebanyak RM1.416 bilion yang terdiri daripada kos langsung berjumlah RM58.41 juta dan juga kos tidak langsung berjumlah RM1.358 bilion ekoran pertukaran peralatan dan jadual pelaksanaan.
"Kos tidak langsung melibatkan pelanjutan tempoh Basic Design, Design Authority, jadual penghantaran peralatan, waranti, insurans dan kos kewangan serta sumber lain menjadikan anggaran keseluruhan kos projek berjumlah RM11.145 bilion sehingga laporan ini dikemukakan," menurut laporan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 17 2022

JKSTUPKK memaklumkan Mindef lebih cenderung dengan saranan daripada Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS). - Gambar/ FB Hishammuddin Hussein
Sekatan bantuan akan musnahkan kehidupan rakyat Gaza - UNICEF
Tegas Pengarah Serantau UNICEF untuk Asia Barat dan Afrika Utara, Edouard Beigbeder,
sekatan bantuan tersebut akan merosakkan operasi menyelamatkan nyawa untuk orang awam.
sekatan bantuan tersebut akan merosakkan operasi menyelamatkan nyawa untuk orang awam.
Hamas penuhi komitmen perjanjian - Pegawai Kanan
Menurut laporan Al Jazeera, Osama Hamdan berkata pihaknya "komited kepada perjanjian" dan ingin melihat perjanjian tersebut diteruskan ke peringkat kedua.
Lebih 2,000 bomba giat padam kebakaran hutan di Jepun
Kira-kira 4,600 penduduk masih berada di bawah nasihat evakuasi, dengan api membakar ribuan hektar tanah setiap hari.
Seorang maut, empat cedera dalam serangan tikaman di Israel
Menurut pihak polis tempatan, suspek yang merupakan seorang warganegara tempatan turut maut dalam insiden berbalas tembakan dengan pasukan keselamatan di lokasi kejadian.
Bekas Presiden FIFA, lagenda bola sepak kembali ke mahkamah
Pendakwa raya Persekutuan Zwitzerland telah mengemukakan rayuan terhadap keputusan itu bagi membolehkan perbicaraan baharu dijalankan terhadap Sepp Blatter dan Michel Platini.
Malaysia seru kerjasama global, tingkat keterhubungan
Malaysia menyeru kerjasama global yang lebih kukuh dalam usaha membina masa depan yang lebih terhubung, inovatif dan lestari. Ia sekali gus menekankan kepentingan transformasi digital dalam memacu pertumbuhan ekonomi serta kemajuan masyarakat.
12,600 tiket tambahan untuk Aidilfitri mula dijual pada Selasa
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menyediakan empat perkhidmatan tren elektrik (ETS) tambahan bermula 28 Mac hingga 6 April ini sempena Aidilfitri bagi memenuhi permintaan tinggi penumpang.
Kerugian Universiti Awam meningkat, pentadbiran universiti dipersoal
Menurut Pengarah Allianz Centre for Governance, Universiti Malaya, Prof Zaharom Nain, sikap berdiam diri ini menimbulkan persoalan mengenai pendirian mereka.
KKM Ambil Langkah Agresif Tangani Isu Inflasi Perubatan
Kementerian Kesihatan (KKM) telah mengambil langkah agresif menangani isu inflasi perubatan yang menyebabkan kenaikan premium insurans kesihatan.
PBT disaran papar nombor kecemasan di kawasan bazar Ramadan - Dzulkefly
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad meminta Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan pengurusan bazar memastikan kemudahan kecemasan dapat diakses dengan segera sekiranya berlaku kejadian tidak diingini.
![[EKSKLUSIF] Zainab Mohd Salleh tampil jelas dakwaan isteri kedua Dr Abdul Latiff, tuntut Rafizi mohon maaf [EKSKLUSIF] Zainab Mohd Salleh tampil jelas dakwaan isteri kedua Dr Abdul Latiff, tuntut Rafizi mohon maaf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/41679630130_ZainabRafizi.jpg)
[EKSKLUSIF] Zainab Mohd Salleh tampil jelas dakwaan isteri kedua Dr Abdul Latiff, tuntut Rafizi mohon maaf
Buat pertama kali, Zainab Mohd Salleh yang namanya disebut Rafizi dalam siasatan projek LCS semasa kempen PRU15 bertemu wartawan.

Dituduh terlibat dalam skandal LCS, Zahid pertimbang saman Raja Petra
Zahid cabar Raja Petra kemuka bukti atas tuduhan liar itu.

Skandal LCS: Kenyataan Mindef dan BHIC bercanggah - PAC
PAC mendapat maklumat berbeza daripada Mindef dan BHIC mengenai pemadaman beberapa perenggan laporan forensik berkaitan perolehan LCS.

Skandal LCS: SPRM perlu lebih masa untuk siasatan menyeluruh - Azam
Siasatan yang dilakukan SPRM tidak hanya tertumpu kepada perkara membabitkan tadbir urus semata-mata.

Amanah gesa PAC siasat kelewatan penyerahan kapal OPV milik Maritim Malaysia
Mujahid minta siasat kelewatan penyerahan kapal peronda luar pesisir (OPV) milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).

Dakwaan Rafizi: Polis sudah ambil keterangan Abdul Latiff
Abdul Latiff tegaskan Rafizi berbohong dalam kenyataannya demi kepentingan politik.

Skandal LCS: Abdul Latiff perlu isytihar harta, bantu siasatan jika tidak terlibat - Akmal Nasrullah
Selaku Timbalan Menteri Pertahanan ketika itu, agak luar biasa jika Abdul Latiff tidak tahu mengenai kontrak LCS, dakwa Pengarah Strategi PKR.

Skandal LCS: Rafizi dakwa isteri Dr Latiff terlibat
Rafizi mendakwa, isteri kedua Dr Latiff terlibat dengan dua syarikat yang terlibat, iaitu Alizes Marine Limited, dan Alizes Marine Labuan.

Skandal LCS: Rakyat berhak tahu, kerajaan perlu telus - PM
Rakyat berhak mendapat penjelasan berhubung isu pembekalan kapal tempur pesisir (LCS) dan kerajaan tidak akan berselindung dalam hal ini kerana ia berkait soal integriti.

Skandal LCS: PH janji akan sambung siasatan, laksana strategi Kertas Putih Pertahanan
Sekiranya kembali berkuasa, PH akan pastikan pasukan pertahanan negara dibekal kelengkapan yang sesuai dan terbaik.