KUALA LUMPUR: Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) akan melaksanakan Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR) mulai esok, sejajar dengan matlamat menyediakan dan membangunkan keselamatan sosial yang komprehensif serta inklusif di Malaysia.
Perkeso dalam kenyataan hari ini SKSSR menyediakan perlindungan kepada golongan suri rumah apabila berhadapan bencana pekerjaan dan keilatan sewaktu melakukan urusan rumah tangga, selain merupakan pengiktirafan kepada penglibatan mereka dalam 'Care Economy' serta pembangunan institusi keluarga.
Menurutnya pelaksanaan SKSSR yang diperuntukkan di bawah Akta Keselamatan Sosial Suri Rumah 2022 (Akta 838) itu menjadikan Malaysia antara empat negara di dunia yang menyediakan perlindungan sosial khusus bagi golongan wanita dalam pelbagai bentuk skim dan faedah.
Ketua Eksekutif Perkeso Datuk Seri Mohammed Azman Aziz Mohammed menerusi kenyataan itu berkata skop "suri rumah" di bawah akta itu adalah luas kerana ia terbuka kepada wanita sama ada berkahwin atau belum dan menguruskan rumah tangga sepenuh masa atau tidak, merangkumi isteri, janda atau balu, ibu tunggal dan wanita bujang yang berkerjaya atau suri rumah sepenuh masa.
"Suri rumah yang layak hanya perlu membuat bayaran caruman RM120 setahun secara 'in advance' bagi menerima perlindungan selama 12 bulan berturut-turut, serta memastikan mereka memenuhi syarat kelayakan menerima faedah," katanya.
Beliau berkata untuk mendaftar dan mencarum di bawah SKSSR, suri rumah mestilah warga Malaysia atau pemastautin tetap yang berumur kurang daripada 55 tahun.
Katanya caruman itu adalah secara sukarela, namun pihak suami amat digalakkan untuk mencarum bagi pihak isteri masing-masing, malah pihak ketiga juga termasuk ahli keluarga dan badan bukan kerajaan (NGO) boleh membayar caruman untuk suri rumah.
Perkeso memaklumkan aktiviti pengurusan rumah tangga juga tidak terikat dengan rutin seharian dalam rumah, malah ia mencakupi hal-hal lain berkaitan urusan rumah tangga antaranya seperti menjaga anak-anak atau ibu dan bapa warga emas, menghantar dan mengambil anak dari sekolah serta membawa ibu bapa ke temu janji doktor.
Menurutnya SKSSR juga menyediakan Perlindungan Bencana Domestik dan Perlindungan Keilatan untuk suri rumah yang mencarum.
Manfaat di bawah Perlindungan Bencana Domestik adalah faedah perubatan, faedah hilang upaya kekal, elaun layanan sentiasa, kemudahan pemulihan jasmani atau dialisis, faedah pengurusan mayat dan pencen penakat, manakala perlindungan Keilatan pula menyediakan faedah seperti elaun keuzuran, elaun layanan sentiasa, kemudahan pemulihan jasmani atau dialisis, faedah pengurusan mayat dan pencen penakat.
Permohonan untuk menyertai SKSSR dibuka esok, dan untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh layari laman sesawang rasmi Perkeso di www.perkeso.gov.my atau hubungi talian khidmat pelanggan Perkeso 1-300-22-8000.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 30 2022

Mohammed Azman berkata caruman itu adalah secara sukarela, namun pihak suami amat digalakkan untuk mencarum bagi pihak isteri masing-masing. - Fail/Perkeso
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

188,102 suri rumah mencarum SKSSR Perkeso - Mustapha
Sebanyak 188,102 suri rumah mencarum di bawah Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR) Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) setakat 24 Sept lepas.

6,449 suri rumah mencarum SKSSR di Melaka
Seramai 6,449 suri rumah di Melaka mencarum di bawah SKSSR Perkeso sehingga 10 Sept lepas.

Lebih 186,000 sertai Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah setakat Sept
10 ahli dan pimpinan tertinggi kelab Harley Davidson KINGZ Motor Group (KINGZ MG) turut mencarum dalam skim berkenaan.

Lebih RM200,000 faedah SKSSR dibayar kepada suri rumah, keluarga - Sivakumar
Seramai 177,858 suri rumah dilindungi Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR) setakat 15 Jun lepas, menurut Menteri Sumber Manusia V.Sivakumar.

SKSSR catat 1,092 pencarum selepas seminggu pelaksanaan - Sivakumar
Seramai 1,092 individu di seluruh negara telah mendaftar dan mencarum secara sukarela bagi Skim SKSSR sejak ia dilaksanakan Kementerian Sumber Manusia (KSM) pada 1 Disember lalu.

Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah dilaksanakan bermula esok - Perkeso
Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) akan melaksanakan Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR) mulai esok.

Dewan Negara lulus RUU Keselamatan Sosial Suri Rumah 2022
Ia termasuk cadangan agar suami yang mencarum dapat diberi insentif pelepasan cukai pendapatan dan insentif padanan caruman.

SKSSR adalah secara sukarela, suami tidak wajib bayar caruman isteri - Perkeso
Cadangan pelaksanaan Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR) dalam Rang Undang-Undang Keselamatan Sosial Suri Rumah 2022 adalah secara sukarela.

RUU Keselamatan Sosial Suri Rumah 2022 dibentang di Dewan Rakyat
Menurut rang undang-undang itu, satu skim akan diwujudkan bagi tujuan berkenaan yang dikenali sebagai Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR).