Skim Perlindungan Nasional B40 (mySalam) yang diperkenalkan kerajaan hari ini dijangka memberi manfaat kepada 3.69 juta rakyat Malaysia, berumur 18 hingga 55 tahun.
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, ia selaras objektif kerajaan untuk mencapai manfaat ekonomi jangka panjang yang lebih tinggi.
"Kita akan berusaha sedaya upaya menjana dana bagi meringankan beban rakyat jelata dan untuk mencapai matlamat itu, kita turut mengambil langkah-langkah inovatif dan alternatif.
"Usaha kami ini telah mula membuahkan hasil dan Skim mySalam ini membuktikan langkah-langkah inovatif dan alternatif tersebut mampu membantu mencapai matlamat membantu rakyat.
"Skim mySalam ini diperkenalkan dengan sumbangan permulaan yang besar, sebanyak RM2 bilion daripada syarikat insurans dan takaful Great Eastern," katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Skim Perlindungan B40 mySalam, di Kementerian Kewangan, di sini, hari ini.
Hadir sama, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, Menteri Kewangan Lim Guan Eng dan Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.
Skim mySalam merupakan inisiatif kerajaan membantu golongan B40 dengan memberi perlindungan perubatan dalam bentuk bantuan kewangan apabila berlaku kecemasan atau masalah kesihatan.
Di bawah skim itu, penerima layak mendapat perlindungan kesihatan secara percuma untuk 36 jenis penyakit kritikal merangkumi kanser, serangan jantung dan Alzheimer.
Pada 2017, kadar penembusan insurans dan takaful dalam kalangan B40 yang bekerja adalah masih rendah pada kadar 30.3 peratus berbanding kadar 50.4 peratus bagi kesemua rakyat bekerja.
Dr Mahathir percaya, skim itu akan berjaya menarik dan menambahkan sumbangan kepada Tabung mySalam daripada Great Eastern dan semua penanggung insurans dan pengendali takaful di negara ini.
"Saya juga berharap syarikat insurans swasta yang lain dapat berganding bahu untuk memperluaskan jangkauan pemilikan polisi insurans dan takaful rakyat Malaysia.
"Selain itu, saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk menyatakan rasa gembira saya melihat kerjasama yang kukuh di antara Kementerian Kewangan dan Kementerian Kesihatan.
"Ia untuk merealisasikan hasrat Kerajaan menubuhkan sebuah jaringan sosial kesihatan yang menyeluruh bagi meningkatkan taraf kesihatan dan kesejahteraan rakyat Malaysia," jelasnya.
Di samping Skim mySalam, ujar Dr Mahathir, inisiatif lain yang berkait rapat dan akan diperkenalkan oleh Kementerian Kesihatan ialah Skim Peduli Kesihatan atau PeKa B40.
"Skim PeKa B40 ini akan dilancarkan Kementerian Kesihatan pada minggu hadapan untuk golongan B40 berumur 50 tahun dan ke atas.
"Ia adalah projek perintis tahun 2019 dengan peruntukan sebanyak RM100 juta," katanya.
Wan Syamsul Amly
Thu Jan 24 2019

Dr Mahathir bersalaman dengan Noor Hisham ketika hadir bagi melancarkan Skim Perlindungan Nasional B40 mySalam di Perbendaharaan Malaysia, Kementerian Kewangan, Putrajaya, 24 Jan, 2019. Turut sama, Lim dan Dr Dzulkefly. --fotoBERNAMA

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 21 Februari 2025.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Gempa bumi bermagnitud 5.0 landa perairan Fukushima, Jepun - JMA
Pusat gempa terletak pada garis lintang 37.5 darjah utara dan garis bujur 141.5 darjah timur.

MOTAC ingatkan orang ramai waspada laman sesawang palsu
Laman sesawang palsu itu menyamar sebagai platform rasmi MOTAC bagi carian syarikat pelancongan berlesen.

Pentagon rancang beku pengambilan pekerja - Setiausaha Pertahanan AS
Pentagon juga akan memberhentikan pekerja yang dianggap "kurang berprestasi".

Akibat tekanan kewangan, ahli perniagaan bunuh isteri sebelum cuba cederakan diri
Ketika polis tiba, mangsa berusia 63 tahun ditemukan terbaring dalam keadaan berlumuran darah di bilik tidurnya.

Bawa muatan berlebihan, pemandu sanggup tunggu berjam-jam elak operasi JPJ
Taktik itu sering digunakan pemandu kenderaan berat bagi menghindari tindakan penguatkuasaan susulan muatan berlebihan yang dibawa mereka.
AWANI Tonight 21 Feb 2025
AWANITonight with @Hafiz_Marzukhi
1. PAC to probe medical inflation, price rigging in healthcare
2. The growing threat of transnational repression within Malaysia’s borders
1. PAC to probe medical inflation, price rigging in healthcare
2. The growing threat of transnational repression within Malaysia’s borders
AWANI Ringkas: 'Gummy mata' dilarang jual, tidak patuh pelabelan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Dua saksi kanak-kanak beri keterangan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

RUU Pembaharuan Semula Bandar tidak mengancam hak kaum, B40 - Nga
Rang Undang-Undang Pembaharuan Semula Bandar (RUU PSB) tidak akan meminggirkan, mengancam atau merampas hak golongan tertentu berdasarkan kaum atau pendapatan khususnya golongan B40.

Food bank beri manfaat besar kepada B40, pedalaman - Saifuddin Nasution
Inisiatif Yayasan Food Bank Malaysia telah memberi manfaat besar kepada golongan B40 termasuk penduduk pedalaman Orang Asli di Taman Negara, Kuala Tahan.

KPKT peruntuk dana RM642 juta bina PPR di Kelantan
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) memperuntukkan dana sebanyak RM642 juta bagi pembinaan 3,574 unit rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Kelantan.

PLKK buka peluang pelajar B40 terokai kemahiran dan teknologi
Program itu selaras dengan objektif untuk menyediakan latihan dan kemahiran bagi meningkatkan peluang pelajar menembusi pasaran pekerjaan.

Johor peruntuk RM16.8 juta bantu 280,000 keluarga miskin dan B40
Johor memperuntukkan sebanyak RM16.8 juta bagi Program Bantuan Kasih Johor hasil daripada pendapatan yang mencecah RM2 bilion tahun ini.

Skim MySalam dalam perancangan untuk dilanjutkan - Amir Hamzah
Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) menjadi fokus utama skim ini, yang melibatkan lebih 9 juta penerima.

Perkasa komuniti PPR, elak terjerumus menjadi setinggan bertingkat - Pengarah Program K2K
Keluarga dalam kalangan B40 memerlukan pendekatan khusus untuk menyerlahkan potensi sebagai golongan masyarakat yang ada kekuatan tersendiri.

Gamuda tingkat komitmen biasiswa kepada RM30 juta, perkasa 123 pelajar
Ia bakal beri manfaat kepada 123 pelajar, meningkat daripada 79 pelajar tahun lepas, dengan lebih 70% penerima daripada kumpulan B40.

Pemilik kenderaan diesel golongan B40, M40 di Semenanjung layak mohon BUDI MADANI
Mereka layak memohon bagi sumbangan tunai kerajaan melalui Program Bantuan Subsidi MADANI atau BUDI MADANI, mulai esok (28 Mei).

Selangor catat jenayah seksual tertinggi di Malaysia
Selangor mencatatkan kes jenayah seksual tertinggi dalam tempoh tiga tahun di negara ini.