KUALA LUMPUR:Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) memperuntukkan bantuan kecemasan koperasi berjumlah RM1 juta bagi meringankan beban koperasi-koperasi yang terjejas teruk akibat banjir di beberapa negeri di seluruh negara baru-baru ini.
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC), Datuk Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, dana bantuan di bawah Tabung Bantuan Kecemasan Koperasi itu akan disalurkan kepada 73 buah koperasi yang telah dikenal pasti di semua negeri-negeri terlibat.
Jelasnya, antara negeri yang terlibat adalah di Pahang (40 koperasi), Kelantan (3 koperasi), Terengganu (9 koperasi), Johor (9 koperasi), Sarawak (2 koperasi), Sabah (2 koperasi), Perak (5 koperasi), Negeri Sembilan (1 koperasi), Melaka (1 koperasi) dan juga Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (1 koperasi : projek dan aset koperasi di Raub, Pahang).
"Bantuan ini akan akan dibuat terus kepada koperasi-koperasi yang terlibat dan akan dipantau pelaksanaannya oleh SKM di peringkat negeri.
"Saya berharap bantuan kecemasan ini dapat membantu koperasi membangunkan semula aktiviti ekonomi serta mengurangkan beban koperasi yang terjejas akibat bencana alam tersebut," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
Dalam pada itu kata Wan Junaidi, bantuan kecemasan itu akan digunakan sepenuhnya oleh koperasi
untuk menampung sebarang kerosakan premis, aset atau produknya yang teruk terjejas akibat banjir.
"Inisiatif ini dilihat sebagai salah satu usaha SKM untuk memastikan kesejahteraan dan kelangsungan operasi koperasi terus bertahan dan dibela.
"Saya menyarankan agar semua agensi di bawah MEDAC untuk menyegerakan segala bentuk bantuan yang berkaitan demi membantu meringankan beban rakyat akibat bencana alam itu.
"MEDAC dan SKM akan terus memastikan koperasi yang terjejas diberi perhatian yang sewajarnya, justeru ia diharap dapat meningkatkan kembali kapasiti koperasi untuk menggerakkan semula aktiviti perniagaan agar terus menjadi penyumbang efektif kepada pembangunan ekonomi negara," ujarnya.
Sehingga 9 Februari, SKM telah meluluskan sebanyak RM427,120.00 bantuan kecemasan.
Astro Awani
Wed Feb 10 2021
![SKM peruntukkan RM1 juta ringankan koperasi terjejas banjir - Wan Junaidi SKM peruntukkan RM1 juta ringankan koperasi terjejas banjir - Wan Junaidi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-02/41612945290_medac.jpg)
Wan Junaidi menerima replika cek bantuan kecemasan koperasi terjejas banjir daripada Pengerusi Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Datuk Nordin Salleh di Putrajaya pada Rabu. - Gambar MEDAC
Malaysia belajar Dasar Bandar Hijau dengan Turkiye - DBKL
Wanita Pertama Turkiye, Emine Erdogan meluangkan masa kira-kira satu jam melawat Taman Botani Perdana, Kuala Lumpur pada Selasa.
Emine disambut oleh isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selain Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.
Emine disambut oleh isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selain Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.
Kematian tahanan: Siasatan masih berjalan - Saifuddin
Siasatan kes kematian seorang tahanan Penjara Taiping dipercayai akibat dipukul bulan lepas masih berjalan.
10 Berita Pilihan - (11 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Rabu – 12 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kumpulan aktivis Thailand khuatir Trump kembalikan penyedut minuman plastik
Beberapa aktivis alam sekitar di Thailand kecewa dan bimbang susulan tindakan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menandatangi perintah eksekutif untuk mengembalikan penggunaan straw plastik.
Trump isytihar "perang" terhadap penyedut kertas
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengisytiharkan perang terhadap penyedut kertas dan mahu mengembalikan penggunaan plastik.
Data kanak-kanak British maut mungkin telah dipadamkan Tiktok
Keluarga kanak-kanak berusia antara 12 higga 14 tahun itu telah menfailkan saman terhadap Tiktok dan syarikat induknya, Bytedance dalam usaha memaksa syarikat tersebut mendedahkan data anak-anak mereka.
Kanak-kanak 8 tahun maut ditikam guru di sekolah
Seorang guru menikam murid perempuan berusia lapan tahun hingga maut di sebuah sekolah rendah di Korea Selatan pada Isnin, menurut laporan media tempatan yang memetik pihak berkuasa.
Kenyataan Trump sangat 'berbahaya dan gila'- Penduduk Palestin
Kebimbangan penduduk rakyat Palestin di Tebing Barat disuarakan terhadap kenyataan terbaru Presiden Amerika Syarikat.
Tebusan dibebaskan jika hormati gencatan senjata - Hamas
Tebusan Israel hanya akan dibebaskan dari Gaza jika perjanjian gencatan senjata antara Hamas-Israel dihormati.
![SKM umum dividen ADK 3.60 peratus, jumlah agihan RM12.46 juta bagi 2024 SKM umum dividen ADK 3.60 peratus, jumlah agihan RM12.46 juta bagi 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51738661479_SuruhanjayaKoperasi.jpg)
SKM umum dividen ADK 3.60 peratus, jumlah agihan RM12.46 juta bagi 2024
Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) hari ini mengumumkan dividen 3.60 peratus bagi Akaun Deposit Koperasi (ADK) kepada pendeposit (koperasi) bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2024.
![Peruntukan tebatan banjir Sungai Damansara diluluskan, kurangkan risiko di Sungai Buloh Peruntukan tebatan banjir Sungai Damansara diluluskan, kurangkan risiko di Sungai Buloh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/41728121832_tbRRamanan.jpg)
Peruntukan tebatan banjir Sungai Damansara diluluskan, kurangkan risiko di Sungai Buloh
Peruntukan berjumlah RM481 juta bagi Projek Tebatan Banjir Sungai Damansara telah diluluskan sebagai usaha mengurangkan risiko banjir di kawasan Parlimen Sungai Buloh.
![Hanya 10 peratus masjid di Malaysia tubuh koperasi kariah - SKM Hanya 10 peratus masjid di Malaysia tubuh koperasi kariah - SKM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/61670488383_TBRusliJaafar.jpg)
Hanya 10 peratus masjid di Malaysia tubuh koperasi kariah - SKM
Hanya 10 peratus atau 657 daripada lebih 6,000 masjid di seluruh Malaysia menubuhkan koperasi kariah, kata Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Rusli Jaafar.
![SKM lulus biaya RM4.48 juta untuk koperasi di Sarawak tahun ini - Awang Tengah SKM lulus biaya RM4.48 juta untuk koperasi di Sarawak tahun ini - Awang Tengah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720875674_tbAmarAwangTengah.jpg)
SKM lulus biaya RM4.48 juta untuk koperasi di Sarawak tahun ini - Awang Tengah
Sebanyak 17 koperasi menerima kelulusan melalui SKM untuk menerima pembiayaan dan bantuan terbabit.
![Jualan MADANI Koperasi Usahawan rekod nilai jualan RM4.8 juta setakat 30 Jun - SKM Jualan MADANI Koperasi Usahawan rekod nilai jualan RM4.8 juta setakat 30 Jun - SKM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720216973_tbJualanRahmah.jpg)
Jualan MADANI Koperasi Usahawan rekod nilai jualan RM4.8 juta setakat 30 Jun - SKM
Jualan MADANI Koperasi Usahawan (JMKU) di seluruh negara merekodkan nilai jualan sebanyak RM4.8 juta setakat 30 Jun lepas.
![SKM nafi ada kaitan dengan syarikat ALLSTAR CAPITAL SKM nafi ada kaitan dengan syarikat ALLSTAR CAPITAL](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41716548660_tbSuruhanjayaKopera.jpg)
SKM nafi ada kaitan dengan syarikat ALLSTAR CAPITAL
Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) menafikan mempunyai sebarang kaitan dengan syarikat ALLSTAR CAPITAL dan syarikat berkenaan juga tidak bernaung di bawah SKM.
![Gerakan koperasi membangun pesat hasil kerjasama pelbagai agensi - Ewon Gerakan koperasi membangun pesat hasil kerjasama pelbagai agensi - Ewon](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/41703236849_EwonBenedick.jpg)
Gerakan koperasi membangun pesat hasil kerjasama pelbagai agensi - Ewon
Gerakan koperasi negara membangun pesat hasil kerjasama erat KUSKOP dengan pelbagai agensi antaranya SKM, IKMa dan ANGKASA.
![25 bahagian UPKO disaran tubuh koperasi, persatuan untuk atasi kemiskinan 25 bahagian UPKO disaran tubuh koperasi, persatuan untuk atasi kemiskinan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/51694099746_TBEwonBenedick.jpg)
25 bahagian UPKO disaran tubuh koperasi, persatuan untuk atasi kemiskinan
Ewon Benedick menyarankan semua 25 bahagian parti itu menggerakkan usaha menubuhkan sebuah koperasi dan persatuan di daerah masing-masing sebagai usaha mengatasi masalah kemiskinan.
![Kerajaan cadang iktiraf SKM sama seperti SPM Kerajaan cadang iktiraf SKM sama seperti SPM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/81680075312_TBZAHID.jpg)
Kerajaan cadang iktiraf SKM sama seperti SPM
Kerajaan bercadang untuk mengiktiraf SKM agar setaraf SPM dalam usaha meningkatkan kebolehpasaran graduan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).
![SKM bangunkan pelan antirasuah, banteras penyelewengan dalam organisasi SKM bangunkan pelan antirasuah, banteras penyelewengan dalam organisasi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/41678782974_EwonBenedick.jpg)
SKM bangunkan pelan antirasuah, banteras penyelewengan dalam organisasi
Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) telah membangunkan Pelan Antirasuah Organisasi (OACP) 2023-2025 sebagai usaha membanteras amalan rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa dalam organisasi.