KOTA KINABALU: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan melaksanakan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) di seluruh negara sempena sambutan Krismas berkuat kuasa 23 hingga 27 Dis ini.
Menterinya Datuk Armizan Mohd Ali berkata tempoh pelaksanaan SHMMP selama lima hari itu melibatkan 14 jenis barangan yang dikawal melalui Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.
"Barangan berkenaan ialah daging kambing biri-biri bertulang import, harga runcit yang ditetapkan di Semenanjung ialah RM30 sekilogram, Sabah dan Sarawak masing-masing RM32 sekilogram sementara di Wilayah Persekutuan Labuan ialah RM34 sekilogram," katanya pada sidang media selepas program Jualan Rahmah di sini hari ini.
Beliau berkata tomato dijual pada harga runcit RM6 sekilogram di Semenanjung; Sabah, Sarawak serta Labuan (RM8) manakala lada benggala hijau (Semenanjung RM14), Sarawak (RM17.50) tetapi di kawasan Limbang dan Lawas, Sabah serta Labuan (RM18).
Harga kubis bulat import (Indonesia dan China tidak termasuk kubis Beijing) di Semenanjung, katanya ialah RM3.50 sekilogram, Sarawak (RM4), bahagian Limbang dan Lawas (RM4.50), Sabah dan Labuan masing-masing RM3.50 sekilogram manakala lobak merah di Semenanjung dijual RM4.50 sekilogram, Sarawak (RM5), Limbang dan Lawas (RM6), Sabah di bahagian Pantai Barat (RM5), Pantai Timur (RM7) dan Labuan (RM5).
Barangan lain yang dikawal harga ialah ubi kentang import (China) iaitu Semenanjung pada harga RM3.50 sekilogram, Sarawak (RM4) kecuali di kawasan Limbang dan Lawas (RM4.50), Sabah di Pantai Barat (RM4), Pantai Timur (RM4.50), Labuan RM4 manakala cili merah di Semenanjung RM17 sekilogram, Sarawak (RM18) kecuali di Limbang dan Lawas (RM22), Sabah di Pantai Barat (RM18), Pantai Timur (RM19) dan Labuan (RM18).
"Bawang merah besar import di Semenanjung RM5 sekilogram, Sarawak (RM4.50) kecuali di Limbang dan Lawas (RM6.50), Sabah di bahagian Pantai Barat (RM5), Pantai Timur (RM5.50) dan Labuan (RM5) manakala bawang kuning besar di Semenanjung RM5 sekilogram, Sarawak (RM5.50) kecuali di Limbang dan Lawas (RM6), Sabah di Pantai Barat (RM6), Pantai Timur (RM6.50) dan Labuan (RM6)," katanya.
Harga bagi ayam tua hidup dikawal di Sarawak sahaja iaitu pada harga runcit RM8.20 sekilogram kecuali di Limbang dan Lawas RM9 sekilogram, kepak ayam di Sarawak RM14.50 sekilogram tetapi di Kapit, Bukit Mabong, Song dan Belaga dijual RM15 sekilogram manakala di Limbang serta Lawas RM15.50 sekilogram, Sabah dan Labuan masing-masing pada harga RM16 dan RM17 sekilogram.
Babi hidup (ladang sahaja) di Sarawak RM15 sekilogram, Sabah di Pantai Barat (RM18), Pantai Timur (RM18.50) dan Labuan (RM18); daging babi (perut) di Sarawak RM28 sekilogram, Sabah dan Labuan (RM43) manakala daging babi (daging dan lemak) Sarawak RM27 sekilogram, Sabah dan Labuan (RM39).
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 21 2023

Armizan (kanan) ketika merasmikan Jualan Rahmah dan Pengumuman Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Krismas di pekarangan Kedai Kepayan Rumah Murah Kota Kinabalu hari ini. - Foto Bernama

PGA tumpas cubaan seludup 1,000 anak pokok Bromeliad
Anggota Batalion 8 PGA menahan sebuah lori yang dipandu dalam keadaan mencurigakan pada kira-kira 5.30 petang, dalam Op Taring Wawasan.

When Legend Rise: KO! Adli Hafidz tumbangkan peninju Indonesia dalam pusingan ketiga
Adli Hafidz Pauzi menumbangkan Sony Manakane secara knockout (KO) dalam pertarungan When Legend Rise, di Bangkok, malam tadi.

Sanggup bujang, kerja sambilan demi jaga bapa
Bagi Noraziana, bapanya adalah segala-galanya dan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga dengan sebaiknya sebagai membalas jasa beliau.
JAWI panggil individu pakai seperti wanita dalam acara hiburan
Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan memanggil semua individu yang berpakaian menyerupai wanita dalam sebuah acara hiburan pada 16 Februari lalu.
Budak tercekik gula-gula kenyal meninggal dunia
Kanak-kanak berusia 10 tahun yang dipercayai tercekik gula-gula kenyal berbentuk mata meninggal dunia.
Warga asing ditahan jual tisu di lampu isyarat
Seorang lelaki warga asing berusia 49 tahun ditahan polis di lampu isyarat Puchong Jaya selepas didapati menjual tisu kepada pengguna jalan raya, sekali gus mengganggu kelancaran lalu lintas.
Pistol berkarat ditemukan di belakang medan selera Pantai Bersih
Sepucuk pistol berkarat dan tidak berfungsi ditemukan di kawasan belakang sebuah medan selera di Pantai Bersih Butterworth pada Rabu.
Protes: Pelajar anjur 'Indonesia Gelap', bantah potongan bajet
Ribuan pelajar di seluruh Indonesia mengadakan protes besar-besaran pada Khamis bagi membantah pemotongan bajet dan dasar-dasar Presiden Prabowo Subianto yang dikhuatiri akan menjejaskan sistem sokongan sosial serta masa depan mereka.
Diploma Jururawat: Syarat kemasukan dilonggar kepada tiga kredit SPM
Kementerian Kesihatan (KKM) melonggarkan syarat kemasukan program Diploma Kejururawatan bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) daripada lima kredit kepada hanya tiga kredit sahaja berkuat kuasa mulai Januari tahun ini hingga Disember tahun depan.

Tourism Perak sertai pameran pelancongan untuk tarik pelancong Indonesia
Pameran pelancongan itu berfungsi sebagai platform bagi agensi promosi pelancongan negeri untuk mempamerkan tawarannya yang pelbagai.

Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Krismas 23 hingga 27 Dis
KPDN akan melaksanakan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan sempena sambutan Krismas berkuat kuasa 23 hingga 27 Dis ini.