Skim sarapan dan makan tengah hari yang menghidangkan makanan berkhasiat dan penuh mikronutrien perlu dilaksanakan di sekolah seluruh negara, ujar Pakar Ekonomi, Prof Dr Jomo Kwame Sundaram.
Beliau mencadangkan agar skim itu dilaksanakan melalui kerjasama Kementerian Kesihatan, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani serta Kementerian Pendidikan.
Ketika ini skim percubaan seumpama itu telah dilakukan Kementerian Kesihatan di negeri Johor.
Malah, katanya penglibatan tiga kementerian terbabit akan dapat memastikan penjimatan kos pengeluaran melalui penggunaan hasil tanaman tempatan.
"Skim percubaan yang dibuat KKM telah dapat menjimatkan kos makan tengah hari hanya sekitar RM2.50 atau RM2.40. Jadi pelajar akan dapat makanan yang lebih berkhasiat dan pada masa berjimat.
"Kerjasama antara tiga kementerian itu penting kerana kalau melihat kepada Kementerian Pertanian, ramai orang tak mahu bertani sebab (hasil) rendah sangat tanam padi," katanya semasa ditemui media selepas Syarahan Canselor Tuanku Muhriz ke-4 di Dewan Canselor Tun Abdul Razak di sini pada Rabu.
Dalam pada itu, beliau turut memberi contoh negara-negara maju seperti Jepun yang melaksanakan skim makanan berkhasiat di sekolah.
"Ramai anak muda yang tidak mendapat khasiat mikronutrien. Separuh daripada wanita tidak mendapat zat besi kerana salah makan.
"Cipta (skim) untuk semua (pelajar) seperti Jepun. Kanak-kanak juga dilibatkan dalam penyediaan makanan, anda tahu bagaimana Jepun bukan?" ujarnya.
Justeru katanya, negara tidak perlu berlengah dalam memastikan pembangunan dan masa depan anak muda sebagai pelapis masyarakat.
"Jadi, ini peluang keemasan untuk memastikan bahawa kita mencapai tiga matlamat penting iaitu membantu mereka yang tidak cukup makan, masa depan orang muda, dan ketiga merubah pertanian makanan," katanya lagi.
Rahimah Abdullah
Wed Oct 02 2019

Skim sarapan dan makan tengah hari yang menghidangkan makanan yang berkhasiat dan penuh mikronutrien perlu dilaksanakan di sekolah seluruh negara, ujar Pakar Ekonomi, Prof Dr Jomo Kwame Sundaram.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Bunuh isteri, anak selepas diminta pergi kerja
Motif pembunuhan dipercayai berpunca daripada 'perang mulut' antara mangsa dan suspek.

Bapa, anak maut dalam kemalangan berantai
Seorang bapa bersama anak lelakinya maut dalam kemalangan berantai melibatkan empat kenderaan di Jalan Taman Siniawan Bau, hari ini.

KPT salur bantuan pendidikan, pengecualian yuran IPT anak mangsa nahas helikopter
KPT melalui PTPTN akan menyalurkan sebanyak RM1,000 seorang kepada 21 anak mangsa nahas dua helikopter yang terhempas di Lumut.

Anak pasangan suami isteri maut kemalangan di JRTB meninggal dunia
Mangsa meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh.

Wanita direman beri projek sekolah pada syarikat anak
Perintah tahanan reman sehingga Isnin depan terhadap suspek wanita berusia 54 tahun itu dikeluarkan Majistret Khairunisak Hassni.

Pasangan buta berjaya didik lapan anak
Sara bersyukur empat daripada lapan anaknya mendapat pendidikan sehingga ke peringkat universiti dan mempunyai pekerjaan yang baik.

'Daddy' pesan sentiasa buat baik kepada semua orang - Anak Azraai Khor
Arwah sentiasa berpesan kepada mereka tiga beradik supaya sentiasa buat baik dengan semua orang dan merendah diri.

Neymar mahu model Brazil buat ujian DNA anak
Neymar menuntut satu ujian DNA dilakukan selepas seorang wanita mendakwa sedang mengandungkan anaknya.

Beri anak makan makanan harian ini untuk mudah fokus, kuat ingatan
Tujuh makanan ini antara yang disyorkan sebagai makanan harian dan wajib ada di rumah.

7 tahun bercinta, Mariah Carey, Bryan Tanaka berpisah sebab anak?
7 Tahun Bercinta, Mariah Carey & Bryan Tanaka Ambil Keputusan Berpisah Hanya Sebab Anak?