ROM: Dua Ahli Parlimen Eropah, Marc Tarabella dan Andrea Cozzolino telah ditahan berhubung siasatan kes rasuah "Qatargate", lapor Agensi Akhbar Jerman (dpa).
Penahanan itu dibuat selepas pejabat pendakwa raya menyoal siasat Tarabella di Brussels pada Jumaat.
Polis Itali menahan Cozzolino selepas beliau mendapatkan rawatan di hospital Naples, menurut beberapa laporan media Itali.
Baru-baru ini, kekebalan kedua-dua Ahli Parlimen itu ditarik balik dan mereka telah disingkirkan daripada Kumpulan Sosialis. Mereka dituduh menerima rasuah namun, kedua-duanya menafikan tuduhan itu.
Pendedahan skandal itu bermula pada Disember, apabila naib presiden Parlimen Eropah ketika itu Eva Kaili, bekas Ahli Parlimen Kesatuan Eropah Pier Antonio Panzeri dan dua suspek lain ditahan kerana disyaki terlibat dalam organisasi jenayah, pengubahan wang haram dan rasuah.
Mereka dituduh mempengaruhi keputusan parlimen untuk memihak kepada tuan rumah Piala Dunia bola sepak Qatar dan Maghribi, sebagai pulangan bagi habuan yang diterima.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Feb 11 2023

Tarabella (gambar), Cozzolino bersama dua suspek lain ditahan kerana disyaki terlibat dalam organisasi jenayah, pengubahan wang haram dan rasuah. - Reuters
Campur beras sejak 70-an untuk penuhi cita rasa pengguna - Mat Sabu
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu menjelaskan tindakan mencampurkan beras putih tempatan bersama beras import bertujuan bagi memenuhi cita rasa pengguna tempatan selain untuk menghasilkan variasi jenama di pasaran.
PM arah pemantauan harga makanan di bazar Ramadan
Perdana Menteri sendiri akan melawat beberapa Bazar Ramadan bagi melihat sendiri harga dan kualiti makanan secara langsung, di samping memberikan sokongan kepada peniaga-peniaga kecil.

Ismail Sabri beri keterangan di SPRM esok - Azam Baki
Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki berkata Ahli Parlimen Bera itu dijangka hadir pada 10.30 pagi di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya.

Dua wanita jadi keldai akaun ditahan sebabkan kerugian lebih RM1 juta
Polis menahan dua wanita dipercayai menjadi keldai akaun kepada sindiket penipuan berasingan, sehingga menyebakan mangsa kerugian lebih RM1 juta dalam kejadian baru-baru ini.
Wartawan portal disyaki rasuah dibebaskan hari ini
Wartawan sebuah portal berita yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Jumaat lepas kerana disyaki terbabit dalam kes rasuah, dibebaskan hari ini.

Wartawan portal berita disyaki terbabit rasuah dibebaskan hari ini - Azam Baki
Wartawan sebuah portal berita yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Jumaat lepas kerana disyaki terbabit dalam kes rasuah, dibebaskan hari ini.
57 MP pembangkang khianat usaha reformasi institusi Parlimen
Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan tindakan 57 Ahli Parlimen pembangkang yang tidak menyokong Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) 2025, yang diluluskan di Dewan Rakyat hari ini, sebagai telah mengkhianati usaha reformasi institusi Parlimen.
Azad, Nabil, Radin dan dua kakitangan digantung, Astro bertemu MCMC
Susulan insiden penerbitan kandungan kurang sensitif sehingga menyakiti hati dan mengundang kekecewaan pelbagai pihak, pihak Astro Audio telah menggantung tiga penyampai radio Era FM iaitu Nabil Ahmad, Azad Jasmin dan Radin.
Taklimat Harian Pejabat Perdana Menteri | 4 Mac 2025
Ikuti langsung Taklimat Harian Pejabat Perdana Menteri (PMO).
#AWANInews
#AWANInews

Tindakan persenda upacara agama lain tidak boleh diterima - Teo Nie Ching
Teo berkata dalam sebuah negara majmuk seperti Malaysia, semangat saling menghormati harus terus dipupuk dan sebarang perbuatan yang menyinggung perasaan agama lain tidak boleh diterima.

Skandal 'Qatargate': Dua ahli Parlimen Eropah ditahan
Dua Ahli Parlimen Eropah dan dua suspek lain ditahan kerana disyaki terlibat dalam organisasi jenayah, pengubahan wang haram dan rasuah.