KUALA LUMPUR: Tempoh lesen percuma melalui Skim Wilayah Bebas Berniaga di bawah Kementerian Wilayah Persekutuan yang dijadual tamat 31 Julai hadapan dilanjutkan sehingga akhir tahun ini.
Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa berkata keputusan tersebut bagi meringankan beban lebih 4,500 penjaja berdaftar di bawah skim tersebut serta memudahkan golongan itu membuat perancangan perniagaan memandangkan negara masih berdepan COVID-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan.
"Lesen-lesen ini tidak matilah (tamat) bulan depan, boleh disambung secara automatik, mereka perlu memasukkan data secara dalam talian dan kami beri sambungan lesen secara automatik
"Mereka juga tidak dikenakan sebarang bayaran, tak payah bayar lesen, tapak dan lesen percuma dan boleh terus berniaga di bawah program ini sampai akhir tahun," katanya menerusi siaran langsung di Facebook beliau selepas meninjau operasi penjaja di sekitar ibu kota hari ini.
Annuar turut meminta kerjasama peniaga untuk menjaga penjarakan antara gerai selain meminta lebih 2,000 peniaga yang masih belum mendapat lesen di bawah skim itu disebabkan tidak memenuhi kriteria seperti aspek pemilihan lokasi untuk segera berdaftar.
"Saya juga telah minta Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) meninjau supaya kedudukan gerai jangan terlalu rapat dan sesak supaya sesuai dengan prosedur operasi standard ditetapkan," katanya.
Skim Wilayah Bebas Berniaga diperkenalkan pada 15 Nov tahun lalu, bagi membolehkan orang ramai di ketiga-tiga Wilayah Persekutuan untuk membuka gerai atau perniagaan secara kecil-kecilan di mana-mana kawasan yang sesuai secara percuma.
Dalam perkembangan lain, Annuar turut mengumumkan diskaun 50 peratus kepada lebih 5,000 peniaga yang menyewa premis perniagaan seliaan DBKL, Perbadanan Putrajaya dan Perbadanan Labuan serta lesen percuma untuk peniaga di bawah program Usahawan Anak Muda Kota sehingga akhir tahun.
Beliau turut mengingatkan para peniaga yang disifatkan berisiko dengan jangkitan wabak untuk mendaftar dan mendapatkan vaksin COVID-19 menerusi program trak bergerak yang akan digerakkan ke lebih banyak kawasan termasuk Projek Perumahan Rakyat (PPR) Desa Rejang dan Kampung Baru.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 09 2021

Annuar berkata keputusan tersebut bagi meringankan beban lebih 4,500 penjaja berdaftar di bawah skim tersebut. - Gambar fail

Elon Musk sahkan X hadapi 'serangan siber besar-besaran'
Kami diserang setiap hari, tetapi kali ini melibatkan sumber yang besar, kata Musk.

Hanya 20 peratus pegawai, anggota JBPM Melaka dibenar bercuti Aidilfitri
Hanya 20 peratus daripada 496 pegawai dan anggota JBPM Melaka dibenar bercuti sempena Aidilfitri tahun ini.

Pasangan kekasih ditahan curi ikan tongkol waktu sahur
Pasangan suspek itu turut didapati mencuri telefon bimbit dan tabung gas mangsa sebelum sempat ditahan warga penduduk.

Iftar Muhibbah eratkan ukhuwah merentas agama
Masjid Abidin menganjurkan program itu bagi memberi peluang kepada masyarakat bukan Islam merasai pengalaman berbuka puasa bersama rakan Muslim.

Ukraine sedia berunding secara konstruktif dengan AS di Arab Saudi - Zelenskyy
Zelenskyy berada di Jeddah menjelang pertemuan antara pegawai AS dan Ukraine yang bertujuan mencari jalan menamatkan perang Rusia-Ukraine.

Tak mahu beli baju raya, petanda Aisar Azim akan pergi selamanya - Keluarga
Abangnya berkata Aisar Azim menyatakan hasrat itu beberapa hari sebelum kejadian tanpa disangka ia menjadi tanda perpisahan selamanya.

Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS
Pada jam pagi, mata wang tempatan pada 4.4200/4275 berbanding dolar AS daripada 4.4200/4235 ketika ditutup semalam.

Lelaki maut kereta langgar pembahagi jalan
Seorang lelaki maut selepas kenderaan yang dipandunya terbabas dan melanggar pembahagi jalan di Plaza Tol Putrajaya.
Prestasi S&P 500: Sehingga 11 Mac 2025
MarketWatch menyediakan tinjauan menyeluruh mengenai Indeks S&P 500, merangkumi berita terkini pasaran saham, data dagangan, dan analisis pergerakan pasaran. Saham dalam Indeks Standard & Poor’s 500 dikategorikan mengikut sektor dan industri, memudahkan pemahaman corak prestasi pasaran. Saiz setiap saham mencerminkan permodalan pasaran, menunjukkan kekuatan dan kedudukan syarikat-syarikat utama dalam pasaran.
US stock market loses $4 trillion in value as Trump plows ahead on tariffs
President Donald Trump’s tariffs have spooked investors, with fears of an economic downturn driving a stock market sell-off that has wiped out $4 trillion from the S&P 500’s peak last month, when Wall Street was cheering much of Trump's agenda.

'Annuar boleh hidup dengan angan-angan' - Fahmi Fadzil
Pengarah Komunikasi Pakatan Harapan (PH) Fahmi Fadzil menyindir Pengerusi Muafakat Nasional, Tan Sri Annuar Musa agar boleh meneruskan hidupnya dengan angan-angan.

Annuar sifatkan Pas konsisten dalam perjuangan, pilihan tepat pimpin ummah Malaysia
Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Pilihan raya PAS Pusat, Tan Sri Annuar Musa yakin PAS adalah pilihan yang tepat untuk memimpin ummah di Malaysia.

'MN Sabah tak dibubar, akan selesai isu 24 jam' - Annuar Musa
Annuar Musa menegaskan bahawa MN Sabah tidak dibubarkan dan ia berjalan seperti biasa dengan sokongan daripada timbalan dan naib pengerusi serta ahli jawatankuasa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu.

Muafakat Nasional Sabah dibubar - Pengerusi
Kesemua 30 Ahli Jawatankuasa mengambil keputusan untuk keluar daripada Muafakat Nasional (MN) Sabah.

PRK Nenggiri: Ahmad Zahid sedia siasat dakwaan BN guna aset kerajaan
Ahmad Zahid sedia melakukan siasatan berhubung dakwaan bahawa jentera BN menggunakan aset kerajaan semasa berkempen bagi PRK Nenggiri.

Nazri Aziz sertai Muafakat Nasional
Ketua UMNO Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz menyertai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Muafakat Nasional (MN).

Annuar Musa balas sindiran Ahmad Jazlan
Annuar membalas sindiran dilakukan Pengerusi UMNO Kelantan, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub yang mendakwa dirinya umpama kemuncup di seluar dalam.

Jangan talkinkan TRW - Annuar Musa
Bekas Presiden Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa, mengenangkan nasib yang menimpa bola sepak Kelantan, baru-baru ini.

Annuar Musa sedia kembali ke politik jika dipelawa menjadi calon
"Memaksa diri untuk (dicalon atau bertanding) bukan cara saya."

Rafizi bidas Annuar Musa dakwa kerajaan gagal kawal ekonomi
Rafizi berkata, keutamaan dalam 2023 adalah menstabilkan harga barang dengan menurunkan inflasi kerana ia membolehkannya tidak terus melonjak naik sepertimana dialami kerajaan sebelum ini.